boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, April 6, 2010

Kenapa Blog Aku Tak Bela TGNA..

Salam Sejahtera..

Dalam dua tiga yang lepas, kecoh dengan perbuatan blogger tersohor Kickdefella mengaibkan TGNA dalam masaalah pemerintahan di Kelantan.

TGNA dengan seiklas hati telah menjawab beliau tak tahu tentang apa yang didakwa oleh KF dalam blognya, biasalah bila KF dah buka cerita blog-blog pencacai UMNO apa lagi, macam dapat bonus 3 bulan rupanya, masing-masing pakat tokok tambah perisa cerita tu bagi menjadi bertambah sedap dibaca...

Lantak pilah, biasalah bagi pihak musuh dah dapat peluang, tak kan nak dilepaskan.., cuma yang aku hairan ada pulak blog-blog yang sama-sama memperjuangkan Islam sebagai cara hidup tiba-tiba buat posting kenapa blog-blog penyokong TGNA tak bela TGNA...

Ni apa cerita ni, apa yang tak kena ni, kenapa nak cari pasai tak tentu hala,, pada mulanya aku malas nak ambik kisah sangat, tapi ada pulak hamba Allah yang rajin tak bertempat buat copy & paste letak kat kolum komen blog aku..

OK, aku mengaku blog aku memang 100% aku sokong TGNA, kenapa, aku punya pasailah, ini blog aku, apa yang hangpa nak sakit hati, kenapa yang hangpa macam tak puas hati, lainlah kalau blog ni penyokong atau pencacai UMNO.

Kenapa aku tak bela TGNA..., oii.. guna akai yang Allah kurnialah, ingatlah balik kisah para sahabat Rasullulah dulu, ketika Saidina Ali menjadi Khalifah, dimana baju besinya dicuri oleh seorang Yahudi, bila kes ini dibawa kepada hakim, Saidina Ali tak dapat mengemukakan bukti, menyebabkan hakim membebaskan Yahudi tersebut, sedangkan hakim sendiri tahu yang baju besi tersebut Saidina Ali punya.

Begitu jugalah dengan kes TGNA, aku tahu dan aku yakin 100% apa yang TGNA lakukan dan ucapkan, tetapi apa yang boleh aku nak buat, aku tiada apa-apa bukti, aku di Manjung, perkara yang berlaku di Kota Bharu, kalau sewaktu kes krisis Kelantan bermula dengan PMBK Menantu TGNA, aku diberi maklumat oleh blogger Pinkturtle, tak kira waktu siang ka malam, h/p aku asyik masuk panggilan minta aku buat posting, aku bersama blogger Pemburu Syahid menjadi mangsa suruhan Pinkturtle, akibatnya Pemburu Syahid terus menghilang diri.....

Cuma aku nak tanya sedikit kepada pimpinan PAS Kelantan, terutama kepada Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Dewan-dewan yang lain, kenapa berdiam diri bila TGNA selaku mursyidul di hentam sedemikian rupa, siapakh yang menghalang anda?!!!!, Siapakah dibelakang anda?!!!

Penyelesaian Kes di kelantan bukanlah rumit sepertimana kes lain-lain, mudah saja, kenapa tuan badan yang mula-mula membawa masuk KF dalam kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab, bagi aku selagi tuan tersebut ada, selagi itulah KF akan merasuk, meracau menggangu gugat pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.

Harapan Aku, moga-moga TGNA yang sekarang ini berada di Tanah Suci Mekah berada dalam kesihatan yang baik dapat mengerjakan amal ibadat Umrah, dan dengan penuh pengharapan semoga Allah S.W.T menerima dan mengabulkan segala doa dan permohonan TGNA. Amin.

2 comments:

  1. Salam Bro MM, kalau bro ada contact, pi suruh PS continue his blog. Tersilap sekali takkan tersilap selamanya. Saya suka pada gaya penulisan yg tajam. Kembalilah...sy pasti PS boleh menyumbang kepada kemenangan Islam..w'slm

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari