boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, January 28, 2014

PRK Dun Kajang - Aku tak akan sokong !

Aku tak faham apa permainan politik yang berlaku dalam parti PKR?. terutama sekali permainan dari Anwar Ibrahim...




Tak payahlah aku nak ungkit kisah silam bagaimana Anwar memulakan karrier politiknya masuk umno tahun 1982 yang lalu,,,

Cuma aku minta hangpa perati balik senario politik zaman Najib selaku PM 1Malaysia, bila saja berlaku sesuatu isu yang menghentam Najib cukup teruk,, sehingga tak terjawab, maka dengan sekonyong-konyongnya Anwar pun menjelma turut buat cerita,,, secara tak langsung menutup isu cerita Najib? ... Sila semak balik senario yang lalu...

Sedangkan sekarang Najib berhadapan dengan isu harga barang dan cukai yang bakal mengcekik rakyat,,, isu ini bukan sahaja pembangkang yang duk pertikai,, malah umno sendiri termasuk Dr Mahathir anak beranak pun turut sekali menghentam Najib,,, tup-tup,,, timbul cerita jepun, pijak bendera,, rebut jawatan MB,,, sehinggalah apa yang berlaku berita sebentar tadi..

Apa tujuan Anwar nak bertandfing? Tolong cerita sat,,, Tak kan sekadar nak jadi Exco ,, tak cukupkah lagi sebelum ini pun dah pegang jawatan Penasihat Ekonomi negeri Selangor! 

Woi,, bukan macam ni cara nak selesai masaalah,, isu rakyat marhaein masih lagi belum selesai,, kalau nak bertanding PRK pun, tunggulah kematian Adun-adun, tak perlulah main politik letak jawatan, lepas tu heret rakyat suruh undi lagi sekali,,, bukankah ini membazir masa dan wang ringgit anggota dan penyokong parti,,,, 
Itu tak termasuk sakit cedera penyokong parti bertempur dengan penyokong umno,, sedangkan pemimpin bagui aja kena teh tarik.. 

Aku tak pasti, ada berita mengatakan Anwar akan menjawat MB Selangor,,, apa ni,, ni isu antara pergolakan Azmin dengan Tan sri Khalid Ibrahim,, kenapa nak selesai masaalah Anwar yang pi ambik jawatan tu,, ha ha ha,, umpama dua orang anak jantan berebut betinayang baru jadi janda berhias... bapa tak boleh selesai masaalah,, janda tu dia ambik buat bini dia,, boleh pakai ka kalau bapa jenis ni..

Jadi yang terbaiknya,, aku harap pengundi Dun Kajang tak perlulah menjalankan kewajipan anda sebagai Pengundi, terutama sekali pengundi dari ahli-ahli Pas dan penyokong Pas,, biarlah mereka sesama mereka sahaja berebut jawatan,, alangkan baikknya kalau Anwar kalah dalam PRK tu,, palimg kurang kerusi PKR dalam Dun selangor dah kurang lagi satu,  secara tak langsung peluang Pas pula terbuka luas, jika Tan Sri Khalid letak jawatan, apa kata bagi ke Yb PAS pula mentadbir Selangor... 

Kehilangan 1 satu buat PKR dan kemenangan kepada Bn tak akan menjejaskan apa-apa pun pentadbiran kerajan Pakatan negeri Selangor,, jadi apalah salahnya pengundi dan penyokong Pas mencuba...



38 comments:

  1. Replies
    1. tak dapat jadi Piem,jadi Mbee pun jd ler.itu yg tersirat disebalik yg tersirat.caya la dsai.insiden Bagan Serai menyerlahkan sape dsai.

      Delete
    2. hehehe..tak dapat jd PM cuba jd sultan melaka pulak....aku sokong org2 pas jgn undi dan jgn jd kuda tunggangan bantu kempen nuar...kalu nuar menang org pas yg susah payah kempen, debu pun tak dapat..kan selangor pkr punya.....dayuslah korang!!

      Delete
  2. Macam2 pkr ni aku tak leh kata pa sebab boloeh dikatakan yang duk dalam pkr tu bekaih ahli2 UM NO.Tolak TS Khalid ngan YB Fuziah dan beberapa orang lagi yang asai bukan ahli UM NO .Aku setuju jangan pi mengundi biaq kalah tak pa yang aku tak sakit hati.biaq padan muka depa.Aku sejak dari penubuhan pkr aku tak berapa suka,dah tau sapa depa2 ni!Baik pas lak,tapi Lebih BAIK DAP.Tak tau lah kalu pru14 ni selangoq dapat kat sapa lak,begitu gak kelantan pun belum tentu lagi sejak utz Ahmad Yaakob ambil alih dah kena saman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kah kah kah...bodoh bertingkat2 lah lu org ni...skrg baru lu nk ckp brbagai...org pas mana tau berfikir...jnji tuk guru janji syurga dgn syarat mkn taik, cmfm lu org mkn taik utk dpt syurga tnpa usaha...bodoh tak sudah2...

      Delete
  3. Duhh..dah PKR satu rahim ngn UMNO..nak wat camner? aku dari dulu tobat lahom x berapa nak minat ngn anwar Ibrahim nih. Bukan nak melawan arus..but to be honest..pasai apa dia dulu join UMNO instead of PAS? if not bcos of his ambitions..but still Melayu kan mudah lupa..itu pasai keling tua madey gila bapak jd PM 22 tahun n sampai la nih ada melayu bongok percaya!

    ReplyDelete
  4. aku pun x akan sokong..... tetiba letak jawatan... x ke pelik.... settle la masalah dalaman korang. Jgn libatkan rakyat selangor.. huh

    ReplyDelete
  5. yg korang tak puas hati dgn DSAI kenapa?
    DSAI ni ketua Pakatan Rakyat, semua sudah setuju
    kalau nak cakap bekas UMNngok, PASpun serupa juga
    org2 PAS jgn nak hina pemimpin besar PKR dan PR. Jgn jadi biadap!.
    perancangan org atas utk jatuhkan UMNgok biar mereka yang buat, kita yg bawah2 ni ikut saja la. Nak byk bunyik sampai sanggup lihat PR hilaang satu kerusi.
    Masa PRK tpt Ust Azizan kenapa PAS tak beri je kerusi tu pd UMNgok?. takda pula isu membazir masa, tenaga, wang rakyat. Ini masalah maruah PR
    Kalau PAS tak mau bantu, maka akan bermulalah boikot memboikot antara rakan komponen PR.
    siapa yg untung? UMNgok la untung. Korang ni takda akai ka nak fikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRK Ustaz Azizan tuh sebab meninggal dunia... bukan sesuka hati main letak jawatan jew.. mana sama... x bole nk banding dngan PRK kerusi Pas.. Pas xde nk sesuke hati nk letak jawatan bagi kt org laen.. aku sbg penyokong Pas x brape nk stuju pendekatan kureng asam kureng bijak nih... patutnya bincang sesama Pakatan la.. baru perintah Selangor blum perintah Malaysia dh main plitik celup mencelup timbul tenggelam... aku penyokong Pakatan Rakyat risau tau x..? ape prsepsi rakyat seluruhnya kalo mcm ni punya style???

      Delete
    2. Anon 0806 adake yg bijak atau agak2 bijak dlm pr...yg ketara dari pemimpin sampai pengikut dan penyokong bodoh sokmo...

      Delete
  6. bila lagi nak dapat bantuan kilat juta2 daripada kerajaan federal UMNO BN... Masa ni la demand lebih2 sikit...kuikuikui...kasi turun harga kangkung...

    ReplyDelete
  7. Aku adalah antara orang yang sentiasa meragui Anwar sejak dr awal lagi. Anwar selepas masuk UMNO dan selepas diterajang dari UMNO adalah tidak sama dengan Anwar masa dia mengetuai ABIM....Anwar sekarang dilihat rakus dan gelojoh dalam merebut kuasa....membelakangkan rakan dalam PR dan merasakan dirinya begitu hebat....ANWAR AKU LIHAT SEBAGAI BIAWAK HIDUP DLM PR....

    ReplyDelete
  8. Mesti ada sebab dan strategik yg anwar tengah plan....saya sangka baik....tetap sokong anwar....dia lebih arif dalam dunia politik....asalkan sejahtera rakyat....turun harga....manjung mari jangan fitnah....kamu ini jaguh kampung.....cerita pasal islam....pergi pantai cenang langkawi,ISLAM kamu nescaya bunuh diri....yang buat maksiat melayu juga,kamu ini parasit parti pas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tau nak kata apa dah...mm patutnya kamu fokus pada kelab2 malam yg sdg berkembang pesat di perak tu...apa jambri lanun tgh buat...tau x...perak sekarang dah ada lubuk EMAS yg baru jumpa...kawasan??? g tanye org pejabat tanah tu...semua tahu...saja x nak heboh...zambri tgh merancang nak rembat emas tu sorang2...ko tahu x MM???

      perak tgh sengap ni bukan maksudnya aman...tapi umno tgh nak mengongkek lubuk emas tu...

      Delete
  9. sorry la bro... selalu aku dok baca blog hang tapi kali ni aku tak setuju... hang dok selangor ka? aku dok selangor.

    ni basic nak bagitau.... memang isu khalid azmin nampak kecik, tapi kalau boleh menyebabkan PR jatuh masa PRU14 nanti di selangor sapa lagi rugi? tentu la rakyat. masa tu mana lagi membazir, duit rakyat yang berbillion tu atau kos kecik untuk PRK. masa tu nanti bila selangor dapat ke BN hang suka... come la, tiada 1 parti dalam PR pun yang kuat terlebih di selangor, semua lebih kurang. aku yang duduk di selangor malah kebanyakan orang pun bukan pilih parti sangat, sebab utama ABU! aku ada kenai yb umno yang memang buat kerja, tapi sebab kalah sebab bertanding atas tiket BN.

    jadi sebelum kita berkata (menulis) baiklah kita duduk berfikir.... lagipun adakah setiap strategi politik perlu dihebahkan kepada umum?

    last sekali nak tanya.... apa salah anwar?

    nota: aku mengundi di kajang, aku tak kisah sapa nak jadi MB dari PR janji dia boleh drive negeri selangor sekapal dgn PR

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau x pe...MM patut fokus kat perak je...dah la kalah dgn umno dgn mejoriti kecik...kalo MM kerja kuat sikit dah tentu Perak dapat MB PAS...org selangor OK...MM pulak yg lebih2...x paham aku...akal pendek...

      Delete
    2. Kah kah kah...lu org prcaya dgn mm...dia buat kerja kuat mana pun, takda maknanya....bro kat perak ni pun mm ni tak lebih dari 'sembang kasi bimbang'

      Delete
  10. Aku sokong tindakan PKR ini. PAS & DAP pun kena terima. Ini soal PR lawam BN. Bukan untuk tempoh 4 - 5 th ni je, tapi selepas PRU14 nanti. Bukan soal konflik Azmin Khalid...itu kecik je. PAS jgn dok gelabah x tentu kalu.
    Kalau awai2 dah pakat PKR jadi MB, akur lah...sokong lah...pakat2 kerah ahlli2 PAS turun mengundi. Jgn dok layan nafsu nak jadi MB Selangor tu sehingga mengorbankan matlamat PRU14.
    PRU13 lalu pun PAS bnyk buat spoil ....muhasabah diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sokong...PAS leh rampas negeri ganu, johor, kedah, perlis, dan n9...selangor biar PKR...PAS x de sapa pon yg pakar ekonomi...kalo ada patunya kelantan dah kaya dah sekarang tanpa mengharap royalti minyak yg x akan dapat sampai kiamat...

      Delete
  11. Patutnya adun dari kawasan hulu yang letak jawatan...secara langsung BN akan bawak projek bilion-bilion...baru ada akai....

    ReplyDelete
  12. kalau betul betul kuat dah lama boleh tawan malaysia. dapat terengganu, 1 penggal lingkup, kedah pun sama. fikir fikirkan lah, jgn syok sendiri, kelantan kalau perantau tak balik mengundi, boleh lingkup. kena akui, sebelum bergabung dlm pakatan, ahli jemaah kebanyakkanny geng geng pak lebai kepiah longgaq. dah bergabung nampak byk perbezaan, lebih sistematik & profesional. cuma yg agak ralat kawasan yg solid melayu, still susah nak menang. mungkin cara dakwah melalui politik, org melayu masih tak nampak beza antara 2 parti yg bertanding. ketepikan perasaan bebal

    ReplyDelete
  13. Salam skot. Aku setuju dengan komen Putra Kajang. Kerajaan Selangor perlu diKEKALkan bawah PR.
    MB selangor sekarang telah banyak melakukan kebaikan untuk kerajaan negeri tapi kita memerlukan
    seorg MB yang MASAK dengan pemainan politk KOTOR ini. BZ!

    ReplyDelete
  14. MM...kite patutnya sokong saja PR...pasal macai sokong walaupon umno rompak duit rakyat terang2an...siap kene bayar GST lagi...

    bagi aku...PAS belum punya rezeki lagi...sebab 90% melayu masih anggap PAS x pandai ekonomi...itu adalah FAKTA...anggapan org melayu sendiri...PAS kene buktikan diri sendiri dulu di negeri kelantan tu...jadi no 1 dalam mesia negeri terkaya dalam malaysia...tampa sebarang sumber bumi mcm selangor...mmg la nak jaga melayu tapi kalo jaga sampai memiskinkan peribumi...tu bukan jaga...tu bangang namanya...TGNA kalo x pandai ekonomi aku x heran...tapi yg lain2 tu apa kes? x kan kerja nya menagih royalti aje...semua tahu royalti minyak kelantan sampai KIAMAT kelantan x akan dapat selagi umno berkuasa...sudah2 la berangan nak royalti tu...ubah tektik...jana pendapatan baru...kalo x pandai...tukar NIZAR pon ok...

    ReplyDelete
  15. setuju dgn MM.wah.wah.bila kena tang pkr bukan main lg juak juak pkr melenting.sebelum nie bila sungai derhaka dan omak kau serta yong kuning komen tak pakai akai,juak juak tak bising pun pasai ikatan PR.lantui ler pkr.sape yg menjatuhkan kerajaan PR Perak jika tidak dua ekor mangkuk ayun PKR.siap bole kata dpt burid atas dasar sedekah.pkr parti baru tapi kerusi bertanding nak banyak.tenaga kerja ......elek....pocik.itu realiti.contoh bagan serai.agak agak ler dsai.jgn giler jawatan.

    ReplyDelete
  16. Setakat pandai tulis blog jer lah... Strategi politik dangkal. Memalukan.

    ReplyDelete
  17. Hari hari aku baca blog mm tapi kali ni mm buat aku panas. Sebelum tulis kena tahu dulu knapa nak buat prk .. apa sebab .. knapa kajang .. knapa awal2 dah umum anwar calunnya .. apa strateji anwar. Helo bro mm respeklah sikit kat anwar tu dia lebih matang hal politik msia. Najib umnobn pun goyang dgn dia ini kau sedap mulut. Survival kita rakyat marhaen bukan lagi dgn umnobn..anwar jelah boleh tolong kita. Biarlah dia buat kerja dia. Ini bukan kosong ni ada strateji ni ..najib umno bn tgh pening kepala fikir apa strateji anwar kali ni. Relak mm..chill..kat sana cuaca panas kot pergilah betcuti di kkrai. Takpa aku akn terus baca Kau

    ReplyDelete
  18. Nasib baik la mb selangor kena melayu...kalau tak aku nak je suruh adun dap letak jawatan, bagi lim kit siang bertanding... Pas ti dap boleh la jugak guna jawapan mcm pkr guna la ni...lagi syok dap boleh tibai...sebab dap ada lagi banyak kerusi dari pkr....agak agak la kalau depa buat mcm tu, melompat dak gang gang pkr? Tak pun suruh la adun pas letak jawatan, pas tu suruh la hj hadi ka, salehuddin ayub ka bertanding....ok kot gang gang pkr?

    ReplyDelete
  19. HUARGHH...KAW.KAW.KALI INI KOMENTAR MASING2 YA...ITU MENUNJUKKAN KITA SEMUA RAKYAT TERLALU TENSION AKIBAT KERENAH KERAJAAN MALAYSIA LA NI...BANYAK DAH TAK BOLEH NAK SABAR LAGI DAH NI!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pon betul gak...selama 56 tahun PAS boleh bersabar...tiba2 DSAI nak jadi MB selangor (spekulasi)...MM terus meroyan...kebodohan PAS melepaskan kedah dan ganu lansung x pernah nak belajar...pasal tu PAS x akan maju...padahal PKR makin ramai golongan MUDA mcm rafizi muncul...golongan muda DAP pon naik sama mcm zairil...PAS sapa?

      bukan nak mengata...tapi tu adalah FAKTA...lebih pada syok sendiri je lebih...perasan bagus...

      Delete
    2. Kah kah kah...inilh standard pngikut pr...sikit2 umno salah...sikit2 bn salah...sikit2 najib salah...bodoh piang lah lu...bro lu tak nak salahkn mak lu yg lahirkn lu tension memanjang...manusia tak sempurna bro..yg ada dalam pkr ke pas ke waima dap pun bkn sempurna...jadi berfikir panjang sikit dari cuma tahu salahkn org lain dlm masalah sndiri...

      Delete
  20. Aku memang boikot kali ni. Tadi sembang2 kat surau. Masing2 tak mood nak response. Apa mereka kata...pi mampos lah PKR.

    ReplyDelete
  21. Anwar dari dulu lagi tak smart berpolitik... tak pandai susun strategi.. itu sebab dia sentiasa menjadi lebai malang... banyak strateginya merosakkan diri sendiri atau partinya. Lihat saja sejarahnya... elok2 duduk kat kerusi TPM, kena terajang... berjuang diatas platform parti sendiri, langkahnya selalu dirosakkan oleh orang2 kepercayaannya sendiri, calun pilihannya banyak yg kecundang. Diharap BN dapat mengatur strategi dengan calun yang tepat... ini boleh membuatkan Anwar tersungkur kali ini.

    ReplyDelete
  22. Semua pengikut dan Manjung Mari...tarikj nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan...sila bertenang.

    Pertama sekali kita perlu fokas isu besar dalam Selangor...apa dia masaalah tu ? Khalid Ibrahim kena singkir dari jawatan Menteri Besar ? bukan.....kerana beliau masih menjalankan tugas sebagai MB Selangor. Apakah kes Azmin mengamuk kerana dipecat dari PKNS ? bukan..pekara kecil saja. Tak jadi ahli lembaga pengarah pun Azmin masih ada gaji untuk bagi anak bini makan.

    Pekara yang perlu kita pandang adalah perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negara (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh dari parti PKR... mengapa beliau letak jawatan ?

    Alasan beliau meletakan jawatan adalah kerana untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor. Faham ke apa yang dimaksudkan oleh bekas wakil rakyat Kajang itu ?

    Bila ada kekosongan jawatan pada sesuatu kawasan, maka pilihanraya perlu diadakan bagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pelembagaan. Dan parti PKR sebulat suara telah mencalonkan Anwar Ibrahim mengisi kekosongan itu. Mengapa Anwar pula yang dicalonkan.....

    Tak perlu keluarkan komen yang negatif sedang anda sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku dalam negeri Selangor.

    Untuk mengetahui tujuan Anwar jadi calon ADUN Kajang menggantikan Lee Chin Cheh perlu kita bertanya pada beliau sendiri ketika membuat ceramah pilihanraya nanti. Setelah dapat pencerahan maka pengundi daerah Kajang boleh nilai sendiri sama ada mahu memboikot beliau atau memberi undi kemenangan pada beliau.

    Hak pengundi adalah ditangan mereka sendiri, tiada siapa yang boleh memaksanya kecuali pengundi itu menerima rasuah dari ejen calon tertentu atau pendatang haram yang diberi ic biru.

    Pekara mudah jangan dibuat susah...tak perlu layan pekara yang bersifat spekulasi kerana ia bikin kepala otak sendiri bercelaru untuk berfikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. knapa la azmin punya pasai smpai nk ade PRK..?? knapa x selesaikan secara personel.. ni masalah antara inidividu PKR.. azmin kena mengalah.. Tan Sri Khalid adalah MB Slangor yg trbest OK.. smua penyokong Pakatan sila kentut dan tarik perlahan lahan..

      Delete
  23. Ini mainan macai umano yg ada dlm pkr tu. Kena siasat le jng buat ringan...
    Sebab apa dun kajang dikosongkan.. sebab mca .. cun lai nak bertanding. Cina2 semua akan undi cun lai tujuan angkat maruah mca.
    Hei.. mca duit manyak woo.. ada faham.. kena siasat juga... silap2 kalau anuar jadi calon boleh hanyut.... ini zaman main duit, bukan zaman mata dng ayaq lioq org tak buluq...

    ReplyDelete
  24. Org pas jng turun mengundi sebab pkr ni cakap sombong n takabbur. Baru calon jadi MB dah belagak mavam selangor pkr punya. Pas dap menumpang saja. Puuuuuuurrraaaah hampa yg buat masalah hampa selesai le.
    Kalau pas le agaknya buat berebut jwtan MB camni aku rasa puak pkr kutuk sakan tak boleh panggung kepala ...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari