boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, September 27, 2010

Entah apa yang cemerlang !!!!....

Negeri Selangor, kerajaan negeri sibuk dok berhempas pulas nak menepis saman RM 380 juta dari SYABAS, syarikat air Selangor, sebabnya kerana nak menjaga kepentingan rakyat seluruh negeri Selangor....

Beruntung menjadi rakyat negeri Selangor....

Tetapi hangpa baca berita di bawah ni....

LAP umum bayar bonus tiga bulan setengah - Zambry

27/09/2010 5:58pm

IPOH 27 Sept. - Lembaga Air Perak (LAP) akan membayar bonus sebanyak tiga bulan setengah kepada kakitangannya tahun ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini.

Beliau berkata, pembayaran bonus itu akan melibatkan 1,100 kakitangan LAP dengan perbelanjaan RM6.6 juta.

"Bayaran pertama satu setengah bulan gaji telah dibayar awal bulan puasa manakala selebihnya akan dibayar pada akhir tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata, pembayaran bonus tahun ini adalah yang tertinggi dan ia dibuat ekoran prestasi cemerlang LAP secara keseluruhan.

Tahun lepas LAP membayar bonus dua bulan gaji. - Bernama


Entah apa yang cemerlang aku pun tak tau, buat pemeriksaan air di setiap rumah dua bulan sekali, air kadang-kadang di sinag hari ada bila buka aja kepala paip, hanya lelehan air sahaja..., Bukan niat aku nak dengki kepada staff LAP, tetapi itu hanya untuk 1,100 kakitangan sahaja, bagaimana hak rakyat seluruh negeri Perak, berapa juta orang yang dok ada...

Pandai sungguh Pengerusi LAP mentadbir, inikah rakyat diutamakan.. Khaakh pthuiihh.....


1 comment:

  1. elok juga lap buat begini! nanti kakitangan badan berkanun yang lain akan meminta yang sama. ekonomi negeri yang pernah diperintah oleh pr mempunyai lebihan untuk dibelanjakan pada kakitangan yang telah berkhidmat dengan baik. ataupun zambry black pun nak bonus sebagai pengerusi juga ke? masa akan datang dah nampak muram kot?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari