boikot
Segarkan ingatan anda...
Tuesday, April 28, 2009
Tahniah Dato Seri MB Kedah..
Bala Allah dah hampiri Malaysia!!
Heran juga ya... Bila dah dengar nama penyakit yang merbahaya begitu, pandai pula pakai dengan kemas sekali jururawat-jururawat Malaysia di Lapangan Terbang KLIA sewaktu menunggu pesawat dari Los angeles..Tengok ada hikmahnya penyakit tersebut,.. selama ni kekadang kita pandang serong jikalau ada muslimah yang pakai Purdah.. ha ni nak ka tak nak kena pakai lebih kurang purdah juga... boleh pulak ya... nak tunjuk kat pelancong negara asing ni...Jika Speaker Tidak Dihormati - Tidak Perlu lagi Bermesyuarat...
Saman: Pandikar Amin serah kepada mahkamah
Oleh Nor Azma Laila
norazma@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengenai saman difailkan terhadapnya oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Beliau mengesahkan menerima notis saman itu dan akan jawab menggunakan cara sepatutnya.
“Setiap orang ada hak berbuat demikian dan memberikan pandangan masing-masing mengenai tindakan saya. Ada berpandangan Speaker tidak adil dan tidak betul... itu pandangan mereka. Saya hanya menjalankan tugas yang bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat dan memastikan ia lancar. Jika Speaker tidak lagi dihormati, tak payah lagi bermesyuarat.
“Saya tidak mahu komen panjang lebar, nanti orang kata itu pendapat saya, jadi saya serahkan kepada mahkamah untuk buat keputusan,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat delegasi Ahli Parlimen Australia dan Duta Korea, Bong Ryull Yang di pejabatnya di Parlimen, semalam.
Jumaat lalu, Gobind memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi bagi memohon deklarasi berhubung perintah penggantungannya sebagai Ahli Parlimen batal dan tidak sah.
Selain Pandikar Amin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan Malaysia turut dinamakan defendan.
KOmentar: Sapa yang mula dulu pi hancurkan sistem perlembagaan yang ada... la baru nak kalut... serah kat mahkamah... mahkamah pun dah jadi mahkamah kanggaro...
Monday, April 27, 2009
Budaya UMNO ada dalam Cuepacs...
DAPATKAH PM NAJIB BINA MALAYSIA? - Buat Ahli dan Penyokong UMNO.!!
Oleh
Dr Hussin Mutalib
BAK dijangkakan, sejak dipilih sebagai Presiden Umno dan kemudian menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berdepan dengan pelbagai cabaran rumit.
'Dapatkah Datuk Seri Najib menyelamatkan Malaysia?' tanya banyak pengamat.
Bahkan ada persamaan antara 'tuahnya' dengan Almarhum ayahnya, Tun Abdul Razak, perdana menteri kedua Malaysia.
Datuk Seri Najib mewarisi daripada pendahulunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, keadaan negara yang goyah - hubungan kaum yang rapuh dan ekonomi yang merosot.
Tun Razak menghadapi kesan rusuhan kaum berdarah pada 13 Mei 1969. Beliau telah mengetuai usaha merintis Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang antara lain bertujuan meningkatkan saham orang Melayu dan bumiputera dalam ekonomi dan ilmu.
Dasar radikal itu diperlukan demi mengimbangi kesan monopoli ekonomi di tangan orang bukan Melayu.
Anehnya, sedang Almarhum ayahnya membina DEB, Datuk Seri Najib pula perlu merombaknya demi menghambat hati orang bukan Melayu.
Padahal sasaran DEB untuk memastikan orang Melayu meraih 30 peratus kemakmuran negara masih belum tercapai.
Ini menunjukkan suasana hubungan kaum telah mendesak penyemakan ke atas DEB.
Minggu lalu, Datuk Seri Najib mengumumkan bahawa Malaysia tidak lagi akan menguatkuasakan peraturan kuota 30 peratus kaum Melayu dan bumiputera pada 27 sektor ekonomi seperti pelancongan, logistik, pengangkutan dan teknologi maklumat.
Daya utama baru ini bertujuan memikat pelaburan asing dan bakat profesional untuk merancakkan ekonomi Malaysia.
Hakikatnya, memang tersirat di sebalik perubahan dasar itu ialah dimensi kaum - menyejukkan hati pengundi bukan Melayu yang kian menolak Barisan Nasional (BN) seperti pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu.
Setakat mana karisma dan kecekapan Datuk Seri Najib dan pasukannya dalam reformasi ini akan disorot oleh pelbagai pihak, termasuk pelabur antarabangsa yang dilaporkan menuntut DEB dihapuskan.
Ia juga akan menjadi kayu ukur tentang setakat mana Datuk Seri Najib dapat menyelamatkan Malaysia.
Seyogia, Malaysia kian kurang menarik di mata pelabur dalam dan luar negara pada ketika ekonomi dunia dilanda kemelesetan.
Tetapi, adakah langkah terbaru ini merupakan pembuka tirai kepada terbuka luasnya lebih banyak ruang ekonomi kepada rakyat bukan Melayu?
Tunggulah hasilnya dalam tahun ini.
Namun, bagaimana dengan reaksi kaum Melayu yang berasa haknya dipinggirkan pula?
Bukankah Umno, walaupun selaku parti tunjang BN, merupakan pembela ketuanan Melayu di Malaysia?
Dari segi politik pula, cabaran Datuk Seri Najib juga besar. Pilihan raya umum ke-12 dan beberapa kekalahan dalam pilihan raya kecil selepas itu menunjukkan bahawa BN kian kurang popular.
Antara lain, politik 'kepuakan' dalam Umno tampaknya belum terhurai.
Beberapa tuduhan rasuah dikenakan ke atas beberapa pemimpin veteran Umno.
Datuk Seri Najib telah melantik Datuk Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Mentari, sebagai timbalan menteri.
Sebaliknya, Encik Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang juga menantu Tun Abdullah Badawi, diketepikan.
Walaupun Encik Khairy dituduh oleh beberapa kumpulan Umno sebagai angkuh dan 'mengada-ngada', hakikatnya beliau meraih undi terbesar dalam persaingan tiga penjuru untuk diangkat sebagai Ketua Pemuda Umno yang lazimnya diberikan jawatan menteri.
Datuk Seri Najib telah menyanggah tuduhan bahawa Dr Mahathir menjadi 'dalang' (kingmaker) dalam proses pelantikan kabinetnya.
Namun, laporan media menunjukkan Dr Mahathir menuduh Encik Khairy tidak layak diberikan jawatan menteri kerana rasuah.
Bahkan bagi pilihan raya kecil di Penanti kelak, Dr Mahathir mendesak BN menampilkan calonnya walaupun Datuk Seri Najib pada mulanya menyatakan tidak berminat.
Selain cabaran 'dalaman' yang melanda Umno, parti-parti komponen BN juga menimbulkan masalah.
MCA, MIC dan Gerakan memang sekian lama patuh pada tatasusila BN.
Namun, sejak alah dalam pilihan raya umum lalu, mereka lebih berani mendesak atau menyatakan rasa tidak puas hati.
Malah sidang parlimen Malaysia yang kini diberi liputan terbuka (termasuk rakaman televisyen) jelas menunjukkan kelantangan para wakil parti komponen BN.
Bahkan di luar parlimen pun, para wakil rakyat bukan Melayu didapati tidak sehalus dulu sehingga dilaporkan menyinggung perasaan orang Melayu.
Kritikan pedas terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan institusi kesultanan dikhuatiri mewujudkan jurang lebih mendalam antara kaum.
Gambaran rusuhan kaum 1969 kini dibimbangkan.
Terdapat juga isu-isu lain seperti masalah rasuah dan silap tadbir yang menjejas imej kerajaan.
Ini semua perlu ditangani Datuk Seri Najib dan pasukannya dengan segera, cekap dan tuntas sedang ikrarnya untuk membina 'Satu Malaysia' dicapai.
Datuk Seri Najib telah memberikan tempoh enam bulan untuk menilai kelakonan pasukan dan dirinya.
Jika beliau berjaya, rakyat Malaysia yang merajuk mungkin dapat dipujuk oleh BN.
Jika beliau kurang berkesan, tunggulah kesannya pada pilihan raya umum kira-kira dua tahun lagi.
Senario BN menjadi pembangkang dan Pakatan Rakyat (PR iaitu perikatan parti pembangkang) pula membentuk kerajaan seperti yang diimpikan Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketua PR) boleh menjadi kenyataan.
Nota: Penulis ialah peneliti politik Asia Tenggara dan juga Profesor Madya di Jabatan Sains Politik, Universiti Nasional Singapura (NUS).
Sumber : DI SINI
Komentar: OK dah baca semua.. Ha dah sedar ka belum..1Malaysia... Mana Pemuda UMNO.. Mana Pekida... Mana Pewaris..Mana NGO BPM, NGO-NGO Melayu... Oii awat hangpa diam... hak orang Melayu Najib dah pelingkup...mana perjuangan untuk Melayu...
Beruntungnya Ahli UMNO
PRK Penanti: Pondok Panas Di Larang...
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata peraturan itu akan berkuat kuasa mulai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei ini.
Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, sebentar tadi
Sunday, April 26, 2009
Untuk Renungan - Bagaimana Solat Kita..
Sembahyang ni pulak boleh digolongkan kepada 7 peringkat.
Daripada 7 peringkat ni, 3 saja yang sah Allah terima, 1 terpulang pada Allah terima atau tidak. Dan yang baki 3 lagi, Allah rejects habis, alangkah sia-sianya buat penat saja.
Tetapi ada sesiapa yang terdetik tak nak sembahyang langsung?
Padah tak sembahyang lagi besar, kekal abadi dalam neraka.
Anyway mari kita sama-sama baca apakah 7 peringkat sembahyang ini:-
1. Sembahyang orang jahil
Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha pulak nak belajar. Inilah dia orang beramal tanpa ilmu.
Hakikatnya: Dia ni macam tak sembahyang. Amalannya tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling depan ataupun baca surah yang panjang.
2. Sembahyang orang lalai
Fardhu ain dah clear, tapi bila mula saja angkat takbir 'xpdc' otakpun bermula. Sekejap teringat, sekejap melayang-layang, sampaikan barang yang hilang pun boleh terjumpa balik dalam sembahyang.
Punyalah banyak yang difikirkan dalam kepala,tiba-
Hakikatnya: Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak. Allah hadiahkan neraka Wail untuk orang yang lalai dalam sembahyangnya.
3. Sembahyang bukan kerana Allah
Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang, tapi ada pulak orang sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambil hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan member2 dan sebab2 lain.
Hakikatnya: Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan keranaNya,kecuali bila dah bertaubat dan menyesal sungguh-sungguh.
4. Sembahyang orang mujahadah
Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa ingat Allah. Jadi dia paksa2kan hati untuk hadir dalam sembahyang. Bila mula nak melayang ke lain, cepat2 disentap balik. Jadinya sekejap
khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi batinnya jenuh berperang dengan syaitan dan nafsu.
Hakikatnya: terpulang pada Allah nak ampun atau nak azab. Orang kategori ini kena banyak istighfar dan perbaiki lagi badahnya.
5. Sembahyang orang soleh
Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya, fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut oleh lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat sembahyang tidak terasa
olehnya.
Hakikatnya: Inilah sembahyang minimum yang perlu diusahakan supaya selamat di sisi Allah dan ia juga dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
6. Sembahyang para wali
Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu ruku' dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah diri di hadapan Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar2 lemah dan mengharap. Sembahyang dapat dihayati dan dinikmati rasanya.
Hakikatnya: Bukan saja dijamin selamat, nikmat sembahyang yang tidak terucap juga dapat dirasai.
7. Sembahyang para nabi dan rasul
Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam keagungan Allah......tak dapat digambarkan indah dan nikmatnya...
So, tingkat mana solat kita?
Tanpa Raja Melayu Lemah...
STATUS ANAK - MUFTI VS JAMIL KHAIR..
Saturday, April 25, 2009
Catatan Santai Petang Sabtu.. Program Konvensyen Tea Tarik 2
Pantainya kira OK juga, waktu kani sampai air pasang penuh.. suasana sini orang tak ramai macam kat Teluk Batik, yang terlalu padat...dengan manusia dan gerai-gerai yang banyak..
Yang ada kat sini petang tadi pasukan Bulan sabit Merah Daerah Manjung dan pelajar-pelajar SRI TAALIM yang ada buat program di sini.
Kalau sesiapa ada pukat boleh memukat tangkap ikan kat sini..
Person In-Charge Blogger Network Perak... MSK baru lepas merandok air laut pasang..jambatan di sini roboh disebabkan peristiwa tsunami yang lalu..
Pelajar SRI TAALIM Seri Manjung sedang melakukan solat di atas pasir pantai.
Persediaan pelajar membuat flying fox...
Huhh lega dah selesai... anak sapa tah!! aku pun tak kenal ...PAS gaduh dengan PKR di Selangor...
Sidang DUN Perak - MB VS Speaker.
Kalau Betul Berita Ini - Sama saja dengan UMNO.

Friday, April 24, 2009
MB Baru, Fatwa pun Baru...
Kome jangan pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Kome ngaji di mane ? Al-Azhar ? Ummul Qura? University of Madinah ? Yarmuk ? UIAM ? Kolej Islam ? Setakat ngaji pondok di Pondok Tunjung tu tak usah le pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Mufti teman lagi terror. Dia dah abih ngaji! Dah dapat tripple PhD. Anugerah itu, ini. Sebut saja hukum hakam, halal-haram, tak boleh challenge dia. "Everything is at his fingertips". Tengok je kat Lumut, Perak... Sure Heboh dah dirasmikan hari ni, serentak dengan perishtiharaan Lumut sebagai Bandar TLDM. Teman memang lame dah tak tengok TV, sejak DS Nizar tak jadi MB teman...
Fuh! Ghopenye dah banyak berubah kat Perak ni, bukan takat MBnye dah ubah. Hukum haram Sure Heboh pun dah ubah! Teman ke Sri manjung tadi, nampak le budak-budak muda dan yang tak berape mude tengah kerumun satu khemah ni, teman tinjau le kedalam... ohhh...artis-artis jemputan Sure Heboh ghopenye. Semuenye dah bertudung litup, baju pulak besar, labuh. Anak-anak mude tu pulak dihidang dengan halwa telinga lagu-lagu El-Suraya (cam Selimut Putih, Palestine...). Teman terharu... patutle Sure Heboh dah boleh bawak ke sini... artis2nye dah boleh pimpin peminat ke syurga...ohhh!...terimekasih le semua pihak yang terlibat dalam program Sure Heboh tu.
FRU pulak memang same banyak ngan peminat artis2 tu. Tapi teman marah betul, deme tengak relaks kat warung makan, takde yang nak jaga keselamatan artis2 tu... tak bawak pun deme water canon yang selalu deme bawak mase nak jaga keselamatan Abang Mat Sabu masa die ceramah, topi ngan senapang tembak gas deme pun teman tak nampak... isk!isk! ate kalu jadi pape kat artis2 tu sape nak bertanggungjawab? DS Nizar mesti kena saman besor sebab sebelas bulan jadi MB tak buat garis panduan keselamatan artis2 yang datang ke Perak.
Balik ceghiter artis2 tu tadi. Deme memang sah udah warak. Buktinye takde sape terkinje-kinje mase Deejay perkenalkan deme, time Asar tadi Dejay memberhentikan progam dan mengajak semua yang datang semue pegi surau yang penganjur sediekan...dah tu, peminat lelaki pompuan semue berasingan...nyese teman marahkan Sure Heboh tu. Program tu bagus ya amat... selame ari ni orang PAS dah rugikan orang Perak sebab tak nyokong Sure Heboh... Oi PAS! Dengo arahan Mufti le kalo nak selamat, kalo nak sume oghang sayang.
Kat Lumut plak, remajenye tak de pun pegang2 tangan, tak de pun kat tempat2 semak dan gelap2. Lampu2 dipasang di merata tempat. Polis dan PPM meronda 24 jam. Ade je yang duduk dekat2, tak sampai seminit, dah kene cekup. Syabas MB baru ! Kedai2 24 jam yang jual arak dan kondom2 udah tidak dibenarkan beroperasi. Boleh kata Lumut @ Perak dah maksiat sifar !
Tahniah kepada MB, mufti dan penasihat agama baru MB, YB Najmuddin Alias al-hafiz. Kome tak respect ke deme2 ni. Kalau tak kerana deme ni, mesti teman masih sangka yang Sure Heboh tu masih haram !
Takbir !
Mufti Perak Gesa Kaji semula .....
Calon Presiden - Pendapat Aku Pulak..

Tugas Rais Anak Yatim dah bermula...
KRISIS DI PERAK - SARANAN DOA BUAT RAKYAT PERAK!!!

Saya sudah nampak tanda-tanda kebenaran, namun masih lagi ada kekeliruan dengan kemelut politik di Perak.......
Namun saya rasa tak salah kita beristiqomah dengan doa yang pernah saya sarankan sepuluh minggu lepas.....
Agar Kebenaran Allah Muncul jua........
Dalam kekeliruan ini saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Oleh itu saya memohon kepada semua Umat Islam di Perak agar apabila Tuan khatib membaca Khubah Jumaat setiap minggu apabila doa untuk Sultan Perak dibaca maka bacalah doa berikut dalam hati:
Doanya:
SEANDAINYA SULTAN PERAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BETUL DAN IKHLAS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT (TANPA ADA APA-APA YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA, SAMADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU INDIVIDU TERTENTU) maka mohon ALLAH MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA BAGINDA DAN KEMBALIKANLAH KEJERNIHAN AGAR SULTAN PERAK DAN KETURUNANNYA BERTAHTA DI HATI RAKYAT DENGAN KEPATUHAN KESELURUHAN RAKYAT TERHADAP BAGINDA.
SEANDAINYA SULTAN AZLAN DIPERDAYA (DIBONEKAKAN)DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT OLEH PIHAK TERTENTU, maka mohon kepada ALLAH AGAR PIHAK TERSEBUT DIHANCURKAN DENGAN BALASAN YANG TERUK DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN KERAJAAN BN PERAK YANG TERHASIL DARI KEPUTUSAN TERSEBUT DIPOHON AGAR ALLAH MENJAHANAMKANNYA DAN MELAKNATNYA DAN DITUNJUKKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT.
SEANDAINYA SULTAN DAN PIHAK TERTENTU DENGAN SENGAJA BERSENGKOKOL UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PR SEDIA ADA (PILIHAN RAKYAT MELALUI PU12) DENGAN NIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN JAHAT TERTENTU, MUSNAHKANLAH, HANCURKANLAH, JAHANAMKANLAH KESEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DENGAN NIAT JAHAT TERSEBUT TERMASUK SULTAN, TUNJUKKAN NATIJAHNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMINN
MELALUI DOA RAKYAT PERAK yang ramai ini dan seandainya Rakyat Perak dianiaya dan dizalimi saya yakin doa tersebut Mahbul, KERANA TIADA JARAK PERMISAH ANTARA ALLAH DAN ORANG YANG DIZALIMI, DAN MAHBUL DOA ORANG YANG DIZALIMI (ini adalah sebahagian daripada Hadis Nabi dan Tuan Mufti Perak boleh mengesahkannya.
TUANKU SRI PADUKA SULTAN PERAK, PATIK DAN SELURUH RAKYAT PERAK INGIN MELIHAT NATIJAH DISEBALIK DOA TERSEBUT YANG SECARA AUTOMATIKNYA MENJAWAB KEKELIRUAN KAMI. BIAR ALLAH MENENTUKANNYA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. WAHAI MANUSIA KAMU MENYANGKA PERANCANGAN KAMU CUKUP BAIK PADAHAL KAMU HARUS SEDAR PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH BAIK DAN TAK BOLEH DISANGAH
Saya akan terus menyarankan cara ini sehingga kebenaran muncul tanpa putus asa.......
BAGI SAYA CARA TERBAIK MENYELESAIKAN KEMELUT INI IALAH DENGAN MEMBUBARKAN DUN PERAK.
-------PEMINAT LAKSA PADANG POLO------
Nizar Saman Zambri - Alhamdulillah.. Kemenangan Makin Hampir..

Buat semua Ahli dan penyokong UMNO yang menetang hukum Hudud

Malah, beliau berkata, keistimewaan hukuman sebat boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan termasuk membiayai makan dan minum tahanan.
Beliau berkata, antara contoh hukuman takzir ialah kesalahan lalu lintas, mengedar dadah dan membuang sampah.
"Hukuman sebat ini boleh dikenakan untuk kesalahan takzir. Ia hukuman utama bagi kesalahan yang serius untuk memberi pengajaran tepat dan berkesan kepada penjenayah berbahaya yang sudah sebati dengan kesalahan.
"Keistimewaan hukuman ini tidak membebankan kerajaan dan tidak menghalang pesalah berusaha menjalankan pekerjaan selepas hukuman. Dia juga tidak pula terpaksa meninggalkan dan membiarkan ahli keluarganya menempuh pelbagai kesusahan hidup mencari nafkah," katanya membentangkan kertas kerja bertajuk Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah: Realiti Pelaksanaan.
"Tidak seperti hukuman penjara kerana hukuman sebat dilaksanakan serta merta selepas disabitkan kesalahan dan sesudah itu dibebaskan untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan biasa bersama keluarga," katanya membentangkan kertas kerja bertajuk Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah: Realiti Pelaksanaan.
Beliau berkata, hukuman sebat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebat dalam masalah hudud iaitu seksaan yang ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak dan perintah Allah, manakala sebat dalam takzir iaitu kesalahan yang dikenakan dengan satu atau lebih daripada seksaan takzir, selain daripada seksaan hudud, qisas, diat dan kaffarah.
"Takzir bererti penderaan yang menjadi pengajaran. Syarak tidak menetapkan sesuatu seksaan atau hukuman tertentu bagi kesalahan takzir dan memadai dengan menetapkan kumpulan hukuman dari serendah-rendahnya kepada seberat-beratnya. Selepas itu diserahkan kepada pemerintah untuk memilih dan menetapkan hukum yang sesuai mengikut suasana dan keadaan pesalah itu sendiri," katanya.
Daud berkata, mengikut peruntukan hukum syarak bagi kesalahan jenayah syariah, seseorang yang melakukan jenayah bukan kes hudud tidak boleh dikenakan hukuman sebat lebih daripada 10 sebatan.
Selain itu, jika hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah dilakukan di seluruh negara, walaupun hanya enam rotan, ia diharap mencapai kebaikan dan menjaga kepentingan orang ramai kerana Islam mementingkan pengajaran serta memberi rasa gerun dan takut untuk menghampiri jenayah apatah lagi melakukannya.
RAYUAN BUAT DATO' SERI DR SS HAJI HARUSSANI BIN ZAKARIA - MUFTI NEGERI PERAK.
.jpg)
Thursday, April 23, 2009
Bolehkah Begini....



Hangpa tau tak tu gambar apa?!!! Ha tu gambar bot tempur yang digunakan oleh Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam sesuatu operasi ketenteraan di laut.. Kalau tak silap aku bot jenis ini juga yang dibawa bersama oleh TLDM KD Mahawangsa ke Laut Eden Somalia sewaktu menghadapi lanun di sana..