boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, April 30, 2010

Anak Haram..

Salam Sejahtera..

Malam tadi Kuliah Ustaz Wan Ahmad Tarmizi. Sedikit sentuhan minda daripada beliau yang aku akan sampaikan kembali buat para pembaca..

Mengenai masalah anak luar nikah atau lebih sedap didengar anak haram. Mengikut statistik JPN seramai 17,000 anak haram telah didaftarkan,

Mengikut seorang doktor klinik swasta, bulan Mei, Sep dan Nov menjadi tumpuan bakal-bakal ibu yang nak melahirkan anak tanpa bapa,

Bulan Mei permulaan mengawannya pada detik malam 31 Ogos, Bulan Sep pula malam mengawannya pada 31 Dis, sambut detik tahun baru dan bulan Nov pula adalah kerana malam Valentine Day pada bula Feb.

Cuba kita bayangkan apa akan jadi anak-anak tanpa bapa yang putus nasab ni 20 tahun akan datang, mereka tentu akan berkahwin sebab dah dewasa. Waktu itu mungkin surat beranak mungkin jadi syarat wajib untuk pengesahan pihak keluarga pengantin seorang lagi.

Bayangkan apa akan terjadi bila rombongan yang datang itu, bila disemak bakal menantu tu nama tiada bin atau pun bin kepada MAULAD..., Anak tuan rumah dah berkenan, sanggupkah kita menerima anak luar nikah ini untuk dibuat menantu!!

Oii Kita kena fikir semua ni, kita kena ingat balik, tahun 68 bahasa dan tulisan jawi diharamkan disemua sekolah, bahananya sekarang ini berapa ramai yang tak boleh baca jawi dan buta Alquran, begitu juga bila Mahathir menarik balik bantuan kepada sekolah agama rakyat beberapa tahun yang lalu, lihatlah sekarang ini masaalah sosial remaja, sudah pun terbukti..!

Waktu 20 tahun akan datang aku memang dah tak ada dah,, tetapi anak-anak kita yang akan menghadapi fenomena anak haram itu..., Adalah lebih baik dari sekarang ini lagi kita berdoa kepada Allah S.W.T minta anak-anak haram ini dipertemu jodoh dengan anak-anak generasi-generasi UMNO yang selama ini menentang hukum Islam,

Dan diwaktu itu, adalah lebih elok dan baik jika anak-anak kita dipertemukan jodoh dengan anak-anak sahabat kenalan yang kita ketahui asal usulnya, tak perlu lagi nak risau-risau pasal keturunan ni !!

Sebenarnya masaalah ini aku sendiri pun ada menghadapinya, anak perempuan angkat arwah kakak ku sekarang ini pun anak tanpa bapa juga, tahun lepas kakak aku meninggal, aku tak sanggup nak tolong bela, sebab umurnya sekarang dah mencecah 17 tahun, aku pula ada 3 orang anak lelaki remaja belaka, tentu tak sesuai, nasib baik sepupu sanggup nak tolong bela.

Tetapi beberapa bulan sahaja sepupu aku sanggup, sekarang ni dah dihantarnya kerumah anak yatim, Nasib baik sepupu aku dah terjumpa surat beranak asal yang dikeluarkan dari Rumah Kebajikan Wanita Batu Gajah, yang menceritakan status sebenar budak ini.

Pada 18 Apr 10 yang lalu aku pun ke Batu Kurau mengikut alamat yang tertulis di Surat Beranak, Bukan apa, aku nak serah ataupun bagu tahu balik kepada ibu atau pun waris budak ini di Batu 7, kampung Cangkat Baru, Batu Kurau, Puas aku mencari sehingga sampai ke Pekan Batu Kurau, tanya kepada penduduk disitu, tak ada nama Kampung Cangkat Baru, pulak dah, setelah aku semak balik, dan terpandang poskod, rupanya di Matang Port Weld (Kuala Sepetang).

Bergegas aku sampai ke pekan Matang, terasa baru lagi aku ke sana sewaktu PRK Bukit Gantang yang lalu, sampai dipekan Matang aku bertanya kepada seorang sahabat, nak jadi cerita sahabat ini memang duduk di Kampung Cangkat Baru, tetapi tak ada pula nama seperti tersebut.

Puas aku meronda di kawasan persekitaran tersebut, tetapi kebanyakan rumah-rumahnya banyak yang kosong ditinggal tanpa pengghuni, disekeliling rumah penuh lalang..

Aku akan mencari lagi, cuma di disini aku minta tolong para pembaca kut-kut ada yang kenal wanita yang menjadi ibu kepada anak angkat arwah kakak aku ni, nama nya ialah Siti Sofiah bte Abdul Malik, umurnya sekarang dalam lingkungan 35 tahun, alamat No 22, Batu 7, Kampung Changkat Baru, 34750, Matang. Tolong maklumkan kat aku...

Kalau boleh aku ingin nak bertemu dan nak bagi tahu, yang anaknya itu dah bertukar nama, dan surat beranak pun dah bertukar, bukan Surat Beranak asal lagi,dia nak ambik bela atau tidak itu dia punya pasal la...

8 comments:

  1. kalau ikutkan statistik JPN tu tak beghapa tahun lagi ada la satu lagi MP mewakili Parlimen Anak Haram, kalau kena gaya satu Parlimen penuh anak haram - dah prinsip demokrasi kata ikut suara majoriti, penyamun pilih penyamun jadi wakil depa .... anak haram pilih ...

    ReplyDelete
  2. sALAM..SEBENARNYA ALAMAT RUMAH NI..DEKAT BENAR DENGAN RUMAH SAYA DI KAMPUNG MATANG...TAPI TAK PERNAH LAH DENGAR NAMA YANG DIBERI..NANTI SAYA TANYA EMAK KAT KAMPUNG KALAU DIA KENAL ...OK

    ReplyDelete
  3. Salam Pn Roslaini..

    Terimakasih diatas niat dan pertolongan puan, cuba-cubalah risik dan tanya kepada ibu Puan, mungkin ada yang tahu...

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Saya baru saja talifon emak tanyakan hal ini...
    Kalau diikutkan alamat , memang dekat benar...sebab rumah saya no 24, alamat rumah yang diberi no 22..Nama budak nama sofiah ni memang ada..( masa saya dikampung, dia kecil lagi..) tapi bapanya bukan laa pulak abd malik tapi mokhtar..tapi tak tahulaa pulak dalam kad pengenalan..emaknya pula saya kenali dengan nama makcik Asmah...Mak cik Asmah ni ada kedai kopi dekat pekan matang..dekat sekolah KAFA
    Tapi kalau ikut mak saya..yang selalu ada kes-kes anak luar nikah ni...anak kepada Wan Bee kakak kepada Makcik Asmah..rumah mereka ni..dulu memang di depan rumah saya..tapi sekarang..dah terlindung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga je tepi kain sendiri udah

      Delete
  5. NI la orang islam bodoh. kalau anak haram, ko hina-hina, kalau buang anak, ko hina-hina. ini semua ajaran Pas/PKR la nih.. Anak tu anak haram ke x, disisi Allah darjat dia sama, tak pernah pulak Allah sign direct nama anak haram ni pergi neraka. Bodohnya anak halal!!!!

    Anak haram manusia jugak, xde kurangnya darjat anak haram ni dengan engkau yang berketayap 24 jam tapi mulut bau macam lobang ponggong yahudi.

    ReplyDelete
  6. setiap anak yg dilahirkan adalah dpd Allah,kita dulu pun dilahirkan,mana ada yg klua dr lubang cacing dll...so kita kena lihat n nilai dgn hati kpd org yg dh beso2 ni...kalau nikah dpt anak itu ok,kalau lps tu nk cerai berai,itu lain,janji nikan...tp yg tak nikah niiiii....haaaa kat sini baru kita nak tgok...so setiap orang mesti belajar n tau agama,baru dia tau apa yg patut n tak patut dia buat semasa hdup ni...bg mereka yg ada anak...bertanggungjawablah utk mendidik sehabis baik...jgn lepas tgn kat sekolah...Nabi berpesan..tanggungjawab org tua kpd anknya itu ada 3..bagi nama yg baik,bg didikan agama n kahwinkan jika sampai masanya...so jom kita sama2 berdoa ikhtiar n tawakkal utk masalah ini...mcm sya...sya bekje d sekolah sebagai pendidik..masalah sya ialah ibu bapa yg lps tgn dgn ank2 dr segi pendidikan agama...dgn apa yg Tuhan bg kpd sya insyaAllah sya akn mendidik semampu sya....bukan nk menunjuk tp luahan hati...sedih bila tgok ank2 darjah 1 - 6 yg terumbang ambing pasal agama...sbb ank2 ni dia jujur n berckp bila ditanya mcm2....jawapannya mk ayh tak solat,mk mask tghri n kami lunch sama2 bulan puasa,ayh beli nombo,abg usik2 anu saya dll.....aduhhhh....semoga Allah kuatkan semangat sya n kta semua....

    ReplyDelete
  7. Suci sngatla diri tue hina anak2 luar nikah . Ingat ya , apa yg kita ckp tue kdg2 akan pulang balik kat diri kita . Jgn rasa diri tue hebat n bagus sgt dlm agama . Nabi pon tak pena hina org . Anak2 luar nikah tue lahir dari anak2 yg sah nikah . Cakap tue guna akal . Jgn tunjukkan diri tue bodoh bila nak berkata . Ingat ya kita hina org mungkin pulang balik kat kita atau ahli keluarga kita , doa2 la ye anak2 kau tade anak luar nikah nnt . Sedap mulut je ckp . G ceramah agama da bagus tp mulut kau ? Pastue nak salahkan umno . Apa kau pk org pas tade lahirkan anak luar nikah ke ? Tlg la selaraskan umur dgn kata2 .

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari