boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, October 29, 2013

Calon Timbalan Presiden Pas - Kalau ulama ini aku sokong..

Bila duk terbaca satu berita menarik,,, cantik,, memang itu yang aku harapkan...Satu berita menarik..



OLITIK


ARKIB : 28/10/2013

Mohd. Amar sedia tanding Timbalan Presiden Pas

KOTA BHARU 28 Okt. - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bersedia bertanding mana-mana jawatan kepimpinan tertinggi Pas Pusat termasuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan Muktamar Tahunan Pas ke-59 November ini.
Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, visi beliau adalah untuk membantu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan memperkasakan parti khususnya menarik semula sokongan masyarakat Melayu kepada parti itu yang telah menolak Pas pada pilihan raya umum lalu.
"Saya belum terima surat rasmi lagi dari Pas pusat, hanya baca dari surat khabar nama saya antara dicalonkan, tetapi saya bersedia bertanding mana-mana jawatan sekiranya pencalonan mencukupi dan munasabah.
"Tujuan saya adalah untuk memperkasa parti dan membantu Presiden mengukuhkan kedudukan pas dalam politik negara, Pas ini dasar dan matlamat dia jelas, cuma bagi saya perlu diperkasakan supaya kita boleh tarik sokongan masyarakat Melayu lebih ramai daripada apa yang ada.
"Kita lihat dalam pilihan raya umum lalu masyarakat bukan Islam memberi sokongan terbuka kepada Pas tetapi kita gagal di kawasan-kawasan Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Selain Mohd. Amar, empat lagi pencalonan yang telah diterima Jawatankuasa Pemilihan parti untuk merebut jawatan itu termasuk penyandang, Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - UTUSAN ONLINE

Sumber Berita Klik Sini
Secara peribadi, bagi aku antara Tuan Ibrahim dengan Nik Amar, aku lebih yakin dengan Nik Amar, bila melihat gaya ketrampilannya,, sesuai sangat untuk jawatan Timbalan Presiden, manakala kalau Tuan Ibrahim gaya dan ketokohan yang ada pada beliau lebih layak untuk jawatan Presiden Pas...

Cuma satu saja yang aku sedih,, sikit,, setelah semak dan teliti,, kenapa berita sebegini tidak ada dalam Harakah Online,, tetapi terdapat Utusan Malaysia...apakah umno melalui Utusan Melayu amat perihatin dengan ulama yang ada dalam Pas?.. Sesama pakat-pakat fikir apakan jadi nasib Pas selepas muktamar nanti... .


2 comments:

  1. Bhai mm...utk kesekian kalinya aku bersetuju dgn pandangan lu...semoga pas terus diterajui oleh ulama, kerana inilh asas kekuatan pas kpd org melayu muslim..

    Bhai...bkn aku nk kata yg pas adalah parti kelas ke2...ttp pas ttp jd pilihan utk org melayu jika ditakdirkn umno tidak lg mnjd pilihan...secara peribadi dan sejujurnya pas pnyai kekuatan sndiri..tnpa perlu brgantung kpd pkr apatah lg dap...

    Bhai...tnpa mmgmbilkira apa ideologi politik org melayu dimalaysia, ulama ttp dihormati...apa yg perlu kpd pas ialah meletakkn org yg betul2 professional dan pnyai ketakwaan yg tngi utk brsama dgn ulama di barisan kepimpinan utama...

    ReplyDelete
  2. Bincang selepas pilihanraya kecil Sg. Limau..... Ia ditakuti akan memberi kesan kepada pengundi untuk berubah haluan.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari