boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, July 10, 2012

Ambik ko ..TV3 RM50 juta, Utusan RM50 juta..


Nizar saman Utusan dan TV3 berhubung plat WWW1

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) kerana didakwa menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.
    
Mohammad Nizar memfailkan dua saman itu secara berasingan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di sini melalui Tetuan Awi & Co.
    
Dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Utusan Melayu dan TV3 sebagai defendan dan menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta daripada setiap defendan.
    
Katanya beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya pada 28 Mei lepas berhubung nombor plat itu.
    
Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei lepas, TV3 telah mengeluarkan berita melalui Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung kenyataannya itu.
    
Beliau berkata keesokannya pada 31  Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.
    
Mohammad Nizar mendakwa pernyataan ftnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.
    
Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan writ saman itu, Mohammad Nizar berkata pihaknya akan menyerahkan writ itu kepada kedua-dua defendan.
    
Beliau berkata sebanyak 41 laporan polis telah dibuat berhubung kenyataannya dalam twitternya itu dan siasatan polis berhubung perkara itu masih lagi berjalan.

Bernama

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari