boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, October 25, 2013

Batal syarikat - Yang mati boleh hidup semula ka..

Apa nak jadi, malang yang bertingkat-tingkat,, kepda manusia,, semuanya akibat kelalaian dari tangan-tangan manusia sendiri...


Kejadian banjir di Ringlet Cameron Highland, aku tak perlu nak komen, sebab semalam tv ada menyiarkan keluhan mangsa kejadian... Cuma isu tembak ni,,, bertingkat-tingkat kes tembak,, apa nak jadi dengan Malaysia ni,,, 


KDN batal lesen syarikat kawalan keselamatan


Pekerja bank mati ditembak
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata, syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.
"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.
"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 
Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya. 
Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.
"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya.     Sementara itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.
Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan.
"Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya.
Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta. - Bernama

Kenapa dalam berita dari Agensi Sahih, Bernama tak sebut sapa nama syarikat.. siapa empunya syarikat ?.. 
Apakah setelah syarikat ini dibatal, maka syarikat baru didaftarkan untuk penjamaan semula,,, tak hairan,, kerana mu umno malaysia serba boleh..

Mengikut maklumat yang sah, tapi tak diceritakan syarikat tu bernama 

Tuan empunya,, seorang ketua wanita umno,,, boleh baca Klik Sini 

Maklumat terkini Isteri adalah pemilik Securiforce Sdn Bhd, Suami pula adalah pengerusi persatuan syarikat kawalan keselamatan ... (PPKKM).... Terbaek..


Kelalaian dan kemudahan untuk pemimpin umno, nyawa rakyat jadi taruhan, suami menduda, anak-anak jadi yatim tanpa ibu...umno oh umno..

9 comments:

  1. tidak ..... tetapi umum tahu, ambil pekerja sebegitu, gaji yang dibayar pasti rendah, untung kepada towkay pasti besar ... adakah berbaloi dengan nyawa yang melayang..??? ... usahalah dahulu agar tidak ada lagi nyawa yang melayang sebgitu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat mengutuk , keji tak selesai masalah. Orang politik sepatutnya beri cadangan cara mengatasinya. Bukan asyik komplen sana sini.

      Delete
  2. Betul sebab tu kena pilih pr. Nanti boleh buka lebih banyak rumah urut dan pub macam selangor. Maklumlah letih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cucu abah kau, anak adik pompuanOctober 26, 2013 at 3:39 AM

      kat manjung banyak gak rumah urut baru bukak.. tapi bukan sebab letih... gatai pungkoq... pakcik nak try? nanti saya bawakkan... nak geli2 tan mana pon bleh.. kita cover line la.. makcik tak taunyer..

      Delete
    2. Manjung , sebab cina dap dah pakat sama Laksamana untuk berurut. Sebab tu banyak.
      Cina kominis pun banyak kat manjung. Pasai tu amoi cina dan vietnam berlambak. .

      Delete
  3. Simpati dan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Norzita Abu Talib...
    Apa kejadahnya pegawal keselamatan membunuh orang tanpa rasa takut dan intergiriti dalam menjalankan tugas. Sebab itu mana-mana pemilik syarikat keselamatan jangan mengambil pengawal keselamatan secara sembrono tanpa tapisan keselamatan yang ketat. Dan kemungkinan suspek yang berasal dari Sabah adalah saki baki geng Sulu yang mendapat taraf warganegara.
    Rakyat Malaysia diibaratkan tinggal dalam jerangkap samar berbentuk manusia bila-bila masa boleh meragut nyawa.

    ReplyDelete
  4. Nabi SAW dtg mmbawa cahaya..cahaya..CAHAYA..
    Sume nabi2 juga mmbawa obor cahaya..cahaya..CAHAYA yg maha7 ESA
    \
    CAHAYA itu dpt menyuloh ummat utk bnar2 dpt melihat 'hakiki' sgl HAKIKAT
    CAHAYA dpt menyuloh dgn terang seTERANG2nya punca..punca..@ KEPALA sgl musibah
    CAHAYA itu dpt menyuloh KETUA/pmbesar2 yg zalim dgn sgl system..SYSTEM naungan mrk
    \
    CAHAYA itu tlh menyuloh Firaun Haman & qarun serta sluruh SYSTEM haprak/BEJAT mrk
    CAHAYA itu tlh menyuloh Namrudz dgn sgl SYSTEM zalim yg dinaunginya
    CAHAYA itu tlh menyuloh SYSTEM Abu Jahal Abu Lahab yg jahat dilaknat
    CAHAYA itu menyuloh niat LICIK "pngHAFAL2" @ ahlul'Kitab2 yg penuh dendam KESUMAT
    \
    Sume SYSTEM mesti ada punca@KEPALA yg 'kontrol' sgl2nya
    ddlm umno ada sbnr2 punca@KEPALA nya
    ddlm pas pon ada punca@KEPALA nya
    \
    Ddlm umno masalah bertimpa2 berganda2 ddlm pas pon sama..habis tuuu apa jwpannya??
    rubah..rubah..roboh..ROBOHkan KEPALA yg keras kepala yg dah mnjd HANTU RAYA itu
    Kepala2 HANTU RAYA inilah yg mnjd kan SYSTEM yg "IDEAL" mnjd bobrok seBOBROK2nya!!

    ReplyDelete
  5. ...pabila seorang pengawal keselamatan bersenjata api boleh bertugas dgn menggunakan identiti palsu menunjukkan kita sekarang hidup dlm sistem pentadbiran yg bobrok, korup, lemah dan tak terkawal...dan amat malang sekali tuk rakyat Malaysia. Dan aku doakan semoga terkena btg hidung Anon 10.08 sendiri sbg pengajaran...sekian

    ReplyDelete
  6. Ini bukan syarikat besan najib ke? Anak perempuan datuk exco wanita ni kahwin dengan anak lelaki najib dari isteri pertama.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari