Hari keempat umat islam masih berhari raya.... aku masih lagi di Johor... Hari Sabtu beraya ke Felda Taib Andak Kulai, akan menghadapi usia 50 tahun Felda tersebut pada bulan Oktober,, kemudian pergi beraya ke Pontian... selesai hari kedua...
Hari ketiga beraya kat Felda Lok Heng Selatan, kemudian ke Felda Sungai Mas, nak balik masuk ke Felda Pasak, suasana jalan masyaallah, kereta merasa nimati kesesakan jalan (jem) sehingga malam tadi bermalam di rumah abang ipar ku di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi....
Sehari dua dia ni, perbualan ipar duai, biras semuanya tertumpu kes pembunuhan Datuk Sosilawati...., baik di TV dan Akhbar pun tajuk utama semua kesah tersebut.... Tertutup sebentar masaalah rakyat yang menghadapi perayaan, bagaimana kesesakan jalan, kenaikan harga barang dan bermacama lagi dengan adanya kes pembunuhan eksklusif yang melibatkan seorang peguam bertitle Datok...
Apa pun peluang yang sedia ada untuk bloger-bloger racist melayu mengambil peluang dengan isu tersebut yang telah mengungkap cerita dengan cukup baik sekali... Baca Di sini. Kenapa kita nak melabelkan penjenayah-penjenayah dengan isu bangsa..., Tak kira apa bangsa sekali pun, kalau dan penjenayah semua sekali mesti dihukum....
Kenapa kita hanya bising kepada peguam Datuk Pathmanatan yang dituduh terlibat kes bunuh Sosilawati tu sahaja... tetapi kita diam bila VK Linggam yang terbukti dengan jelas terlibat dengan kes-kes isu perlantikkan Hakim... VK Linggam tu pun hindu juga, oii tak rasa sakit hati ka,,, bila hindu bagi arahan kat melayu di dalam urusan pentadbiran undang-undang negara sebuah negara ketuanan melayu...... kenapa senyap...
Mana lebih hebat kesannya diantara satu kes bunuh biasa dengan kes yang melibatkab hal-hal perundangan negara...akibatnya negara kita Malaysia sama seperti negara Tamil Naidu... sesiapa yang mempunya kuasa, maka ia akan selamat di dunia,,, jika rakyat biasa...awassss, undang-undang sedia menunggu anda...
Oiii cukuplah... coretan merapu aku pagi ni..., aku dah nak bersiap,, mengemas dah nak balik ke Manjung.....
No comments:
Post a Comment