boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, October 10, 2013

Apakah Dato Presiden masih memerlukan lagi gandingan dengan Mat Sabu.

Apakah yang Tuan Guru Presiden maksudkan,walaupun pada dasarnya seolah-olah memujuk timbalannya sendiri...


Terengganu bukan penentu nasib Mat Sabu
  • Abdul Hadi AwangDatuk Seri Abdul Hadi Awang
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pencalonan enam kawasan di Terengganu tidak menggambarkan penyandang Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu tidak layak mempertahankan jawatan tersebut, pada Muktamar Pas ke-59.

"Terengganu bukan tentukan, mesti campur semua negeri di seluruh negara," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan mengenai Mohamad atau Mat Sabu bukan pencalonan di kesemua enam kawasan Pas apabila tiada satu kawasan pun mencalonkan namanya.

Mat Sabu telah dilantik menjadi Timbalan Presiden sejak 2011, apabila beliau berjaya telah berjaya mengalahkan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim.

Dalam laporan media semalam, enam kawasan di negeri "penyu bertelur" itu termasuk Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus telah memilih Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dimana Nik Mohd Amar mendapat pencalonan daripada empat kawasan iaitu Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun manakala Tuan Ibrahim mendapat sokongan sebulat suara di Kemaman dan Setiu.

Tuan Guru Presiden bertindak bijak,, rasanya tak ada apa-apa yang nak dirisaukan dengan Timbalannya..Gandingan mereka berdua dah mantap.


Mat Sabu tak faqih ilmu agama,,, tapi Mat Sabu tak terhegeh-hegeh duk nak pi sekongkol dengan umno, seperti mana dengan Timbalan yang sebelum dia...

Buat pimpinan PAS yang berminat dengan Tahaluf Siyasi dengan PKR dikaji semula, silalah,,, tetapi bukan dengan Pas, carilah parti lain...Utusan Melayu dan TV3 sedia menanti anda semua..

Pas sekarang dah menghampiri ke kemuncak untuk membenamkan umno...



7 comments:

  1. Hadi Awang tau dan faham Mat Sabulah yg kehulu-kehilir dan membuat engagement dengan NGO-NGO untuk menyokong PAS .Belum nampak lagi ada muka dikalangan ulamak yg boleh lincah macam Mat Sabu.Untuk tugas ini, Mat Sabu tak perlu ada PHD dibidang agama sebagai mana yg dikehendaki oleh Dr.Khairuddin Al Takiri S/U Dewan Ulamak.Ini kerja politik bukan nak buat kuliah Magrib atau Subuh.PAS Ganu tu tak boleh ikut sangat sebab "Nak Ganti UMNO" sudah mula perangai macam UMNO malah sudah pun diperkudakan UMNO.

    ReplyDelete
  2. Hahaha...entry utk memujuk hati yg sdg bergelora serta berduka...mat syabu mmng tak terhegeh2 sbb dia tak akan ada tempat didlm pas 'andai ada' penyatuan antara pas dan umno...

    Hahaha cari makan bhai...klu umno buka ruang dah lama dah mat syabu joint umno cam saudara dia abg non...ttp mat syabu 'terpaksa'pilih pas sbb dia bercita2 besar sebesar lawak dlm berpolitik...

    Yessss...pas dah hampiri kemuncak utk benamkn umno...hahaha lawak2 entry mm sejak akhir2 ini...utk pilih timb.pres.pas pun dh huru hara dgn berpuak2 ada juga cita2 besor...apa yg aku nmpk dgn adanya tahaluf siyasi serta sokongan cina kpd dap adalh rahmat dari Allah utk umno..

    Jika sebelum ini pimpinan umno rasa perlu nya sokongan dari parti mca/grakn dan mic...ttp pada pru 12, syukur Alhamdulillah krn umno mnjadi semakin kuat...umat melayu/bumi kmbali mmberi sokongan kpd parti umno...

    Jujurlh bhai dgn senario dimana sokongan kpd pas semakin merosot serta undi dari melayu juga merosot kpd pkr...pr hnya dikuatkn dari undi kaum cina kpd dap dan kpd pkr yg letakkn calon cina/india ataupun calon melayu dikawasan 45% adalh kaum cina/india...

    Ttp tak jd satu isu nasional pun klu para blogger pro pas serta segala pencacai yg mkn upah dari dap utk'menaruh harapan besar utk berada dipuncak...yg mngundi bkn semata2 blogger dan pencacai (yg mnyokong tp bkn pengundi pun ramai) pun...yg tentukn rakyat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...suka hati ko je ketuk keyboard nk citer bagai! he3...statistik dan kajian mana ko ikut! ya sape pun yg waras berdasarkan keputusan PRU13 tak nafikan UMNO memenangi undi majoriti melayu terutama kawasan 'LUAR BANDAR' , tu pun x menyeluruh(lihat Tganu, K'tan, sebhg Pahang, Johor, Kedah..ko buat kajian sikit le) maknanya hasil Tahalluf Siyasi PAS dlm PR bukanlah penyebab secara total penolakan orang melayu kpd parti itu jika kita ambil kira rupa dan bentuk PRU di negara ini. Secara demografinya setiap parti politik memerlukan sokongan semua kaum(kecuali 1-2 negeri) tuk kekal berkuasa!!! Baik PAS atau UMNO kena berusaha kearah itu kerana sokongan mereka ini boleh berubah2 mengikut suasana dan keperluan kaum mereka...yg penting jgn gadaikan agama bangsa dan tanahair

      Delete
    2. Betul tu, yg mengundi mcm aku tak tgk pun cina ke, melayu ke, jebon ke.. Yg aku tgk laporan audit, budget, dasar2, rasuah, track record.. Aku rasa ko tau kot yg mana aku akan pilih.. Kalu melayu rajin membaca dan celik tak akan ada lg pengaruh undi berdasarkan kaum..

      Delete
  3. jangan anda menimbulkan keraguan terhadap orang lain. kerana tulisan anda diperhati oleh dua malaikat yg tidak henti2 memerhatikan anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua malaikat tu jugak tengah perati siapa kah yang ada tiket surga tapi masih kutuk , fitnah dan caci orang.

      Delete
    2. Dan 2 malaikat gak tengah perati melayu mana yg mengaku Islam tapi menyokong kuat melayu kafir

      Delete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari