boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, October 10, 2013

Nama Mat Sabu tak tersenarai di Terengganu.

Sikit pun aku tak hairan atau terkejut pun,,,faham sesangat dah... kalau ada pencalonan nama Mat Sabu memang tersangat ajaiblah...


Mohamad Sabu bukan pilihan
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA TERENGGANU – Penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dilihat bukan calon pilihan di kesemua enam Pas kawasan di negeri ini yang telah pun selesai bermesyuarat bagi mencadangkan calon jawatan tertinggi Pas Pusat.

Enam kawasan selesai membuat pencalonan adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala Hulu Terengganu serta Marang masih belum mencadangkan calon, sebaliknya akan diputuskan dalam mesyuarat Pas kawasan masing-masing Sabtu ini dan Khamis depan.

Kesemua enam kawasan tersebut bagaimanapun, sebulat suara melalui mesyuarat jawatankuasa Pas kawasan mengekalkan calon Presiden kepada penyandang sedia ada iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dua calon yang dilihat menjadi pilihan Timbalan Presiden setakat ini adalah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nik Mohd Amar mendapat empat pencalonan dari Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun manakala Tuan Ibrahim mendapat sokongan sebulat suara oleh Pas kawasan Kemaman dan Setiu bagi mencabar Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu, November depan.

Bagaimanapun, pencalonan terhadap Mohamad Sabu mungkin boleh berlaku di Hulu Terengganu dan Marang memandangkan kedua-duanya belum membuat sebarang keputusan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, ia sekali gus memperlihatkan Pas kawasan di negeri ini lebih mengutamakan calon Timbalan Presiden daripada kalangan ulama untuk digandingkan dengan Abdul Hadi.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus, M Shukrimun Shamsudin ketika ditanya mengenai pencalonan tersebut memberitahu, walaupun Pas kawasan memilih Nik Mohd Amar sebagai timbalan presiden, ia tidak bermakna pihaknya menolak pemimpin profesional untuk diletakkan dalam kepimpinan kedua tertinggi parti.

Beliau menjelaskan, sesiapa yang lebih memahami agama lebih layak memimpin parti tanpa mengambil kira sama ada ulama atau profesional.

“Saya tidak setuju mereka yang mengkategorikan ulama dan profesional kerana tidak timbul soal ini.

"Sesiapa sahaja yang mampu untuk pertahankan matlamat perjuangan parti adalah dikira layak untuk memimpin,” katanya.

Bagi Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad, walaupun nama pemimpin tertentu tidak tersenarai, ia tidak menggambarkan mereka tidak bagus sebaliknya keputusan berdasarkan undian tertinggi di pihak jawatankuasa Pas kawasan.

Sementara itu, bagi jawatan naib presiden, Salahudin Ayub yang merupakan penyandang  mendapat sokongan daripada keenam-enam kawasan untuk beliau terus mengekalkan jawatan tersebut.

Tuan Ibrahim pula mendapat empat pencalonan, Datuk Mahfuz Omar (tiga), manakala Datuk Abu Bakar Chik dan Idris Ahmad masing-masing dengan dua pencalonan.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang juga Adun Salor hanya mendapat satu pencalonan dari Pas kawasan Kemaman.

Pada PRU 12 2008 yang lalu, Pas Terengganu sanggup mencalonkan Mat Sabu bertanding di Parlimen Kuala Terengganu, kenapa ? Sebab waktu tu Pas belum kuat, cuma ada Kelantan sahaja,  Belum dapat Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan juga Perak selama 11 bulan.

Tetapi sekarang Pas dah kuat,, semua dah berkeyakinan nak bertanding dan rasa boleh menang,,..maka nama Mat Sabu di tolak tepi...
Ulama ke, profesional ka,, yang maha mengetahui keikhlasan seseorang dalam perjuangan hanyalah Allah Taala sahaja.., 
hangpa buatlah apa pun, kalau Allah S.W.T dah takdirkan nama Mat Sabu lagi sebagai Tmbalan Presiden yang terpileh,,, hangpa nak kata apa... nak lawan ketentuan Allah?
  

14 comments:

  1. Perrcayalah... orang yang berjuang bermati-matian setelah PAS dalam keadaan kritikal selepas 1982 akan diketepikan. Masa ni ramai yang bukan beraliran agama bersungguh2 memperjuangkan PAS, bergolok bergadai, habis duit dan tenaga. Golongan yang kata mereka kuat agama, tapi tiada pernah buat satu strategic planning pun duduk mendiamkan diri. 30 tahun kemudian, apabila PAS bernyawa, golongan agama mula menunjukkan ketamakan dalam merebut kuasa. Kita tak nafikan ilmu mereka. tapi ilmu mereka tak sama dgn tindakan, tiada action plan yang kukuh, tiada daya usaha yang lebih. Tak apalah, ambik kat hangpalah semua jawatan, golongan bukan agama tengk saja dan tak payah nak bersusah payah. bagi kat golongan agama yang muda2 ni, yang kalau kat luar lebih suka bicara pasal hanphone, kereta besaq... Tengok dsari segi logik... beribu keluar uni kelulusan agama, apa tindakan mereka? apa jasa mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol apa lu cakap. Mat Sabu is the legend in Pas history.

      Delete
  2. Alhamdulillah. ..ahli pas terengganu mmbuat pilihan yg tepat lg bijak apabila menolak syeikh mat syabu dan husam... hrp2 cec dap dibuat semula agar nama syeikh mat syabu dpt disenaraikn utk jawatan trtinggi dap...cmfm separuh ahli pas mohon masuk dap...hahaha ganu kite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang dibenci oleh Juragan 69 adalah orang yang ditakuti oleh musuh PAS.

      Delete
    2. Apa nak hairan? Bukankah dasar PAS Ganu " PAS Ganti UMNO".Kalau SiLuncai nak terjun dengan labu-labunya - Biarkan, biarkan, biarkan.

      Delete
    3. Hahaha...syeikh mat syabu ditakuti oleh musuh pas...hahaha lawak siot...klu takut maka spttnya mat syabu menang tnpa brtnding dlm pru...hahaha lu betul punya lawak bhai...klu pada lu dan mm abg mat (hahaha abg mat) adalh hero, ttp kpd majority ahli pas mat syabu hnyalh LIABILITI kpd pas...

      Bhai...tang mana yg mat syabu mesti ditakuti...tang rupa parasnya kah?...tang kata2nya kah?...tang keintelektualnya kah?...tang budi pekertinya kah?...tang ketakwaan nya kah?...tang keprofesionalnya kah?...tang akhlaknya nya kah?....atau pada buasirnya kah hnga isteri org 'mesti'masuk bilik 121 utk 'mngubati'buasir terjulur abg mat...

      Fenin2 bhai...jika org pas letakkn mat syabu sbgi watak penting dlm prjalanan politik pas...apakh mat syabu lbh hebat dari ustaz nasha atau dato dr hassan ali...tp 'TANG' mana....

      Delete
    4. Sangat setuju dgn juragan 69.....apa cerita mat sab d k.belut?

      Delete
    5. JUragan apa lu lebih baik daripada orang ke aku ingat hang biasa dengan mat sabu kalau tidak macam mana hang boleh tau sermua. Aku takut matsabu satu hang dua.

      Delete
    6. Sapa saja dalam pas jadi calon x pa jangan undi amano sudah penipu bangsa melayu

      Delete
  3. BIARKN PAS TERENGGANU TERJUN DENGAN KEROPOK LEKORNYA.TUNGGULAH BALASAN DARI KUMPULAN PEMUDA PROFESIONAL.KAMI BERDOA AGAR GOLONGAN PORFESIANAL TERKELUAR DENGAN SENDIRINYA BUKANYA DI TENDANG.BIAR KUMPULAN ULAMAK PAS SEDAR DIRI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha ini bukan asobiah ke?
      Ini juga dipanggil asobiah. Yakni taksub kepada puak tertentu.

      Jangan ada yang merajuk tak dapat jawatan dah le. Lepas tu lompat pergi parti lain.Nanti karpal singh gelar diorang ni sebagai katak.
      Ini lah politik. Yang penting jawatan dan kuasa.
      Sebab lepas tu boleh buat duit.

      Delete
  4. Anda nak mencadangkan sesiapa untuk jawat apa jua jawatan atau untuk menyekat kemaraannya tiada siapa yang boleh menghalang kerana itu adalah hak yang telah diberikan oleh pentadbiran parti. Mungkin juga ia dikatakan sebagai demokrasi.

    Tindakan mengekalkan dan menjatuhkan seseorang yang berjawatan dalam parti perlu diambil kira dari pelbagai sudut sebelum suatu keputusan dibuat. Kerana ianya ada kaitan dengan untung dan rugi bagi parti .

    Kejadian buruk jenis apa akan berlaku dalam parti jika kita singkirkan Hadi dari jawatan presiden. Dan apa kebaikan yang kita dapat jika kita menyingkirkan Mat Sabu dari jawatan sebagai timbalan presiden. Sedangkan kedua-duanya mengaku berkhidmat penuh keikhlasan untuk parti PAS ?

    Inilah dikatakan politik, ulamak atau profesional bergelut sesama sendiri lahirkan persepsi untuk menunjukkan mereka adalah orang yang bijak, orang yang pandai, disukai ramai sedangkan mereka itu adalah gulungan orang yang menzalimi diri sendiri.

    Lihat keadaan UMNO Baru yang hebat dengan ekonominya, tapi keadaan ahlinya huru-hara dan tunggang langgang. Lihat pula keadaan PAS yang hebat dengan agamanya, tapi pemimpinnya hidup diatas simpati dan sedekah.

    Sejarah telah membuktikan bahawa ekonomi dan agama mesti beriringan. Ekonomi tanpa agama akan jadi cacamarba dan agama tanpa ekonomi akan jadi peminta sedekah.

    Walaupun begitu kita perlu terima hakikat bahawa puak profesional tidak boleh dipersalahkan diatas kebodohan para ulamak jadi ketua bila kerajaan negeri Terengganu yang diterajui oleh Hadi dan kerajaan negeri Kedah yang diperintah oleh Azizan diserahkan semula pada Barisan Nasional setelah memerintah satu penggal.

    Sekarang kita bertanya, kenapa tidak guna agama untuk pertahankan kerajaan negeri yang ditadbir ?

    Bukan menjadi kesalahan jika ada puak taksub untuk membezakan antara ulamak dengan profesional berkaitan hal ehwal agama. Dan kewibawaan itu pula dijadikan alasan untuk diangkat sebagai pemimpin. Fahaman ini sebenarnya diguna pakai hanyalah untuk mengelirukan ahli bagi menjaga kepentingan kroni mereka saja.

    Oleh kerana itu kita berharap pada Hadi akan jadi ketua yang bermaruah, “jangan pukul anak sindir menantu.....”

    ReplyDelete
  5. asal bukan umno apco laknatullah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amenda apco tu...blh bg pencerahan sikit...

      Delete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari