boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, October 1, 2013

Keluhan ayahnda Pekida - Penjualan Tanah Ladang Mara (Malay Reserve) di Stiawan !

Terjumpa kisah ni,, rasanya memang ada sesuatu yang tak berapa nak betul berlaku,, jadi aku tolong sampai-sampaikan, kut-kut ada pihak berwajib rasa nak siasat kes mengikut kanun akta tanah negara, itu pun kalau pihak berwajib tu bertelor..






Aku copy paste semula...

Kes tanah ladang mara (nadi agro) dijual pada pemaju Setia Awan.... ada sesiapa tahu maklumat lanjut? Kesian kot pekerja/penduduk situ? Dengar cerita, itu tanah rizab melayu...macam mana boleh jual pada pemaju Setia Awan tu ya?

Assalamualaikum wbt. Suatu penjelasan amat diperlukan oleh wakil2 rakyat Parlimen Lumut (Laksamana Pertama Bersara Hj Imran Abd Hamid) dan ADUN Sitiawan (Ngeh Koo Ham) bagi kes penjualan tanah Ladang Mara oleh Nadi Agro (skyt milik Dato Seri Mohd Nadzmi) kepada syarikat pemaju Setia Awan pada 5hb Mei 2011, penjualan untuk fasa 1 telah dibuat seluas lebih kurang 1,700 ekar dengan harga lebih kurang RM50,000.00/ekar. Dan syarikat ini telah buat pecah lot dan dibuka untuk jualan kepada orang awam dengan harga RM100,000.00 hingga RM180,000.00 seekar (margin 100-150%). Sehingga kini, penjualan untuk Fasa ke 2 seluas lebih kurang 2,527 ekar dalam proses akhir penjualan kepada syarikat yang sama (Setia Awan). Yang lebih mengecewakan tanah ini adalah berstatus rizab melayu dahulunya. Nasib 55 keluarga melayu yang tinggal di perumahan ladang serta telah lama mencari rezeki di syarikat ini tidak dapat dipastikan lagi. Mungkin campurtangan Perdana Menteri Najib Razak adalah perlu.

Oleh: Ayahanda Mie


Cuma aku nak komen,, kenapa penjelasan ni nak diberikan kepada ahli politik pembangkang, kang nanti isu ni dipolitikan menjadi politik peribadi,, ish,ish,,, alangkah baiknya terus repot kat MB Perak Zambry Kadiaq,,, atau pun susah sangat ke nak pergi ke SPRM minta disiasat...
Harap lepas ni SPRM boleh pi siasat terus kepada Ayahnda Mie tu,, jangan mai cari aku,, aku tak berapa tau isu ni....
















4 comments:

  1. hidup melayu...hidup melayu...hidup melayu

    ReplyDelete
  2. ni la puak2 yg kononnya memperjuangan melayu...bukannya dia tak tahu klu tanah rizab melayu memerlukan kelulusan MB untuk dijual....tanyalah MB perak minta penjelasan sbb sejak 2010 hingga sekarang parti yg kononnya memperjuangkan melayu yg memerintah...bukannya pr..

    ReplyDelete
  3. Salam mullah qadammullah..panjang ceritanya.....

    ReplyDelete
  4. Salam mullah qadammullah..panjang ceritanya.....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari