boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, March 6, 2013

SANDIWARA AL - LAHAD DATU




Sejak dari awa bermula kisah Lahad Datu,, hati kecil ku terdetik... jahat betui hati dan perasaan ku ini... maka aku mengambil ketetapan tak percaya...

Rupanya buka aku sorang yang tak percaya... ada lagi yang tak percaya... 



Oleh : Tukar Tiub..

Untuk sementara waktu saya meminta  para pembaca jangan ketawa apabila  terbaca berita bahawa Lokman Adam sebenarnya  ialah penasehat Sultan Sulu. Pemimpin Tertinggi  Pemuda United Malays National Organisation ini memang sosok yang hebat.  Malah si Lokman Adam ini telah dianugerahkan oleh Sultan Sulu satu derajah kebesaran.  Derajah yang bernama  Datuk Seri Panglima ini pada hemat saya lebih tinggi derajatnya dari  Kampong Datuk Panglima Garang di  Jalan Kebun.

Saya juga meminta para pembaca untuk melupakan seketika  berita tentang Datu  Akjan Ali Muhammad yang hendak dibuang keahlian dalam  parti  United Malays National Organisation. Atau gambar Najib Razak  bersama Sultan Sulu yang menjadi tamu Najib. Sultan Sulu tekah dijemput hadir ke  Perhimpunan  Agong United Malays National Organisation tahun lalu.

Saya juga meminta para pembaca agar jangan marah  atau naik berang dengan  kenyataan terbaru  dari Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Anak Lelaki Iskandar Kutty ini baru sahaja membuat seruan kepada Najib Razak agar ‘penceroboh’ di Lahad Datu diberikan ‘tendangan  lebih keras’ untuk menghalau mereka keluar. Wal hal yang memberikan kad pengenalan segera kepada  ‘peceroboh’ ini  adalah Mahathir sendiri.

Apa yang saya ingin lakar kali ini ialah pelbagaiSANDIWARA telah dipentaskan dalam negara kita. Kes-kes yang akan saya lakarkan disini semuanya melibatkan siasatan oleh pihak berkuasa. Kes–kes ini tidak ada babak penamat – goncang-goncang tapi tak pancut. Maka saya masukan kes-kes ini  ke dalam jilid :Sandiwara Akan Disambung  Hari ini  terbukti sandiwara-sandiwara yang  telah dipentaskan  bertujuan untuk mengolah persetujuan dan merancang ajenda politik pada ketika ianya dipentaskan.

 
Sebelum saya pergi jauh biar saya terangkan apakah maknanya sandiwara dalam konteks politik. Minggu lalu saya telah menulis tentang memasang bendera salah atau ‘false flag’. Ini taktik  yang dilakukan oleh lanun. Mereka melanun  dan merompak tetapi  kapal mereka memakai bendera orang lain.  Yang lain buat kerja jahat yang lain akan dituduh.

Saya gunakan SANDIWARA  agar semua Mak Cik dan Pak Cik Felda akan faham. Tak perlu guna bahasa pelik-pelik. Jika saya tulis  - sandiwara - maka semua orang  tahu bahawa sandiwara ini dilakunkan. Dalam sandiwara penulis skrip dan ada pengarah lakonan. Sandiwara bukan betul-betul berlaku. Tujuan asal sandiwara untuk menghibur.  

Tetapi dalam  istilah politik moden Malaysia – sandiwara dipentaskan -   bukan untuk menghibur tetapi untuk mengolah persetujuan orang ramai. Sandiwara dipentaskan agar satu ajenda politik dapat dilahirkan diakhir pementasan. 

Contoh jelas pada tahun 2003 Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty menangis ketika mengumumkan perletakan jawatan. Ini sandiwara. Tujuan Mahathir   menangis ialah untuk meraih simpati dari Bani Melayu.  Jangan kita lupa Mahathir  ini sering menangis.  Mahathir sering buat muka sepuluh sen. Semua ini sandiwara untuk menipu Bani Melayu agar Mahathir dapat terus merompak harta kekayaan negara ini.

 
Untuk mamahami makna mengolah persetujuan, saya membawa pembaca ke awal tahun lalu.  Apa  yang berlaku pada  9 Januari  2012 dahulu?  Pada hari tersebut tiga butir bom telah meletup di hadapan mahkamah Jalan Duta.  Bom  jangka ini meletup satu persatu sebaik sahaja  mahkamah membuat keputusan kes liwat Saiful. Suasana di hadapan pekarangan mahkamah dimana ada 15,000 orang berkumpul menjadi gempar. Ledakan bom ini memusnahkan kereta YB Elizebeth Wong dan beberapa buah kereta yang lain.

Apa sebenarnya makna ledakan bom ini? Bom jangka ini dipasang oleh ajen-ajen upahan United Malays National Organisation. Mungkin kerja polis. Mungkin kerja  Special Branch. Mustahil ini kerja Angkatan Muda Keadilan.  

Tujuan bom ini diledakan jelas untuk menyediakan  peluang kepada Utusan, Berita Harian, TV3 dan dan dan...  memburukkan penyokong Pakatan Rakyat  yang berkumpul dihadapan mahkamah. Ajen-ajen dan burua-barua upahan ini menjangkakan  Anwar Ibrahim akan didapati bersalah. Bila Anwar  didapati bersalah maka penyokong Anwar akan meledakan bom sebagai bantahan.

Sayang sekali sandiwara ini gagal kerana Anwar didapati  TIDAK bersalah. Tetapi bom jangka  yang telah dipasang waktunya. Maka ledakan berlaku. Maka  rancangan ‘pasang bendera salah ‘ ini menjadi lawak. Mustahil penyokong Anwar akan meledakan bom kerana Anwar telah dibebaskan. Adalah kerja bodoh untuk membuat kacau apabila  telah dalam tangan. Sandiwara mengolah pesetujuan ini gagal meleset.

 
Kes ledakan 3 butir bom  menjadi  sandiwara klasik. Pihak polis membuat kenyatan bahawa kes ledakan ini akan disiasat dengan rapi. Pooorah. Sampai hari  satu hampeh pun tak ada laporan atau tangkapan. Mustahil  Mamat Lanun akan membuat siasatan keatas  Mamat Perompak. Mustahil Rahim Tambi Chik akan berani menuduh Rais Yatim sebagai perogol.

Satelah memahami apa itu sandiwara dan apa makna mengolah persetujuan maka saya hendak membuka surah tentang apa yang sedang  berlaku di Lahad Datu.  Saya cukup yakin apa yang berlaku di Lahad Datu ini adalah sandiwara yang dipentaskan oleh United Malays National Organisation. Sandiwara  ini  saya nama Sandiwara Al-Lahad Datu. Ini untuk mengingati sandiwara Al-Maunah yang dipentaskan pada tahun 2001.

Satu Malaysia menjadi Hairan bin Pelik apabila hanya  polis yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah ini. Kenapa  polis yang dipanggil dan bukan soldadu dan tentera? Kenapa si Penulis Skrip ini memerlukan  polis dan tidak askar?  Pada hemat rambang saya mungkin kerana hanya polis yang memiliki pengalaman dalam hal rasuah merasuah.  Pihak tentera tidak tahu menahu hal rasuah. Manalah tahu,  mungkin ‘orang dalam’   gerila Sulu ini boleh dirasuah. Jika ini berjaya dilakukan  maka akan selesai dengan aman. Atau kerana semua  ini perancangan dari 'mata-mata' suruhan. Atau Najib lebih percaya pada Lidah Pendek dari Mat Jawa?

 
Hari ini apa yang jelas ialah tujuan sandiwara ini dipentaskan. Latar sandiwara ini ialah PRU13.  Seluruh negara tahu bahawa sokongan warga Sabah terhadap United Malays National Organisation telah pupus.  Rakyat Sabah telah mengeluarkan slogan – ini kali lah. Kerajaan Barisan Nasional hari ini hanya menang dengan undi tipu dari Sabah. Jika undi Sabah lari maka kerajaan haram United Malays National Organisation akan  runtuh.

Justeru sandiwara ini dipentaskan untuk membuat onar dan kacau di Sabah. Tujuan akhir sandiwara ini ialah untuk menggantung pilihan  raya di Sabah.  Lihat  apa yang sedang berlaku. Suruhanjaya  Siasatan Di Raja tentang kes kad pengenalan palsu telah ditangguhkan kerana apa yang berlaku di Lahad Datu. Wal hal Suruhanjaya Siasatan Di Raja ini  didengar di Kota Kinabalu  yang  beratus-ratus batu jauhnya dari Lahad Datu. Tetapi sandiwara ini telah berjaya  mengolah persetujuan orang orang ramai  agar Siasatan Di Raja ini di tangguhkan. Orang ramai telah menjadi  bebal sehinggakan TIDAKbertanya  berapa  jauh Lahad Datu dari Kota Kinabalu?

Saban malam dikaca Tv Najib Razak telah bersilat lidah dan menelan sebotol Viagra untuk menegakkan sandiwara Al-Lahad Datu yang semakin lembik. Mengikut lojik Najib,  mustahil apa yang berlaku di Lahad Datu ini kerja orang dalaman kerana wujudnya  kematian.  Ada polis telah terkorban. Dari lojik Najib kalau ada yang terkorban maka ini menandakan  bukan sandiwara.

Kah kah kah. Biar saya terangkan disini. Dari tahun 2003  hingga ke 2007  pihak Polis DiRaja Malaysia telahmerakamkan 1535 kematian. Kematian ini berlaku dalam rumah pasong, dalam lokap, dalam pusat serenti dan dalam kem tahanan  imigrisen. Ada Najib peduli dengan jumlah kematian ini? Kenapa dengan tetiba Najib tersedu sedan dan meraung menangis tergolek terguling apabila mendengar ada kematian di Lahad Datu. Kah kah kah.

 
Saya tidak mempertikai kematian itu. Untuk mereka yang gugur dan terkorban  kita hulurkan Al-Fatihah. Tetapi  saya tidak  sanggup menahan kentut apabila melihat Najib menangis sedih mendengar kematian di Lahad Datu.  Najib mahu orang ramai percaya  yang berlaku di Lahad Datu ialah benar dan bukan sandiwara. Najib menangis untuk mengolah persetujuan.  Lalu saya bertanya adakah Najib meraung menangis apabila diberitahu yang kekasihnya Altantuya yang sedang mengandung 3 bulan telah dibunuh dalam hutan di Puncak Alam? Hanya Rosmah seorang yang dapat menjawab soalan saya ini.

Para pembaca wajib sedar bahawa gulungan kaya , kaum pemodal, elit politik dan kaum pemerentah tidak ambil peduli  siapa yang mati dan siapa yang selamat. Dalam mementaskan sandiwara untuk tujuan politik  ‘kematian’ hanyalah angka statistik.

Sila tanya Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty kenapa dia percaya ledakan WTC  9/11 adalah kerja CIA dan Orang Dalam. Ledakan WTC  itu bertujuan untuk mengolah persetujuan warga Amerika agar bersetuju untuk menyerang Afghanistan  dan Iraq. Tujuan akhir sandiwara 9/11 dipentaskan ialah  untuk menaklok semua telaga minyak di Timur  Tengah.

 
Lebih dari 3,000 warga Amerika terkorban pada pagi 9/11 itu. Kemudian hampir  1 juta warga Iraq mati akibat serangan tentera Amerika.  Bush, Clinton, Dick Chenny dan  dan dan tidak pula menitiskan air mata kerbau. Malah mereka tersenyum  melihat kejayaan sandiwara yang mereka pentaskan. Telaga minyak menjadi milik syarikat Amerika. Negara Arab tunduk. Dan kempen ‘war on terror’ di teruskan. Jika Mahathir percaya 9/11  sebagai sandiwara kenapa di Lahad Datu  ini bukan sandiwara.

Akhirnya satu soalan untuk Najib. Ajenda pertama telah berjaya -  Suruhanjaya Siasatan Di Raja tentang kad pengenalan segera  telah ditangguhkan. Peranan  jahat  Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty memberikan kad pengenalan kepada pendatang haram telah ditutup dari telinga umum. Justeru, apakah Najib akan meneruskan babak kedua sandiwara ini : Menggantung pilihan raya di Sabah?  (TT)

Link Tukar Tiub

8 comments:

  1. SUDAH PASTI BAA NAJIB AKAN MENGANTUNG PRU13 DI SABAH. SPR SUDAH UMUM ADA PLAN B UTK SAVAH.

    INI UMNO/BN SUDA TAKUTTT SGT BAAA.... PR SUDA ADA SOKONGAN SINI SELURUH SABAH....

    INI LAH POLITIK KOTOR UMNO/BN..

    SANGGUP GADAI NYAWA POLIS DAN TENTERA BAAA..

    UTK ADA KUASA SANGGUP BUNUH MANUSIA...

    KITA BUNOH UMNO/BN TERUS BAAAA....

    ReplyDelete
  2. Mengapa polis yg disuruh mengadap penceroboh itu? Geneva Convention? ATM dan PDRM sila jawab artikel mana yg melarang tentera melawan penceroboh berkenaan? Kesian PDRM kerana kehilangan anggotanya yg sebelum ini hanya dilatih untuk mengawal ketenteraman awam seperti membelasah penunjuk perasaan BERSIH yg tidak bersenjata. Tentera Sulu tu berswenjata weeeh, mati kome.

    ReplyDelete
  3. Situasi genting di sabah telah di manipulasi oleh para politikus untuk keuntungan politik mereka. Semakin genting semakin seronoklah mereka. Lebih ramai anggota keselamatan kita mati semakin seronoklah para politikus mendapat bahan cerita, menghasut sini dan sana.. Bagi kami di Sabah, sokongan semangat dan doa untuk pasukan keselamatan lebih diperlukan berbanding mengutuk, mencaci dan membuka pekung di dada... berbahagialah kamu di seberang sana. Suatu hari akan sampai giliran kamu, masa tu MUNGKIN kamu akan tahulah apa yang kami rasa sekarang ini. Teruskanlah memperlekah, jangan pula kalau perkara ini terjadi di tempat di sana, kamu menjadi orang yang pertama menempah tiket kapal terbang lari meninggalkan negara.

    ReplyDelete
  4. think again...berapa banyak askar, polis, PGA dan etc di kerah ke Sabah? dan berapa banyak pula akan dikekalkan di sana walau kes Lahad datu ini selesai, untuk mejaga perairan dari dicerobohi. Dengan serta merta jumlah pengundi pos dari penjawat awam di Sabah akan naik mendadak. good strategi, perkiraan sahaja.

    ReplyDelete
  5. NAJIB NAIKKAN ELAUN RM200 UNTUK APA...PENJENAYAH TIADA... KERJA CABUT RUMPUT DI PADANG DENGAN KAWAT JER...XPATUTTTT...
    HANTAR LER TENTERA PLA BERJUANG DI LAHAD DATU....

    ReplyDelete
  6. kamu semua teruk dari anjing , memang hati dan otak korang harus BERSIH sepenuhnya.anjing pun pandai terima kasih.

    ReplyDelete
  7. comment aku nak kena tunggu approval, memang admin memang tak ada kote!jilat puki mak kau lah..berani tulis dalam blog. berjuang di luar penakut dari tikus.puihh!

    ReplyDelete
  8. kt langkawi belambak org dr burma dpt i/c,,bru duk 2bln ja i/c dh dpt,,apa cer???

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari