boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, January 9, 2014

Dimana Menteri Umno KDN,,, ada Bughah di Parlimennya..

Siapa yang berkuasa dalam negara Malaysia ni, SPAD atau sykt pengangkutan awam...


12:00PM Jan 9, 2014

Pelajar, ibu bapa demo bantah tambang bas naik



Sekumpulan pelajar dan ibu bapa berhimpun di Bagan Datoh, Perak semalam bagi membantah kenaikan tambang bas yang diumumkan Persatuan Perusahaan Bas Sekolah Hilir Perak minggu lalu.

Laporan Sinar Harian menyebut, ibu bapa dan pelajar dari kawasan Kampung Baru, Kampung Bunga Raya dan juga kawasan ladang sekitar itu antara lainnya mendakwa tertekan dengan “kenaikan tidak munasabah” sehingga RM26 itu.

Laporan itu antara lainnya memetik kenyataan seorang ibu kepada pelajar, M Sudrawali, 42, yang mengaku terperanjat apabila dimaklumkan mengenai kenaikan harga itu oleh pengusaha bas pada minggu lalu.

“engusaha bas sekolah mengenakan bayaran sebanyak RM 44.85 bagi seorang pelajar di kawasan estet berbanding sebelum ini RM 32 sebelum ini. Jelas sekali harga baharu dikenakan pengusaha bas membebankan kami(ibu bapa)," dipetik dari Sinar Harian.

Sudrawali mempersoalkan kenaikan tinggi itu kerana harga bahan api petrol dan disel hanya meningkat 20 sen seliter sejak september lalu.

Seorang lagi ibu pelajar, Sulasih Mokhtar, 42 berkata kenaikan tambang itu juga membebankan beliau yang bergantung kepada pendapatan suami untuk membesarkan tujuh orang anak.

"Apa yang merunsingkan kami, dua anak kami masih bersekolah yang menggunakan khidmat bas sekolah tersebut dan terpaksa membelanjakan RM97.78 setiap bulan dan ianya memberi kesan kepada perbelanjaaan kami.

"Jika pengusaha mahu menaikkan kadar tambang bad, biarlah berpatutan  kerana kami disini berpendapatanm kecil, apatah lagi keluarga saya mempunyai ramai anak-anak yang perlu bersekolah," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Seorang lagi penduduk tempatan, Abu Salleh Sabdin, 47, dalam laporan sama mempersoalkan kenaikan tambang berbeza untuk pelajar dari kampung tertentu.

Beliau memberi contoh, pelajar dari kawasan seperti Kampung Tanah Lalang yang melibatkan perjalanan sejauh 19 kilometer pergi balik kini terpaksa membayar sehingga RM56.97 berbanding RM32 sebelum ini.

Laporan itu turut memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Mustafa Saifuddin yang berkata kenaikan dikenakan melebihi daripada 40 peratus dari kadar sebelum kenaikan.

"Saya faham kenikan itu selaras dengan kenaikan harga minyak serta servis perlu dilakukan tetapi jangan naikkan  tambang bas sekolah terlalu tinggi dan drastik," katanya.


dimana menteri umno yang jaga Kementerian dalam negeri berada ni,, kejadian bughah di parlimennya pun tiada apa-apa tindakan ka...


10 comments:

  1. Haluuuuuuu. .........

    Apa mau jdi mesia ni......sdh ramai pembrontak yg cuba mnentang kera jaan.gua ingat polis msti hti2. Lu msti hntr skuad pemusnah bom dulu.mesti gua igt ada prang dn kris tpi longkang....2020 gua feel tnggal 2 juta mnusia d mesia..yg len smua sdh mati...igt untie n adik2 gua...lu org msti hti2 ntie kpala otak lu org brterabur....
    Gua doa dri sini agr suwel lu org akn tamat...gua pun sini mkn ubi kyu sja beb...dulu gua laung2 mintak turun hrga brg beb..tpi mentri lu halau gua dri rumah dan tnh gua yg tiap thun gua byr cukai beb...sdih beb..dihalau gua kluar dri mesia..Allah pun x prnh hlau gua kluar dri tnh miliknya wlaupun prjuangan gua utk lihat dn rasa mnis hkum Al Khalid trtegk d bumi ni....

    Lu jgn bikin gempaj beb...lu sndri pun skong umnongok.....lu tnggung skrg...
    Gua mhu psn lu...lu pg bughah dpn rumah haram sani lgi baik beb.....dia master dlm hukum mndi wajib.....lalala....

    ReplyDelete
  2. KDN Kementerian Dungu Negara = lbh baik takde drp ada

    ReplyDelete
  3. Semasa PRU 13 banyak dapat duit takkan dah habis kut. Padan muka pangkah lagi BN

    ReplyDelete
  4. apa kata ufti haru sana sini diploma pendidikan? x bughah kot...kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Dalam keadaan tak kita sedari Putrajaya secara senyap memaklumkan kepada semua sekolah supaya meletakkan potret pemimpin persekutuan dan negeri di dalam kelas bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme, tetapi di negeri Pakatan Rakyat (PR) hanya gambar sultan atau gabenor negeri diletakkan tanpa menteri besar atau ketua menteri. Tapi dalam masa yang sama Putrajaya tidak mempedulikan masaalah yang dihadapi oleh ibu bapa pelajar tentang kenaikkan harga barang dan tambang bas.

    Inilah sikap hipokrit pemimpin UMNO Baru merangkap kerajaan Barisan Nasional. Mereka mahu anak-anak kita ingat, hormat, dan sokong mereka tapi dalam masa yang sama mereka cengkam kita dengan kos sara hidup yang mahal.

    Apabila kita protes, membantah sikap boros dan kurang peka pemimpin kerajaan pada kesusuahan rakyat, mereka guna agama melalui mufti sial keluarkan fatwa celaka... dituduhnya ibu bapa dan pelajar sebagai bughah yang halal dibunuh.

    Memang elok meletakkan gambar pemimpin kerajaan Barisan Nasionbal dalam setiap bilik darjah kerana memudahkan kita mengingatkan anak-anak kita, pelajar, bahawa wajah yang terpampang itu adalah susuk tubuh yang menyusahkan hidup semua orang. Wajah itu tidak patut diberi penghormatan kerana kumpulan mereka itu sentiasa menyiksa rakyat dengan kenaikan harga barang dan mengenakan pelbagai cukai.

    Tanamkan sikap benci dan dendam terhadap mereka... apabila tiba masanya mereka itu harus ditentang dan diterajang dari kerusi kekuasaannya.

    ReplyDelete
  6. Habis semua tidur tak lena. Harus sani dah pening dok cari kitab nak tunjuk dalil bughah sana sini. Yg rakyat tidoq tak lena pasai duit tak cukup nak belanja. Yg boleh tiduq hanya dua org laki bini tu dok syok enjoy tak habis2 ke sana sini. Yg menteri lain habis kecut telok tak berani bersuara takut jadi bughah. Bukan senang nak kena pancung. Kalau dah ramai jadi bughoh kerana buat demo maka yg berkuasa kenalah ambil tindakan. Kalau tak bertindak nanti akan ada bughah yg timbul sana sini dan sia2 lah pula fatwa mufti tu. Jadi malulah tok mufti fatwa org tak pakai. He he. Macamana pun tolonglah buat jng jadi huru hara sana sini. Bertindaklah dng bijaksana wahai KDN.

    ReplyDelete
  7. Kah kah kah.. UMNU Laknatullah punya pasal, rakyat kat bawah bertelagah sesama sendiri. Mufti bangang tak bagi nasihat kat pemimpin ke? Oh ya, kalo ngan pemimpin kena bagi nasihat senyap2. Kalo pemimpin tak berubah ngan perangai sialnya? Anggap lah itu 'ketentuan Allah' kata anjing kurap tu pulak...! Kaah kah kah kah..

    ReplyDelete
  8. Weh tok peti haru sana sini dah keluarkan fatwa ibu bapa dan pelajar di Bagan Datok unjuk rasa kerana tidak berpuas hati diatas kenaikan tambang bas sekoleh bukan tergulong dalam ketegori BUGHAH tapi mereka tergulong dalam ketegori BUGHRIT bawah sikit dari BUGHAH

    ReplyDelete
  9. Tu la bangang sgt undi BN. Dah cakap kalau naik harga minyak maka secara tak lansung harga barangan yg lain akan naik gak. Itu di namakan kesan berantai. Minyak naik, maka kos2 utk servis, tukar tayar bla bla bla..ikut naik gak. Lain kali sebelum buang undi, belajar ekonomi dulu. Nak memekik skang ingat kerajaan nak dengar ke, silap2 darah korang halal tau x...kan itu dah jadi ketentuan. Terima la dgn hati yg terluka...hahaha...org PAS jgn dok sibuk...korang pun banyak buat kacau time PRU13, tuduh2 mcm2 kat rakan sekutu, sesetengah tempat siap masuk tanding 3 penjuru...lahabau betul...

    ReplyDelete
  10. Harussssaniiiiii punya pasai habis jadi cempegha. Fatwa dia tu nak hukum camna ye. Kalau dibunuh bughah2 semua tu nak kena solat jenazah ke. Nak tanam di mana pulak. Ke lempaq buang mayat2 tu kat anjing saja. Kalau ikut hukum bughgh macam tu le. Itu la nak fatwa laju sangat hingga tak sempat bermesyuarat. Kan apa2 pun islam suruh mesyuarat. Ini nak tunjuk pandai pd org lain. Yg mufti2 lain nak fatwa apa pula. Awat semua dok kunci mulut ni, tak tolong selesai masalah ini. Rakyat dah bertambah keliru ni.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari