boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, October 1, 2013

Tuan Menteri Zahid Hamidi - Apa cerita ni dengan keanggotaan anda?

Kalau isu lembu yang melibatkan RM250 juta dengan terbabitnya menteriwanita yang juga ketua wanita umno aku tak kisah sangat,,, 
Tetapi isu ni aku kira berat, walaupun wang rakyat lepas RM1.33 juta,, tetapi yang mengerikan kehilangan ....



BERNAMA › BERITA


PDRM Kehilangan Aset Bernilai RM1.33 Juta Termasuk 44 Senjata Api

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012 termasuk 44 unit senjata api.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentang di Dewan Rakyat Selasa menyatakan aset tertinggi yang hilang ialah gari iaitu sebanyak 156 unit selain 29 unit kenderaan PDRM.

"Pengauditan ini dijalankan di ibu pejabat PDRM Bukit Aman dan tiga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Johor serta 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan sembilan balai polis di bawah tanggungjawab 3 IPK yang dipilih," menurut laporan itu.

Pengauditan yang dijalankan antara November 2012 hingga Januari 2013 mendapati keseluruhan pengurusan kehilangan aset di ibu pejabat PDRM dan tiga IPK yang diperiksa adalah kurang memuaskan.

Antara 10 kelemahan yang ditemui ialah kehilangan aset lewat dikesan; kelewatan melaporkan kehilangan kepada ketua jabatan dan polis; ketua jabatan lewat menyediakan laporan awal kehilangan aset; kelewatan penubuhan jawatankuasa penyiasat kes kehilangan aset dan kelewatan laporan akhir jawatankuasa penyiasat.

Menurut laporan itu, Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira lewat mengambil tindakan susulan berhubung laporan kehilangan aset; kelewatan mengambil tindakan di peringkat kontinjen; kelewatan mengambil tindakan proses surcaj; tempat penyimpanan selamat aset tidak disediakan dan ruang penyimpanan terhad.

Sehubungan itu, Audit mengesyorkan beberapa langkah untuk memastikan pengurusan kehilangan aset dilaksana dengan cekap termasuk memastikan pemeriksaan berkala dilaksanakan supaya dapat mengesan kehilangan aset dan pematuhan kepada norma masa proses kerja hapus kira aset.

Audit juga mengesyorkan supaya kehilangan aset yang berpunca daripada kecurian, penipuan atau kecuaian dikenakan tindakan surcaj atau tatatertib; memastikan tempat penyimpanan aset yang selamat; memastikan pegawai atau anggota mencukupi untuk menguruskan kehilangan aset dan menyediakan kursus terhadap perkara itu.


Komen  - Kalau macam ni lagi harapan rakyat kepada polis,,, senjata dalam jagaan mereka sendiri pun boleh hilang,, jadi tak hairanlah sebelum ini dengan anggota polis serdiri terlibat dengan rompakan, peras ugut dan berbagaikerja maksiat,,, 

Apakah ini satu jangkitan dari cerita filem-filem tamil yang selalu memaparkan kejahatan polis-polis berdampiangan dengan ahli politik dinegara India...

Inilah akibatnya polis diarahkan lebih tumpuan menjaga kepentingan politik umno daripada menjaga kepentingan rakyat... 

Apakah Jabatan Polis memerlukan pasukan khas seperti mana dalam angkatan tentera iaitu anggota Kor Agama,, untuk memberi kefahaman agama dan moral kepada anggota-anggota...

1 comment:

  1. Ala.. kalau ada KAGAT mcm ATM pun sama saja.. apa bezanya.. teringat aku kisah bekas pengarah Kagat yg jadi menteri.. buat rumah jutaan ringgit kononnya gunakan duit persaraan tentera.. geli hati mendengarnya.. lepas tu timbul pula isu salah guna dan seleweng wang zakat.. senyap aje..

    Manjung mari dah dedahkan mcm2 disini.. ada diambil apa2 tindakan? siasatan pun tak dibuat dan mereka yg terlibat dlm salahguna kuasa, yg rassuah terus bermaharaja lela..

    Contohnya kalau di manjung ni yang pernah didedahkan Manjung Mari aialh kes PTL terlibat dlm perniagaan secara langsung.. yang secara terang2 dengan kuasa yg ada padanya mempengaruhi pegawai bawahan dan kontraktor utk menyertai demi kepenteingan peribadi, ada apa2 tindakan atau sisasatan dibuat.. berapa ramai mangsa yg menulis komen di manjung mari seperti di:
    http://manjongmari.blogspot.com/2013/07/apakah-benar-ini-gambar-ptl-mohon.html
    kenapa tak minta PTL beri penjelasan dan senaraikan siaa yg masuk dibawahnya, berapa ramai dan berapa nilai pelaburan? mcm2 yg didedahkan disini.. tapi kita tak nampak ada siapa ambil peduli dan tiada siasatan dibuat..

    Yang terbaru di malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/242689
    tentang pengurusan ransum TLDM.. Ransum ni pun sikit aje sebenarnya..

    entahlah.. apa nak jadi dgn negara kita ni... salah guna kuasa, rasuah, penyelewengan menjadi2..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari