boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, February 24, 2010

Betulkah Ini Gambar Hantu..

Salam Sejahtera...

Rakyat Malaysia sekarang ini sentiasa disajikan dengan cerita-cerita hantu, terutama di siaran-siaran TV, filem dan sebagainya, Kalau filem siri-siri hantu dari barat nampaknya trend imej hantu-hantunya sekarng serupa sebiji macam imej manusia, begitu juga filem-filem dari Cina/Hongkong/Singapura, hantu-hantunya pun kebanyakannya dah moden, macam imej manusia biasa.

Berbanding dengan Malaysia, hantu-hantu yang digambarkan difilem seperti yang diceritakan sewaktu aku kecik-kecik dulu, hangpa tengok saja cerita Ciplos TV9, ada pulak hantu baik, telinga capang.., sebelum ini cucu buluh betong, nyai rafik dan lain-lain lagi, muka hantu macam-macam, TV3 Khamis malam Jumaat, macam mana rupa hantu.siap ada bomoh pulak tu..

Kemudian kalau sapa rajin perati rupa hantu dalam satu siri TV8, pelakon wanita yang chun tu, dapat bercakap dan bersemuka dengan roh manusia yang mati, semuanya hantu dah moden, begitu juga satu siri filem Cina Singapore yang di siar oleh NTV 7, pun hantunya dah sama macam manusia....,

Tak cukup dengan filem dan TV, Barat cuba pulak nak mempengaruhi hantu-hantu moden melalui akhbar pula.., cuba perati gambar dibawah..

GAMBAR yang dirakamkan oleh Fores menunjukkan imej seorang budak lelaki (dalam bulatan)di Sekolah Rendah Alaby, Hull Britain.
Sumber Cerita : kosmo.

Apakah hantu menyerupa gambar budak ini,,, betui ka... Jangan tanya kat aku, aku pun tak biasa jumpa hantu, baik dialam nyata, mau pun mimpi, tak pernah jumpa lagi.., kalau nak tau macam mana rupa hantu, tanyalah kat pemimpin-pemimpin UMNO, sebab mereka ada terlibat dengan pengundi hantu.....


1 comment:

  1. alah macam gambar yang kau dok superimpos tu lah wahai cacai nizar oi

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari