boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, October 7, 2013

Calon Timbalan Presiden PAS ... mereka ada persamaan, Utusan Malaysia dah dedahkan...

Agenda melayu Islam,,, cuma nak tanya melayu mana yang sangat ke melayu islam ni,,,,


Tahaluf siyasi Pas gugat hak Melayu Islam




Norman Toha
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Tahaluf siyasi antara Pas dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memberi ruang kepada rakan-rakan sekutunya itu mengganggu-gugat kepentingan Melayu dan Islam yang selama ini terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malah, bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha berkata, kerjasama antara ketiga-tiga parti pembangkang itu hanya menampakkan kegagalan Pas sehingga menyebabkan kaum tertentu mempunyai kekuatan mendesak kerajaan mengubah beberapa asas persetujuan kemerdekaan yang selama ini menjadi teras Perlembagaan.
Sehubungan itu, beliau mahu Pas mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan tersebut yang baginya patut dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.
“Amat mengecewakan apabila terdapat kalangan ahli dan penyokong dalam pakatan yang mencerca dan mempermain-mainkan hak Melayu yang sudah tercatat dalam Perlembagaan.
“Antaranya menghina Raja-raja Melayu dan Islam dituduh tidak adil, namun pimpinan utama Pas tidak mampu untuk menempelak balas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin bahawa kerjasama antara Pas dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang hanya merugikan orang Melayu dan menjadi liabiliti kepada parti itu sendiri.
Mohamed Hafiz berkata, Pas perlu sedar tentang sikap bermuka-muka DAP terhadap orang Melayu serta mengamalkan politik perkauman sempit.
Menurut Norman, konsep tahaluf siyasi yang pernah Rasulullah SAW lakukan bersama orang bukan Islam di Madinah adalah untuk memudahkan Islam diamal serta melindungi kepentingan umat daripada digugat.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap kesediaan generasi Pas yang tidak memahami sejarah perjuangan sehingga bertindak meliberalkan matlamat perjuangan parti itu sendiri.
Sedangkan, katanya, Islam yang menjadi asas kehidupan dan kepentingan Melayu sepatutnya menjadi ‘tuan’ di bumi sendiri.



ha ha nampak ke tak ,,, atau duk kelabu asap lagi,,, yang duduk dalam dewan ulama Pas sibuk nak Timbalan Presiden Faqih Agama,,, Yang duduk luar kepompong Pas pula duk sibuk agenda melayu islam.... 

Kepala Baruanya Utusan Malaysia,,, patutlah artikel boleh boleh keluar dalam utusan,,, 

Hebat agenda Umno, ulama duduk dalam Pas pun boleh tertipu,,,  memang betullah pengakuan Mahathir,, Umno syaitan yang dikenali... 

Tunggu,, Insya Allah aku akan dedahkan siapa lagi dibelakang mereka-mereka ini, sampai begitu degil dengan pimpinan Presiden dan Mursyidul Am Pas.





10 comments:

  1. Bhai MM..

    Lepas nih lu mesti kena "tembak" punya lah.... tengok la... Hahaha...

    ReplyDelete
  2. Wow...'tahaluf siyasi'...matlamat mnghalal kan cara...menang sorak kg tergadai... kalah mnjadi abu, menang mnjadi arang... hahaha tahniah bhai...

    ReplyDelete
  3. Buang masa je melayan kenyataan BEKAS-BEKAS ni....Bawak sini BEKAS air tu, aku nak basuk berak. Kau kencing je la dalam BEKAS lama tu....

    ReplyDelete
  4. MUKA PUN DAH MACAM UMNO,STATEMENT LAGILAH MACAM UMNO !!

    ReplyDelete
  5. الله أكبر الله أكبر الله أكبر
    geng perasaan ini mula membiak!
    bermula dengan Din Ayam,
    kemudian Din Buncit Termeloh,
    kemudian Din Kuda Kuala Nerus.
    berapa banyak Din perasan ........ akan keluar .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manung Mari..
      Sepatutnya dah nampak PUNCA
      PUNCA siDin2 ni sume dr mana???

      PUNCA siDin2 ni besar kapla pasai apa?
      tentu ada PUNCA no.1 yg cover depa?

      Manung Mari..no.1 tu sape?
      yg jual pil kominis tu sapa dia?
      yg jd bapak mertuaku sapa dia?

      Manjung Mari, hang jgn buat2 BUTA
      jgn buat2 BUTA tak nampak PUNCA!?

      Delete
  6. BERAPA RAMAI BEKAS PIMPINAN PAS YANG KENCING ATAS KEPALA AHLI-AHLINYA,ESPECIALY KAWASAN BANDAR TUN RAZAK.TAK KIRA LE SAPA ULAMAK ATAUPUN PROFESIONAL.

    ReplyDelete
  7. http://4.bp.blogspot.com/-X5YK4u4Nk3w/UlLI2jeloqI/AAAAAAAAceM/RDWRLpcGG5w/s1600/1392452_398696870259327_1267320356_n.png

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami beranggapan anda Anon 3:18 am sangat berpenyakit yang sayangnya konon pendukung ulamak. Pendukung ularmak ini amat memualkan. Harap TGHH tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan 4.bp.blogspot.com..ini. Kami masa bertugas di Terengganu ketika TGHH menjadi MB dapat melihat lahapnya ustaz-ustaz dengan kedudukan mereka ibarat culture shock yang cronic. Ustaz Harun Taib sombong cocky ketika menjadi Exco, Chairman TDM dan berbagai jawatan, begitu jugalah Ustaz Bakar Chik yang hidung tinggi sampai tak dapat First Class bagi jerit pekerja MAS. Pandang orang mata tembus, senyum pun tidak.Ustaz ABC sibuk dengan mercedehnya pernah lari pintu belakang Wisma Darul Iman ketika berlaku tunjuk perasaan membantah beberapa isu termasuklah pemberian wang zakat. TGHH terkial-kial buat kerja sorang-sorang dengan masing-masing ustaz-ustaz dengan agenda sendiri. Kalau disebut satu persatu, memualkan. Benarlah Allah memutuskan kuasa yang diamanahkan kepada mereka. Kalau tidak agaknya ditakdir berkuasa lama lagi betapa mungkin besar dan banyaknya fitnah terhadap dakwah dan dai islam dalam jemaah PAS. Takkan TGHH tak nak ambil iktibar semua itu kalau blog ini sebahagian dari mereka yang dikenali beliau. Takutlah pada Allah.

      Delete
  8. Tahulah macam mana ustaz ni boleh diangkat PAS duduk dalam Majlis Syura Ulamak, setiausaha pulak tu dan menang PRU pulak lagi tu. Cubalah pilih yang elok sikit. Dulu-dulu mana-mana individu ada masalah dengan sendiri tarik diri sebelum menjadi isu besar secara terhormat dan sepi dari arus pimpinan tetapi terus bekerja diperingkat negeri dan kawasan tanpa jawatan. Itu baru betul. Sekarang dah nampak boleh menang dan boleh dapat jawatan, hanya yang faqih aje boleh buat kerja. Harap jangan jadi macam Terengganu dan Kedah hilang sepenggal. Bila diberi pandangan dijawabnya "ana tahulah, ana pun nak masuk syurga dan takut neraka". Tidak mustahil Kelantan boleh jatuh PRU14 nanti kalau perangainya sama. Cuba buat kajian sedikit di Kelantan kerana kami beranggap figur TGNA yang menjadi saham terbesar sokongan rakyat Kelantan. Tanya2lah rakyat awam di Kelantan, rasanya tak mustahil. Ibarat ada yang menjawab - yang bagi menang PAS di Kelantan yang balik mengundi dan masih ramai sayang dan kesian dengan TGNA, ambo yang tinggal sini dah muak nak tukar dah, kalau mu nak tahu, mai duduk sama di Kelantan.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari