boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, February 23, 2010

Arkib TKO - Adegan dari lakonan Filem Pertama..

Salam Sejahtera...
ntah macam mana tadi dok syok merayau-rayau terjumpa satu slot adegan lakonan arahan allahyarham Moktar Abdullah.. Adegan arahan Ghani Patail ditangguhkan disebabkan atas arahan tertentu, jadi buat sementara ni kita lihat balik adegan dari lakonan pertama,, apakah ia akan menyamai adegan lakonan kedua nanti..

Azizan Akui Tidak Diliwat

Berikut adalah petikan soal jawab peguambela Aris Rizal Christopher Fernando dengan Azizan Abu Bakar yang secara jelas menunjukkan bahawa pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah palsu dan direka semata-mata. Soal jawab ini dikemukakan semasa penggulungan hujah peguambela dalam perbicaraan kes Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Fernando : Adakah awak beritahu polis bahawa awak diliwat pada tahun 1994?

Azizan : Tidak.

Fernando : Siapa yang mereka-reka bukti tersebut?

Azizan : Saya tidak tahu.

Fernando : Adakah awak memberitahu pihak polis bahawa awak diliwat dalam tahun 1992?

Azizan : Tidak.

Fernando : Jadi, siapa yang beritahu polis bahawa awak diliwat pada tahun 1992?

Azizan : Saya tidak tahu.

Fernando : Siapa yang memalsukan bukti ini?

Azizan : Saya tidak tahu.

Fernando : Adakah tahun 1992 (kejadian didakwa berlaku) itu tidak betul?

Azizan : Ya.

Fernando : Saya katakan kepada awak bahawa tuduhan itu terpaksa dipinda kepada tahun 1993 kerana pada waktu itu bangunan(Tivoli Villa) masih belum siap untuk diduduki?

Azizan : Saya tidak tahu.

Fernando : Adakah awak diberitahu tarikh(pertuduhan) itu dipinda?

Azizan : Ya.

Fernando : Adakah anda bersetuju dengan cadangan ini?

Azizan : Ya.

Fernando : Siapa yang menyuruh awak meminda tuduhan kepada tahun 1994?

Azizan : SAC Musa bin Hassan.

Selanjutnya dipetik soal-jawab yang memusnahkan kredibiliti saksi sebagaimana yang dicatatkan dalam nota keterangan di mahkamah.

Fernando : Saya katakan kepada awak, oleh kerana Dato' Seri Anwar Ibrahim 'tidak melakukan apa-apa' kepada awak, awak tetap menziarahinya diantara tahun 1992-1997, jika tidak sudah tentu awak akan menjauhkan diri daripadanya.

Azizan : Ya, ianya benar.

Pengantara mahkamah mengulangi soalan tersebut. Beliau tetap menjawab, "Ya, ianya benar, tetapi saya tidak faham maksud 'tidak melakukan apa-apa.'

Hakim : Mungkin awak harus perjelaskan lebih terperinci.

Fernando : Ya, saya akan lakukannya. Saya katakan kepada awak bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak meliwat awak, oleh sebab itu awak tetap menziarahi beliau dan keluarganya diantara tahun 1992 hingga 1997.

Azizan : Saya bersetuju bahawa beliau tidak meliwat saya, oleh itu saya tetap menziarahinya dalam tahun 1992 hingga 1997.

Sekian.


Sumber:tranungkite.


Komen..

Dimanakan Azizan Abu Bakar ?.. Balik Melaka ...

Apa pun sama - samalah kita sedekahkan Alfatihah buat saudara Allahyarham Aris Rizal Christopher Fernando.

Tak lupa juga buat ...

Alfatihah untuk Tan Sri Mokhtar Abdullah.

Alfatihah untuk Khalid Jefri

Alfatihah untuk Datuk Seri Megat Junid
Alfatihah untuk Dr Rustina Majid.
Alfatihah untuk Rahim Nor.. (satu masa nanti),

............. Yang Ariff

Augustine Paul…

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari