boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, April 2, 2010

Orang Lain Tolong Jawab...

Salam Sejahtera...

Semalam walaupun dalam kepenatan seharian, aku cuba juga updatedkan entry aku yang tak puas hati dengan apa yang terjadi semalam DI SINI.

Memang tak boleh nak harap pun pada pauak-puak yang bertitlekan agama, harap ke pingat dan gelaran ajalah.... moga-moga pingat dan gelaran tu nanti boleh memberi syafaat sewaktu mengadap Allah di rabbul jalil nanti..

Alhamdulillah, rupa-rupanya ada lagi badan-badan lain yang lebih berani dan bertanggungjawab dari pihak-pihak di atas tu...


SIARAN MEDIA PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Isu: Peringanan Hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor

Untuk Siaran Semua Media

PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) menzahirkan perasaan amat dukacita dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang yang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Kartika Sari Dewi Sukharnor dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010.

Titah perintah ini langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat secara syarie atas kesalahan yang dilakukan sendiri olehnya. Kartika juga telah menghadapi pelbagai tekanan supaya merayu terhadap hukuman sebatan syarie tetapi masih cekal mahukan undang-undang Islam dilaksana ke atasnya.

PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai Ketua Agama Negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah. Hak dan kuasa sebagai Ketua Agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri.

Di samping itu pula undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak. Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada Hukum Syarak.

PPMM juga musykil peringanan hukuman tersebut dikatakan atas faktor kemanusiaan sedangkan hukuman tersebut sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya.

Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diampuni pekenan oleh DYMM Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah. Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan Hukum Syarak. Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini.

PPMM juga menyelar ahli-ahli politik termasuklah menteri-menteri, ketua pembangkang dan NGO-NGO lain yang membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka demi mengaut keuntungan politik atau populariti dalam isu ini.

PPMM menegaskan setiap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri bagi menandingi ketetapan Allah itu.

Bertarikh pada 1 April 2010

Di Bangi Selangor

Abdul Halim Bahari

Setiausaha Agong

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Tel: 019 3102552


Komen: Alhamdulillah, ada lagi badan-badan lain yang berautority memberi pandangan demi kebaikan Islam, kalau nak harap pada yang itu, main fatwa pegang lilin pada mendiang TBH ajalah..

4 comments:

  1. Sejuk sket hati hati...
    Institusi Mufti, Institusi Ulama' hanya indah khabar dari rupa. Nak harapkan MP, jumlah ja banyak tapi dok kena lutu dek kapiaq!

    ReplyDelete
  2. Zainul Faqar yang biadap

    Ada ilmu tapi tidak diamalkan, ada adab tapi tidak dipraktikkan, ada maruah tapi ditelanjangkan, sayangkan jamaah tapi merendah-rendahkan orang lain dihadapan khalayak.

    Apakah motif Zainul Faqar menerjah Ust Nasharuddin Mat Isa ketika sedang berbual dengan seorang ahli parlimen Umno ketika parlimen sedang bersidang berkenaan isu APCO. Bagi Zainul Faqar, isu itu terlalu besar sehingga tidak boleh berehat untuk minum air.

    Kalau ya pun ingin tahu apa yang dibualkan oleh Ust Nasha, kenapa sampai ‘ditelanjangkan’ maruah kawan itu semata-mata kerja bodoh engkau tu.

    Apa yang buruk sangat berbual dengan MP Umno tu. Dan satu lagi, kenapa terdesak sangat engkau ingin tahu apa yang dibualkan mereka berdua.

    Tak boleh ke buat secara baik, tanya dengan baik, bagi Ust Nasha selesai dulu minum pastu jumpa dan ajukan persoalan yang engkau mahu tanya sangat kalau ya pun penting bagi engkau orang.

    ReplyDelete
  3. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Matinya seorang Penghibur Din Ramboi diratapi ramai rakyat Malaysia. Tapi matinya Hukum Allah SWT di Malaysia tiada siapa nak ratapi kerana takut dengan hukuman manusia??????????

    ReplyDelete
  4. anon 12.23, kamu pencacai umno ke?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari