boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, October 17, 2013

Pemilihan jawatan Naib Presiden Umno - Menteri dah guna kuasa?

Beruntunglah penyandang-penyandang Naib Presiden Umno bertanding mempertahankan jawatan nya,,,



 Nasional   

Kaum Cina terlibat perniagaan haram: Ali Rustam disiasat polis
pada 17-10-2013 09:10 
Post Pic
KUALA LUMPUR: Calon Naib Presiden Umno, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam disiasat polis kerana dituduh membuat kenyataan berbaur perkauman terhadap komuniti Cina.
Polis Kuala Lumpur sudah memulakan siasatan mereka selepas laporan polis dibuat oleh ADUN Kota Laksamana dari DAP, Lai Kuen Ban di Balai Polis Tengkera pada 9 Oktober.
Pada satu majlis anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 8 Oktober lalu, Mohd Ali yang juga Pengerusi PUNB mengecam kaum Cina kerana terlibat dengan “perniagaan haram” di negara ini.
"Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini," katanya pada majlis itu.
ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong yang menemani Lai untuk membuat laporan polis berkata, dalam laporan berkenaan, Lai mendakwa kenyataan Mohd Ali merupakan satu hasutan dan mahu polis menyiasat perkara itu.
Lai kini berada di luar negara.
“Polis merakamkan kenyataan Lai pada hari sama,” kata Khoo.
Polis Brickfields menyiasat kes itu berikutan kenyataan Mohd Ali itu dibuat di sebuah hotel di ibu kota.
Ketua Polis Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan laporan sudah dibuat dan penyiasatan akan dilakukan tetapi enggan memberikan kenyataan lanjut.

Sebelum ini, beberapa ramai pemimpin Umno, Perkasa mengeluarkan kenyaatan yang berbaur perkauman, dan memang jelas ada unsur menghasut, ada report polis,, tapi ada tindakan polis selepas itu,,, zzzzzzzzzz.....

Tetapi kes Ali Rustam ni,, ehem,,ehem,,ehem,,, nasib ko lah Pak Ali oii,, elok la er,, harap-harap lepas ni makin berantakan lar hangpa...

5 comments:

  1. Hahaha...takda apa isu pun yg aku tngk dlm entry ini, melainkn yg aku nmpk perwatakan MM yg sentiasa mnharapkn melayu terus berantakkan dan berpecah... hmm inilh wajah sebenar perjuang isle...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada isu,,, atau nak tutup isu... atau pun juga buat-buat tak faham mungkin juga memang tak akan faham pun...

      Delete
    2. ...apa yg aku perati selama ni mmg jenis yg x kan paham..keluar lah hujah dr fakta dan angka mcm mana sekali pun(yg melibatkan pemimpin UMNO)!...habis kuat balas balik dgn hujah loyar buruk...tu pun perasan diri cerdik sangat!

      Delete
  2. memang melayu tak guna perlu dipecahkan dari merosakkan agama Islam yang sebenarnya. lepas dipecahkan, kita perlu tarbiahkan balik agar jadi melayu yang berguna. Kalau x bleh juga, pegi hancusss dengan pemimpin2nya...

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha bila mat sabu dah mula baca khutbah, maknanya dia akan lakukan apa saja kerana nik aziz nak ulama yang jadi timbalan presiden.
    Inilah dia dunia pilitik. MACAM MACAM ADA!!!!.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari