boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, October 2, 2013

Berita Fitnah di muka Hadapan Akhbar Harakah!..Pas dijangkiti Virus Umno.

Aku mula mengenali Parti Pas sewaktu di alam sekolah menengah, lokasi sekolah Simpang Ampat, Semanggol, Kerian Perak, diera tahun 78, Pilihan Raya Umum ke 5, manakala aku pun tahun tu tingkatan 5, 

Dalam nak menghadapi peperiksaan SPM 1978, tak pasti ada lagi ke tak Ustas Hamzah/Yunus, aku sendiri dah tak ingat, tapi yang pasti seorang ustaz lulusan Azhar berasal dari Kedah, bersemangat menerangkan perjuangan Parti Pas,,, dan yang bestnya pulak ada seorang Guru aku, Datuk Zainal Abidin Zain bertanding sebagai calon umno, di Dun Semanggol, maka timbul konflik, 

Namun aku bersyukur, dapat menerima apa yang di sampaikan oleh ustaz tu, disamping tunjuk ajar oleh arwah bapa aku sendiri,, aku tak terpengaruh dengan cikgu Zainal dan isterinya Cikgu Asmah,,, walaupun mereka berdua guru yang sangat baik,, 

Dari era tahun 70han sebagai pelajar, bawa ke tahun 80han aku memasuki TLDM, tahun 95 aku terus jadi ahli Pas, walaupun aku dalam tentera, tahun 2002 aku pencen, Pas masih lagi cukup harmoni, bukanlah tak ada pergeseran,, tetapi taklah diketahu secara umum,,, 
Berbanding dengan hari ini, seperti mana kata Timbalan Presiden PAS Haji Mat Sabu beberapa hari yang lepas, Pas dah cukup teruk,, kenapa boleh terjadi sebegini... 

Hari ini aku terjumpa pula muka depan Harakah,, ni hangpa baca,,, bukan Utusan Malaysia...

Ok, ambik pot satu-satu tajuk,,, 
Jangan ikut suara syaitan pisahkan Ulama-profesional. 
Siapa punya ucapan tu... Tuan Presiden Sendiri... jadi siapa yang nak kena wala dengan arahan Presiden ni,, adakah ahli biasa macam aku ni,,, dah tentu,,, aku akan walaq, insya Allah, tapi kalau hangpa ustaz-ustaz sendiri tak boleh ikut arahan Presiden, aku akan sorak... 

jadi dah cukup elok dah,, seperti mana yang ada sekarang ni,, Presiden Ulama, Timbalannya Profesional,, tak payah lagi nak pulon semua letak ulama,, kalau Presiden sendiri dah beri kata dua macam tu,, siapa yang engkar maka jadilah ulama syaitan kerana ikut suara syaitan, Full stop.

JANGAN MELAMPAU BERKEMPEN...

Kenapa boleh keluar arahan sampai sedemikian rupa,,, sebab sekarang Pas dah ada kuasa, walaupun dah tinggal satu negeri Kelantan sahaja lagi,,, dan sedikit perkongsian kuasa di Selangor, maka masing-masing berebut nak kan jawatan,, tak kira ustaz yang perasan dah jadi ulama, lawyer, cikgu pencen, malah yang duk berjalan bertongkat pun masih ada hati nak pegang jawatan, bukan lah tak boleh,,, tetapi ingatlah sikit, aku dan ahli-ahli bawahan ni ada perasaan, kami kenal, yang mana manusia, yang mana buaya nak menghidu mangsa,, walaupun ada sijil ahli Pas.  

Jadi sekarang ni apakah pas dah ganti Umno atau dah kena jangkiti virus umno,,, sejarah woi,,, sampai kena amaran untuk berkempen nak kan jawatan,,

Kenapa Ahli-ahli Pas boleh jadi begini,, sebabnya arahan pimpinan tak dikuti, suruh mari usrah tak nak, lebih seronok sembang kat kedai kopi, hari-hari cerita kisah burok laku umno, akhirnya dapat jugalah perangai umno, 

Apakah apa yang berlaku ini boleh diubah kembali,, wallahhuaklam, sama-samalah kita berdoa mohon bantuan dari Allah memberikan hidayah kepada mereka-mereka yang terlibat dengan kegiatan ini semuanya,,

15 comments:

  1. Salam Manjungmari

    Yong pun nampak gejala nak jawatan ni begitu berleluasa. Yang lebih dahsyat, jawatan nak. Tapi kerja taknak. Harap orang lain yang bertungkus-lumus buat program untuk dia. Diri sendiri langsung tak nak mendekali orang ramai, kecuali jika ada pemimpin besar yang turun. Menyampah betul.

    ReplyDelete
  2. http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8490#.UkuVtYbQmos

    ReplyDelete
  3. hah apa???,..mat sabu profesionall??? wkakakakakakakka

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ka aku mention nama Mad sabu,, aku mention professional,, kalau Mat Sabu pun, seratus kali baik dari yang menulis ni...,

      Delete
    2. ada ka aku mention nama Mad sabu,, aku mention professional,, kalau Mat Sabu pun, seratus kali baik dari yang menulis ni...,

      Delete
    3. Hahaha bhai 03.07...hahaha tak baik lu buat terkejut...hahaha pastu lu gelak bila sebut mat syabu professional. ..hahaha mat syabu mmng pro bhai..hahaha baru sebut nama aku pun ikut gelak...hahaha blm tngk dia buat show lawak... hahaha mat syabu mmng professional ..tp dlm lawak jenaka alaf baru...hahaha adoii nya pun

      Delete
    4. Pas adalah parti politik. Bukannya parti ugama. Pasal tu depa berebut jawatan.
      Syuga juga ditentukan Allah. Bukannya pas. Tapi "mungkin" sebahagian ahlinya lebih baik.
      Tapi kalau asyik kutuk orang , dosa pun banyak. Tak guna juga pakai tiket pas untuk masuk surga.

      Delete
    5. Mat Sabu patut dah jadi graduan..tp kena buang dari UITM sebab lawan UMNOOOO

      Delete
    6. ...sekurang2nya dia x menipu ngan membeli ijazah atau doktorat itu lebih mulia

      Delete
    7. Hahaha...agak2 mat syabu ni layak masuk sbb merit atau kuota melayu...klu merit, msti dpt diploma/ijazah wlu 1001 mcm halangan...klu masuk atas kuota tu yg bnyk bg alasan gagal sbb itu sbb ini...yg bangang sngt tu, tngh belajar nk berpolitik buat apa...

      Delete
    8. eh juragan...cam bijak benor

      Delete
  4. Ada satu benda saya tak bersetuju dgn hang. Kedai kopi juga boleh dijadikan port utk buat usrah. Usrah bukannya rigid buat dalam rumah ka, dlm markas ka lepaih tu baca Quran, hafal sepotong ayat tetiap kali usrah. Bukan begitu. Sebab tu ramai lari dari usrah. Takut.
    Usrah pun nama usrah. Berkeluarga, santai. Rileks. Masa nak pakai kasut di tangga masjid pun boleh usrah boh.....

    ReplyDelete
  5. apa ada dgn istilah2 yg mengelirukan..
    apa ada dgn istilah/gelaran ulamak @ professional
    apa ada dgn 'sebutan2' iman & taqwa yg bermain dibibir..

    yg penting mnjd ukuran adalah yg boleh BUAT KERJA
    yg boleh BUAT KERJA dan jls mndtgkan RESULT/hasil
    yg jls dpt dilihat dgn BUKTI FAKTA & ANGKA2

    cth..
    Nik Aziz boleh BUAT KERJA...Kelantan berjaya dipertahankan
    Dr. Rani boleh BUAT KERJA...kerusi DUN diSelangor tambah brganda
    Khalid Ibrahim boleh buat KERJA...surpluss/UNTUNG/deposit selangor lebih 2'billion

    cth..
    Kedah kecundang...sbbnya yg kat ATAS takleh buat kerja
    Perlis gagal...sbb nya yg kat ATAS hanya mampu utk dipuja2 jer
    Trengganu bungkus...sbb hanya nampak "FAKTA" agen kominis & pil kuda

    Tak yah nak melabel2 merapu dgn istilah2 ulamak/professional
    yg kecundang gagal & BUNGKUS tu wajar & WAJIB ditukar
    Tak perlu nas2 & alasan...insaflah dgn FAKTA & ANGKA sbg sulohan

    ikan busuk dr kepala
    smoga kita diberi ilham mncari PUNCAnya.
    dan yakin dgn jawapan'NYA'

    ReplyDelete
  6. Bukan pro tapi umarak

    ReplyDelete
  7. Yang lama dan ikhlas dalam jemaah dalam PAS mesti peka akan ostad-ostad yang mula-mula membangkitkan isu ini dan tolak mereka semua dan nampaknya terliur sudah untuk mengelilrukan jemaah menolak pimpinan yang ikhlas dalam perjuangan dan tidak sanggup bersama penguasa zalim. Apakah mungkin ostad-ostad ularmak ini infiltrate dan di planted dalam PAS dengan mission pihak-pihak tertentu. Inilah jenis ularmak yang telah banyak merosakkan jemaah islam di negara-negara lain. Awas...musuh dalam selimut dan sayangnya kepimpinan yang tulen di umur hujung senja dan mungkin tanpa disedari dikelilingi ostad-ostad ularmak hatta mungkin sudah berada dalam lingkungan ahli keluarga. Fikir-fikirkanlah dan selidikilah ostad-ostad ularmak sedemikian.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari