boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, July 2, 2012

Kenapa Program PAS suka cilok dari Program UMNO?..

Banyak juga program kerja UMNO yang PAS ambik guna pakai , tak payahlah aku perjelas satu persatu, kang memalukan jemaah pulak,, tak apalah kalau da rasa baik dan boleh membawa manafaat kepada parti lakukanlah...  

Yang terkini seperti banner di bawah.... 


Sumber gambar { 
Dua tiga hari yang lalu aku ada posting pembayar-road-tax-mengemis-di-jalan. 


Tup-tup PAS punya program pun rasanya lebih kurang juga,,, aduhai... apa cerita ni,,, 

Apa pun inilah citrasa aspiarasi anak muda remaja zaman sekarang,,, terpaksalah diikuti,, cuma kalau tak kena gaya atau aturcara imej PAS akan tercalar aku rasa,, kalau aku sendiri tak suka bila aku mengalami dengan keadaan seperti dalam gambar tu, apatah lagi orang-orang atas pagar yang tak berparti,, kena ingat sikit... 

Jangan ingat UMNO boleh buat,, kita jemaah Islam pun nak ikut sama,,, kena ingat balik,,, pihak yang lain pengguna jalan raya berkenan atau tidak, bila kemudahan untuk pengguna jalan raya lain dicabuli atau diganggu....

Apa pun aku rasa ada jalan penyelesaiannya, kalau nak diteruskan program tu,, penganjur pertama sekali kena mendisplinkan para peserta yang akan memandu motosikal masing-masing...

Jangan diikut stail UMNO BN laksasanakan,,, penuh ruang jalan raya dengan motosikal, seolah-olah macam nak berlumba motor siapa yang paling laju.... aku lihat sendiri di Bagan Serai pada petang 23 Jun lalu,,, bayangkan kalau kita pengguna jalan raya dalam waktu yang sama ketika itu,,, apa perasaan kita,, nak memotong kekadang tak boleh,, sebab disebelah jalan ada kenderaan,, nak ikut belakang konvoi motor tu perlahan dari kita, kekadang merbahaya, macam-macam boleh jadi.... 

Jadi penganjur Program PAS, seelok-eloknya pastikan peserta yang mengambil bahagian menunggang motor berturutan (line-up) dan memandu dibahagian tepi jalan raya,, tak perlu nak beriringan (beremba) sehingga penuh jalan raya... 
Kalau dah berturutan sebegitu, bukan seperti nak berlumba,, jadi tak perlulah nak dipandu dengan cukup laju,, sekadar 70-80 kmh pun dah kira laju dah tu,,, 

Bila dah sampai kat traffic light, jika lampu merah berhentilah kenderaan, jangan merah pun jalan, ada pulak marsyal yang memandai jadi polis trafik tahan kenderaan lain kerana nak beri laluan pada konvoi,,, itu pun membuatkan pengguna lain rasa fed up... 

Kalau pihak penganjur dapat melakukan dengan seperti apa yang aku cadangkan, itu sudah cukup baik,, yang penting pengguna jalan raya lain tak terganggu imej parti PAS pun tak tercemar......   

6 comments:

  1. salam....
    betui tu...konvoi ni memang menyusahkan penguna jalan raya....rasanya bila berkonvoi ramai...naik seh...bawak moto macam hantu....aku dah kena dah...perlu ubah agenda yg lebih indah...konvoi ni rasanya tak cun kot...

    ReplyDelete
  2. Salam Manjung Mari.saya setuju benar pendapat abg,selama ni kita dok maki kat umno kata konvoi motor menyusahkan kita,seolah depa saja yang bayar roadtax,abis semua depa pakat suruh ke tepi terutama kat lebuh raya pada hal depa bukan bayaq tol pun,tp la ni alih2 jemaah kita pulak dok keja lagu tu.Jadi elok lah diperbetulkan yang mana yang x berapa nak elok tu.Baguih kita tarik minat golongan muda dengan aktiviti2 macam tu tapi kena elok undang2 la.semua berhak kat jalan raya,jangan dok ingat kita pakai motir besaq lps tu bawak bendera PAS kita bole wat apa saja,ni dah jadi x elok pada pandangan masyarakat yang baru nak dekat dengan PAS,sat gi depa lagi jauh dari kita.sekian.

    ReplyDelete
  3. Manjung Mari.Saya rasa tak perlu utk kita politikan konvoi motor besar.kalau konvoi bukan elok kalau kita beri laluan utk keselamatan penunggang bukan lama pun.lagipun road tax motor besar lagi Mahal rm 350.Saya rasa tak salah kalau pas pun ada program yg melibatkan motor besar

    ReplyDelete
  4. macam ni lah....aku dan ramai lagi kawan-kawan yang dok lama atas pagar dan selalu memerhatikan gelagat orang politik ni,kami nak buat kesimpulan mudah hasil daripada apa yang mm highligtkan ni dan yang sebelum-sebelum ini,pas ngan umno ni sama je.tak ada beza,pas kata umno salah-umno kata pas salah. 2-2 salah.tak payah sokong pas tak payah sokong umno.puas hati semua...utk orang pas jangan marahkan kami.suku sakat korang si mm ni yang dah membuka mata kami.... tq mm...ABUP-ASAL BUKAN UMNO & PAS.

    ReplyDelete
  5. salam. bukan kata salah nak buat program konvoi motorsikal besar ke motorsikal kecik ke lori ke apa ke... cuma bila buat program tu, pikiaq la dendalam implikasi dia dan prihatin la dengan sebenar2 maksud perkataan prihatin tu terhadap pengguna jalan lain yg jauh lebih ramai bilangannya berbanding kumpulan konvoi, kena faham la dalam bilangan yg ramai tu, ramai juga yg terkejar2kan masa, samada kerana urusan kerja (perlu ingat lain orang lain masa kerja, ada yg mula kerja atau pergi kerja pukul 5pagi, ada yg kerja belah malam), atau sebab nak kejar tuan doktor, atau nak kejar tandas... jadi bila berkonvoi tu, tolong la jangan hadang laluan kenderaan lain hinggakan tidak boleh memintas, maknanya seperti tuanrumah blog ni bagitau, sila la konvoi dengan cara berbaris satupersatu dan bukan 2-3 motor ambik satu lorong... begitu juga, bila berbaris tu, tolong la bagi ada ruang (gap) antara motorsikal tu, contohnya bagi satu ruang secukupnya antara setiap 2-3 motorsikal ke, supaya ada ruang untuk kereta ke tepi semula setelah memintas (kereta tu pun selamat tak kena hentam dek kenderaan dari arah bertentangan, peserta konvoi pun selamat tak kena rempuh dek kereta tu yg takde tempat lain nak pergi jika tiada ruang tersedia secukupnya, kan semua sejahtera gitu)

    aku sendiri pun jelek kekadang hingga tahap sumpahseranah bila terpaksa ke tepi atas arahan polis outrider, semata2 kerana ada kereta vip nak lalu.

    ceh! dia bayar cukaijalan macam aku kena bayar ke? tak, kereta kerajaan punya, hatta kalau nombor plet dia lawa macam www15 harga puluhanribu pun dia tak payah keluar duit sesen. insuran kereta dia bayar ke macam aku kena bayar ratusan (atau org lain yg mungkin baru je jadi pemilik kereta pertama, cecah ribu ringgit sebab ncb masih 0)? tak, kereta kerajaan, kita rakyat yg kongsi2 bayar untuk dia. tol dia bayar ke? tak, subsidi kerajaan. petrol dia bayar? tak, rakyat kongsi2 subsidi dia. petrol kita? ada kita ramai2 subsidi sendiri beberapa sen seliter, tapi lagi lama kita duduk dalam jam tu lagi banyak petrol kita terbakar lagi banyak kita kena keluar duit sendiri lagi terbakar perasaan kita.

    aku tak perlu nak tergesa2 ke tempattuju aku ke? orang lain tu? dia sorang je ke yg kena sampai cepat? aku atau orang2 lain tu bos ke, tak apa lambat sikit sampai, takde kena marah atau denda. dia bukan bos ke, rakyat akan denda dia ke kalau dia lambat sampai ke sidang parlimen? eh, setahu aku, bukan setakat lambat, tak hadir langsung pun, depa ni tetap dapat elaun ribu2, eh subsidi ribu2 dari rakyat!

    moral of the story, nak konvoi reramai pun konvoi la, tapi sendiri mau ingat la, lebih ramai lagi orang lain atas jalan tu, jadi hormat lah sikit dengan menunjukkan sifat prihatin dan melakukannya dengan kaedah yg betul lagi tepat. anda mampu mengubahnya!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 1 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 1)

    ReplyDelete
  6. buat mm..tuan harus bertanggungjawab kalau betul-betul ramai calon pengundi terutama yang atas pagar berfikiran dan dan memilih untuk berpendirian seperti di atas.tuan kena BERTANGGUNGJAWAB sepenuhnya kalau kurangnya sokongan pengundi kepada perjuangan pas hasil propaganda tuan yang bersifat KEBUDAK-BUDAKAN dan BODOH ini yang seterusnya memberikan impak yang terlalu buruk kepada pas.muhasabahlah ,suluh diri itu sendiri disamping nak suluh orang lain.saya mewakili sebagai ahli dan penyokong serta yang sama-sama memperjuangkan pas ini meminta para pimpinan tertinggi untuk memantau fenomena sebegini dan mengambil tindakan yang serius kepada ahli yang memberi gambaran buruk pas kpd masyarakat dan seterusnya menjadi barah yang 'MEMBUNUH 'pas secara senyap terutama pimpinan pas perak di bawah YB Dato Hj Nizar.ini bukan perkara yang remeh tetapi adalah cukup serius untuk kita tangani bersama.Sepanjang pengamatan saya dan sahabat2 dalam pas blog manjung mari ini memang banyak perkara yang baik dan menarik berkaitan tentang pas dan perjuangan pas tetapi TIDAK KURANG JUGA YANG TERUK,BERSIFAI SERKAP JARANG DAN FITNAH YANG DISULAMI DENGAN CACIAN MAKIAN,SERNAHAN DAN HAMUNANNAN.kita mengatakan umno teruk,jahat dan kurang ajar(memang)tetapi kita pulak (manjung mari)yang mewakili PAS(PARTI ISLAM SEMALAYSIA)SAMA teruk ,jahat,bodoh dan kurang ajar seperti umno(seperti kata komen di atas umno-pas sama).......KHAAAK PTUIIIIH(MOTO MM)

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari