Sahabat saya, Dinsman menulis dalam ruangan ‘Wacana Budaya’nya keluaran harakah 16-18 April 2010 bilangan 1531 mengatakan bagaimana Yahudi Israel sudah masuk ke rumah kita.
‘Masuk buat apa?’ Tanya Makngah Piah dari Felda Gedangsa yang baru habis letih mengurus makan minum Wanita Umno di pilihanraya kecil Ulu Selangor. ‘Masakan jantan Israel ada selesa nak rogol perempuan Melayu?’ Tanya pula Siti Som, jiran tetangganya.
Memang pun Yahudi Israel sudah masuk ke dalam rumah, setiap rumah kita. Kalau ada yang rajin nak buat kira banci, rumah orang besar-besar, pemimpin-pemimpin lagi banyak yahudi Israel masuk. Dari perabotnya sehinggalah seluar dalam. Sudah lama mereka rogol budaya dan maruah negara. Sudah lama ‘Millah’ mereka bermaharajalela.
Kalau rajin teliti, di Palestin dan di Gaza sendiri belambak-lambak Yahudi Israel masuk dan diguna pakai pula oleh ramai rakyat Palestin mahupun di Gaza.
Tenguklah pakaian anak-anak muda Palsetin ketika membaling batu ke arah keretakebal Israel. Seluar jenama apa yang mereka pakai? T Shir jenis apa yang mereka pakai? Tali pinggang apa yang membelit mereka? Itu tak periksa beg kulit, dompet duit lagi. Itu tak tenguk Coca-Cola yang mereka minum. Multimedia dan telekomunikasi siapa punya agaknya.
Jadi tak hairanlah kalau di rumah kita di Malaysia berlambak-lambak Yahudi Israel dah masuk, malah ‘mencabul’ pun sudah.
Perihal masuknya sesuatu ke dalam rumah kita sama ada sedar atau tidak, baik yang halal atau yang haram sudah tidak terkata lagi. Saya juga seperti yang lain, termasuk rumah-rumah ulama, banglo atau rumah mewah korporat, rumah menteri, rumah mufti, rumah lebai, rumah haji, rumah tuan guru dan rumah-pondok pondok sudah dimasuki tanpa sedar hal-hal kemaksiatan, kesyirikan, kebejatan.
Jangan tak sedar, rumah tuan guru yang kedepang-kedepong bersyarah dengan aqidah setiap minggu di masjid, sudah masuk gambar berhala melalui program tertentu. Jika tuan guru tak izin, anak atau isteri pula yang tekan punat TV. Jangan hairan pendakwah yang berleter tentang aurat muda mudi, seluar ketat atau sekarang nampak lurah punggung, sekarang bukan rumah pendakwah saja, malah rumah menteri yang menjaga hal ehwal wanita juga sudah ada hal-hal tersebut.
Ada ulama yang bercakap tentang syubhah, bagaimana arak jika tidak minum pun, kalau simpan atau beli barang dalam peti ais yang ada botol arak, sudah dikira syubhah. Kita marah-marah kepada anak gadis yang bekerja di bar atau coffe house yang hanya tukang angkat gelas dan botol Ancor atau Wain kononnya itu kerja syubhah. Tapi bagaimana yang meniarab tiap-tiap malam waktu musim piala dunia bola sepak? Pada satu musim yang lalu kira-kira RM7 juta tajaan dari syarikat arak? Bagaimana Babuji atau Murjit Sing minum todi dalam babak melarikan kekasih Sunil? Bagaimana persembahan Bollywood yang masyhur dengan tarian gedik? Nampak pusat dan perut? Bagaimana kita sendiri dalam rancangan Astro Ria dan lain-lain program, sang pondan menjadi penari latar atau suami isteri sedang tidur atas katil sedangkan mereka hanya pelakon?
Hahhh, macam-macam lagi boleh kita sebutkan apabila memperkata sesuatu yang lebih dari Yahudi masuk ke dalam rumah. Jadi, jikalah hal-hal yang disebutkan tadi begitu senang masuk ke dalam rumah, sama ada sedar atau tidak dan Yahudi Israel pun turut masuk seperti yang ditulis oleh Dinsman, maka apakah kita hairan jika Yahudi Israel sudah lama masuk ke dalam mehrab masjid nak jadi tukang azan??
Persoalan kita sekarang, berapa peratus agaknya kemasukan Yasudi Israel ke dalam rumah kita dan berapa peratus pula unsur lucah, khurafat, maksiat, berhala, arak, bogel, telanjang, judi, tipu, rasuah yang sudah lama masuk hingga ke bilik tidur kita?
Huhhh, sungguh kacau. Ke manakah tempat yang selamat untuk kita berhadapan dengan perkara ini? Apakah perlu umat Islam kini hidup dan berumah tangga tanpa TV? Bolehkah hidup sekarang tanpa TV?
Saya amat tidak yakin, dengan adanya TV lalu ditempahnya pula Astro dan yang lebih berada diletak pula Parabola dan lain-lain alat komunikasi, maka apakah semua itu boleh ditapis? Katakan seorang mufti mengelak dari rancangan maksiat itu, apakah ia terjamin tidak dibuka oleh anaknya apabila beliau tidak ada di rumah?
Sebelum saya menulis artikel ini, saya sudah berhadapan dengan S.M.Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Beliau menghentak beberapa persoalan kenapa, mengapa masyarakat kita terjadi begini sekarang, rogol, sosial, tipu, rasuah dan anak-anak bertindak liar. Dia memberi kesimpulan, ‘Amal makruf nahi mungkar’ sebenarnya bukan kenyataan Tuhan sahaja tetapi suruhan Tuhan di mana semua manusia mesti lakukan, mesti bertindak.
Salah satu kesimpulan yang diberi ialah pengaruh TV. Bukan TV yang salah tetapi rancangan dan pihak yang membenarkan itulah yang sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada masyarakat, khasnya golongan remaja. Manakala penonton sebagai pengguna juga mesti bijak berindak.
Saya pun terfikir begitu juga. Kenapa kita tidak pernah berbahas mengcari jalan mengelak gejala sosial ini? Apakah rancangan-rancangan TV yang membolehkan serba ada di dalamnya hanya memberi kesan buruk kepada sosial bangsa Melayu, maka demi untuk kepentingan bangsa lain, maka ia mesti dibiarkan?
Ada banyak persoalan sebenarnya. Kita rasa kalau pun kita mendapat punca dan sebab, pihak berkenaan akan merasa satu tekanan lain yang tidak upaya dibuat keputusan. Kementerian yang berkaitan dengan multimedia dan telekomunikasi misalnya, apakah berupaya menahan gelombang globalisasi dari mereka yang menguasai tampuk ini? -Saya teringat kitab Ehya...rupa-rupanya pemikiran Al-Ghazali sudah tak relevan
Sumber : detikdaily.
No comments:
Post a Comment