Oleh:
Teka-teki pilihan raya umum ke-13 bukan selepas puasa atau dalam musim haji tetapi menunggu setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan lagi.
Bila dia hendak dipenjarakan lagi? Tunggulah perbicaraannya atas kes tunjuk perasaan Bersih 3.0 yang dijangka bersidang hujung tahun ini.
Antara ratus ribu yang hadir dalam Bersih 3.0: Duduk Bantah 2 April lalu, Anwar bersama Azmin Ali dan Cikgu Bad telah didakwa di mahkamah.
Apa bijaksananya mereka didakwa? Masing-masing boleh cari jawapan sendiri.
Tetapi kejadian itu membuka peluang Anwar boleh dipenjarakan lagi. Jika dia disabitkan boleh dipenjara beberapa tahun atau didenda yang tidak memungkinkan dia layak bertanding dalam pilihanraya dan layak menjadi Perdana Menteri.
Apakah dia akan masuk penjara lagi? Akan ditentukan oleh mahkamah. Tetapi dakwaan yang dihadapinya membuka jalan kepada kemungkinan dipenjara lagi.
Tidakkah ia satu yang diharap dan ditunggu-tunggu oleh musuh politiknya iaitu parti yang berkuasa sekarang atau kerajaan yang Anwar hendak tumbangkan itu.
Kes yang dihadapi Anwar ini berlaku pada masa negara berada diambang PRU 13. Ia boleh diadakan bila-bila masa atas kemahun Perdana Menteri. Malah Perdana Menteri boleh adakan dua tahun lalu atau setahun lalu atau sekarang.
Semua orang menunggu sejak dua tahun dulu. Tetapi ia tidak diadakan hingga hari ini. Mengapa? Allah dan Perdana Menteri saja yang tahu mengapa dan bila.
PRU 13 ini adalah terhebat sejak 54 tahun merdeka. Ia kali pertama Barisan Nasional menghadapi ancaman. Faktor utama dalam ancaman itu ialah Anwar dan kepintarannya. Jika dia tidak ada, maka tidak tinggi risiko Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.
Memenjarakan Anwar boleh menyelamatkan kerajaan. Anwar dilihat sebagai ancaman kepada kekuasaan Tun Dr Mahathir Mohamad. Apabila Anwar dipenjarakan kali pertama, kuasa Dr Mahathir terselamat.
Apabila Anwar bebas, sekali pun dia tidak boleh menyertai PRU 2008 disebabkan oleh idah hukumannya itu, tetapi Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berdepan dengan tsonomi politik ― BN kalah di beberapa negeri dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen. Kuasa Abdullah runtuh oleh Anwar yang ada di luar penjara.
Sekarang Anwar berada dalam politik yang paling aktif. Maka Najiblah yang terpaksa berdepan risiko jauh lebih mengancam dari yang pernah dihadapi oleh Dr Mahathir dan Pak Lah.
Pilihan sudah menjadi isu besar sejak dua tahun lalu. Dipercayai faktor Anwarlah yang melambatkan pilihanraya. Peluang dia dipenjarakan sudah terbuka dua tahun lalu apabila dilanda oleh kes liwat dua.
Kerja ke arah pilihanraya cukup rancak seiring dengan ancaman Anwar dipenjara buat kali kedua. Semuanya merasakan Anwar akan dihukum. Parlimen seolah-olah hendak dibubarkan sebaik saja mahkamah selesai bersidang.
PRU itu seperti hendak diadakan sebelum haji tahun lalu. Kemudian ia diduga selepas haji. Ramai tenaga penting yang boleh membantu kemenangan beroleh peluang haji segera. Mereka akan pulang bagi menghadapi pilihanraya dengan semangat haji masing-masing.
Parlimen tidak juga dibubarkan mengapa? Tidak siapa terfikir bahawa proses perbicaran Anwar mengambil masa. Selagi Anwar di luar pilihanraya menjadi gerun.
Kes liwat dua itu bukan sana mengambil masa, bah keputusannya megejutkan kerana Anwar dibebaskan. Dia tidak masuk penjara.
Tidak itu yang menunda pilihanraya itu?
Peluang dia masuk penjara seperti tertutup hinggalah berlaku tunjuk perasaan Bersih 3.0. Semua tahu apa yang terjadi pada hari Bersih 3.0 itu.
PRU itu sudah dirasakan hendak berlaku bulan Mei lalu. Bersih 3.0 28 April dipercaya punca Parlimen tidak dibubarkan. Tunjuk persaan Bersih 3.0 membuka rung bagi Anwar didakwa dan kesnya didengar hujung tahun.
Nasib Anwar kembali seperti menghadapi perbicaraan liwat dua dulu. Dia dipenjara atau tidak?
Memandangkan perebicaraan Anwar itu diadakan hujung tahun ini, maka PRU tidak akan diadakan sebelum selesai perbicaraan itu. Ia akan diadakan selepas keputusan mahkamah nanti. Jika dia dihukum, PRU itu dirasakan tidak bermasalah lagi. Tetapi kalau dia bebas juga, mungkin apa yang dibayangkan oleh Menteri Datuk Seri Nazri Aziz akan berlaku.
Iaitu mencari jalan bagaimana PRU boleh ditangguh setelah berbelalu tempoh matang penggal Parlimen yang ada.
salam.dulu pembangkang kecoh g merata2bgtau mahkamah xadil.bila anwar lepas.pe cite?mcm mane gn fitnah kte mahkamah xadil?buat2lupe?skrg buat lagi isu ttg pru.mcm2ckp pasal najib.nanti bl kalah.ckp xadil.bl menang.adil.pe ni.mcm main2plak.klu la najib nak mskkan anwar dlm penjara.dah lame dah anwar masuk.kite xtau perkara sebenar.tp blog2macam manjung mari ni.sebar macam2.kan elok.sebar dakwah gune blog ni.lagi manfaat pada org islam di malaysia.xkire parti mane.umno n pas.ahli dia islam.sape yg leh ckp dia lbh islam dri org lain.kite semua manusia biase.yg tau allah swt.ckp2le tulisan2yg merosakkan perpaduan ummah.umat islam xkan menang dgn perpecahan.islam xkan kuat dgn persengketaan.islam kuat bila bersatu.islam lemah bila bermusuh sesama islam.musuh2islam.ketawa kite bergaduh kerana kuasa n putrajaya.diorg tau.yg untg bangsa diorg jugak.fikir2kan la.maaf terlanjur tulisan.salam.
ReplyDeletePencachai yg diupah,kesian
ReplyDelete