boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, October 25, 2013

PRK N20 Dun Sungai Limau - Woi ! Menteri ... mai ke sini ko kejap...

Menteri ni tiap-tiap tahun pi ke Mekah sesama jemaah haji,, ni pun rasanya baru balik dari Mekah lagi ni,, entah hidayah apa yang dia dapat ?..



Jamil Khir ajak pengundi Sungai Limau berhijrah

FMT Staff
 | October 25, 2013
Sudah tentu dengan kedudukan ini beliau mahu pentadbiran Parlimen selaras dengan DUN.




JERAI: Ketua Umno Bahagian Jerai yang baru, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengajak para pengundi Sungai Limau berhjirah daripada mengundi PAS kepada mengundi BN sempena Maal Hijrah pada 5 November.
Katanya, kita nak pakejkan Maal Hijrah itu disambut lebih awal di DUN Sungai Limau.
“Kita mahu pengundi berani berhijrah dan saya letakkan harapan tinggi kerana saya adalah Ahli Parlimen Jerai,” kata beliau dalam satu wawancara khas dengan sebuah akhbar harian.
Katanya lagi, sudah tentu dengan kedudukan ini beliau mahu pentadbiran Parlimen selaras dengan DUN bagi membolehkan kita melaksanakan program berbentuk kerohanian dan spiritual demi kesejahteraan penduduk Sungai Limau..
Baca sepenuhnya di Klik Sini

Kalau dah rasa umno tu betui sangat, atau sama macam dengan Pas,,, aku rasa adalah lebih menteri ni pi ajak bapa kandung dia sendiri sama-sama sokong umno... ada berani..

Ayah Jamil Khir tetap sokong PAS

FMT Staff
 | October 25, 2013
Baharom merupakan ahli PAS dan pernah memegang beberapa jawatan dalam PAS Kawasan Jerai turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.




JERAI: Di Kedah dan Kelantan, ayah dan anak berlainan parti adalah fenomema biasa. Kalau anak seorang menteri Umno tetapi ayahnya penyokong PAS tegar merupakan perkara yang pelik di Kedah.
Tetapi itu yang berlaku di Kedah apabila ahli parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir tidak satu parti dengan ayahnya, Baharom Ramli.
Baharom Ramli, 77, mendoakan agar calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.
Beliau merupakan ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir yang diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu menerima kunjungan Ustaz Azam dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar di kediamannya di Kampung Sedaka, semalam.
Beliau yang gembira dengan kedatangan rombongan PAS itu turut berharap agar PAS terus menguasai Dun Sungai Limau dan meneruskan apa yang ditinggalkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak.
Baharom merupakan ahli PAS dan pernah memegang beberapa jawatan dalam PAS Kawasan Jerai turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Jelas Mahfuz, Baharom merupakan ahli PAS yang setia dengan perjuangan parti dan banyak bantuan diberikan bagi memastikan PAS Kawasan Jerai dapat bergerak dengan lancar.
“Sehingga sekarang beliu masih menjadi ahli PAS dan setiap tahun sentiasa membayar yuran.
“Dan sewaktu berbual dengannya, beliau turut mendoakan agar calon kita, Ustaz Azam dapat memenangi kerusi Dun Sungai Limau agar apa yang ditinggalkan Allahyarham Ustaz Azizan dapat diteruskan,” jelasnya.
Mahfuz memberitahu, walaupun Jamil Khir ahli Umno namun Baharom tetap bersama PAS dan sentiasa mengikuti setiap perkembangan PAS sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.
Katanya lagi, kunjungan itu bukan untuk mengambil kesempatan atas suasana pilihan raya, tetapi atas dasar sahabat lama.
Silap-silap nak pijak ke rumah ayah dia pun dah tak berani lagi dah ni....


1 comment:

  1. ...Bahalul sikuli betullah! ling liong sik dah bebas setelah dituduh tipu kabinet mahadet 1b

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari