boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, April 27, 2010

Aduhai Malaysia Negara Ku!..

Salam Sejahtera..

Sedih, hiba juga aku bila melihat seorang ibu tua di kaca TV sebentar tadi dalam berita, beliau kesal ada pihak menuduh anaknya penyamun kerana di tembak mati oleh polis.

Aku tak boleh nak komen apa-apa bab polis ni, sebab menteri yang jaga polis dah bagi amaran, jangan membuat apa-apa spekulasi, buat timbalannya tubuh pasukan penyiasat.., entahlah kes Kugan pun tak selesai lagi.. aduhai.., mereka dah melakukan kesilapan, pihak lain tak boleh sentuh, ini arahan apa macam ni,, macam zaman Jepun jajah Malaya zaman dulu rupanya...




Yang sedihnya lagi apakah disebabkan dengan sebilah parang dalam kereta, maka budak yang baru 15 tahun umurnya dah dituduh nak pergi menyamun




Siasatlah betul-betul, tetapi bagaimana dengan siasatan kes di memali, pasukan polis bersama kereta kebal yang pergi menyerang sehingga syahidnya arwah-arwah Assyahid Ibrahim Libya dan 13 lagi nyawa penduduk disitu, dari tahun 1985 sehingga sekarang, Kenapa senyap!!!.

Siasatlah betul-betul, janganlah terjadi seperti mana KPN Rahim Noor membelasah DSAI didalam lokap Polis, bengkap hitam mata DSAI, Mahathir selaku bapa konspirasi menuduhnya DSAI sendiri tumbuk, buat siasatan mula-mula Ketua Polis Melaka yang mengetuai sisatan, tak kan Ketua Polis Negeri nak lawan Ketua Polis Negara, menyebabkan tertubuhnya Siasatan Diraja,, baru dapat jawapannya yang boxer Rahim Nor yang membelasah DSAI. Itulah hebatnya Polis Malaysia.

Jadi kes sebegini sedikit sebanyak timbul keraguan kerana timbalan menteri KDN sendiri yang mengeteuai sisatan, kenapa tidak ditubuhkan panel yang betul-betul bebas, bekas-bekas hakim pencen pun ramai, rakyat tidak tertanya-tanya,, ingat kewibawaan Polis Malaysia telah lama tercalar...



2 comments:

  1. maklumlah gaji polis dah naik...jadi kena buat kerja betul2..kalu tak betul pon buatlah cam betul...mgkn dia ingat bila dapat tembak mati..dapt naik pangkat kot..tp silap tembak budak plak...silap2 polis plak masuk dalam..2 pon kalu kes ni dapat pengadilan yg betul..kalu tak tak da ape nak cakap lah...

    ReplyDelete
  2. Manusia yg tak dapat pengadilan yg adil di mahkamah malaysia ada satu lagi peluang lagi untuk minta dibicarakan secara paling adil, di MAHKAMAH ALLAH!!!!

    Takbir!!!!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari