boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, July 21, 2012

Calonkan Artis Abby Abady untuk DUN Pasir Panjang.



Geng kekawan aku ada buat poll siapa calon yang sesuai untuk DUN-dun Negeri Perak.... seperti digambar bawah...  


Banyak yang sokong Nizar, dalam pencalonan tersebut, aku pula sokong Puan Roha Ketua Muslimat PAS Lumut,,, kenapa aku aku tak sokong Nizar?... Ha ha ha..... Hak aku lah nak sokong sapa pun... 

Bagi aku, PAS jangan dok ikut stail UMNO,,, lihat pemimpin UMNO,,, sampai mereput dok tunggu kerusi satu-satu itu sahaja, contoh Parlimen Pekan,, daripada dulu kini selamanya kat Pekan tu lah...  

PAS kena ikut stail DAP luaskan pengaruh,, lihat Lim Kit Siang,,, dari Melaka hingga ke satu Semenajung di mana ada kelompok Cina ia akan bertanding, ada ketika beliau kalah, dan ada kalanya menang, dan akhirnya mereka berjaya dapatkan negeri Pulau Pinang... 

DS IR Nizar sekarang ni pun dah jadi ikon rakyat,, letaklah  kat mana pun yang mana PAS ada potensi untuk menang, semua pengundi dah kenal dengan beliau, jadi tak ada masaalah buat diri beliau,, secara tak langsung muka-muka baru dalam PAS dapat diketengah dalam arena politik.  


Aku ada dengar ura-ura yang belum sahih kata putusnya, kononnya DUN Pasir Panjang akan diletakkan calon import, kalau nak letak letak calon import lebih baik PAS Perak letak Artis wanita Abby Abady yang dah pun jadi ahli seumur hidup PAS, kami petugas PAS Lumut pun rasanya tak teruk nak bekerja keras, sebab guna pakai calon import ikon selebriti masyarakat 

PAS Lumut sekarang dah ada kekuatan tersendiri tanpa bantuan mana-mana pun, hasil kerja keras mereka-mereka yang diamanahkan... Jadi apa yang aku impikan, kalau DS Nizar tidak diletakkan di kerusi DUN Pasir Panjang,, ikutlah senarai calon-calon yang dicadangkan oleh PAS Lumut... 

Aku mewakili dari suara-suara sahabat-sahabat ahli PAS Lumut, Mereka-mereka semua  dah puas dah bekerja keras,, masing-masing ada keinginan mahukan kemenangan dengan identiti calon tersendiri..Tolonglah fahami hasrat hati kami di sini... . 


3 comments:

  1. Sepatutnya tak timbul isu calon luar atau tempatan. Kerja untuk ISLAM ni tak akan ada sudahnya, ibarat kata selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita bekerja/berjuang untuk ISLAM. Tak sepatutnya kita merasakan bahawasanya usaha keras kita sudah memadai. Kalau nak dibandingkan perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat hatta perjuangan ummat Islam di negara-negara seperti Afghanistan, Checnya, Indonesia dsbnya, apalah sangat cabaran kita nak dibandingkan dengan mereka! Usaha-usaha kita untuk ISLAM ni bukanlah untuk mendapat ganjaran kemenangan di dunia semata, tetapi yang lebih penting adalah usaha dan sumbangan untuk agama Allah ini dinilai yang terbaik untuk kehidupan hari akhirat kelak. Kemenangan di dunia ni adalah ketentuan Allah semata. Justeru usahlah mudah putus asa, terlalu ghairah untuk meraih kemenangan serta bersikap bahawa usaha kita adalah yang terbaik kononnya. Selalu lah Islah diri dan jamaah untuk lebih beristiqamah! TaQbir!

    ReplyDelete
  2. Sebaiknya isu calon ni jangan dipaparkan secara terbuka kerana agak sensitif. Biarlah pihak kepimpinan buat kajian dan keputusan. Jangan jadi macam puak sebelah nu......

    ReplyDelete
  3. Jgn jadi macam UMNO . Buat kerja biar iklas..soal calon biar parti tentukan..Dah macam perangai Umno PAS Lumut ni..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari