boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, February 26, 2014

Hebatnya seorang Timbalan Presiden Parti .....

Tak pasti sebelum ini adakah berlaku dalam mana-mana politik melayu Malaysia...



BAHASA   

PKR tubuh jawatankuasa teliti saman Azmin ke atas Suara Keadilan

OLEH MD IZWAN
FEBRUARY 26, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 26, 2014 03:39 PM


PKR menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk meneliti isu saman yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ke atas akhbar parti itu, Suara Keadilan.
Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, penubuhan jawatankuasa lima orang tersebut ditubuhkan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR minggu lepas di Kajang.
"Kami sudah tubuhkan jawatankuasa lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan pasukan SK bagi mendapatkan fakta latar belakang kes dan mendengar pandangan mereka
"Selepas selesai, laporan akan dihantar kepada pimpinan parti," kata Saifuddin selepas ditanya wartawan mengenai saman Azmin dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.
Saifuddin berkata jawatankuasa tersebut akan dikendalikan oleh Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan bertanggunjawab memberi saranan kepada pimpinan pusat.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Suara Keadilan diarahkan PKR memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel kolumnis, Hishamuddin Rais bertajuk “Khalid dan Azmin” kerana dikatakan memfitnah Azmin.
"Seorang pemimpin PKR tidak berapa senang dengan tulisan artikel tersebut kerana dikatakan mengkritik kepimpinan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali secara keterlaluan, tambahan pula ia disiarkan di akhbar rasmi parti sendiri. Kerana itu mereka meminta penjelasan bagaimana artikel itu dilepas untuk disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
"Tidak ada penarikan, saya tidak dengar mengenai itu. Suara Keadilan hanya diminta beri penjelasan dan ia disampaikan melalui komunikasi tertentu, tiada surat atau apapun," katanya.
Artikel "Khalid dan Azmin" ditulis Hishamuddin dan disiarkan dalam ruangan kolumnis Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu, dan turut disiarkan di portal berita Malaysiakini.
Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.
"Mungkin PAS dan DAP juga menyedari serta terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan 'lanun Melayu' ke dalam badan politik PKR," tulis artikel tersebut. – 26 Februari, 2014.

ha ha ha,, nanti lepas ni nak kempen untuk pemilihan parti nak guna akhbar mana ?... Utusan Malaysia?..


Apasal saman akhbar parti aja,,samanlah dengan parti PKR sekali, ...... macam kumpulan 11 ahli umno saman umno tahun 1987 yang lalu,, baru errmmmh.... 

He he he ,, tu pun duk perasan nak jadi MB Selangor.... hadui.. Macai-macai apa macam,,, setujuka saman....

20 comments:

  1. Bro, bila nak lancarkan tabung derma kilat utk TGHA? Tak sabar sabar aku nak tolong derma ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dia kehebatan PAS...apa saja mesti TABUNG TABUNG TABUNG...nak bayar saman kesalahan dan kebodohan diri sendiripon mintak sedekah gak...kahkahkah

      Delete
    2. baek kalo PKR jugak lancarkn derma nk prepare kos bila Suara Keadilan kena saman dngan ahli nya sendiri.. ini la PKR punya olang... jadik MP & ADUN lompat ke sana sinun.. jadik timbalan Presiden pi saman menyaman.. adakan itu namanya nyaman & segar..? ha ha ha... ops lupa.. kn ade ahli nya yg akan terima durian runtuh 2 juta drpd Presiden Pas... mcm2 la Pakatan Rakyat nih..

      Delete
    3. kalau lancar tabung pun apa lu susah, kalu nak bagi bagi aje, kalu tak nak bagi lu punya pasallah, tapi bagaimana pulak duit pusat zakat dikeluarkan oleh menteri agama (agama apa ye,,?) untuk bayar guaman?

      Delete
    4. skrang ni nmpak nyer dh jadik musim Pas saman... lpas Presiden yg ni pulak...
      http://www.sinarharian.com.my/semasa/mb-terengganu-menang-saman-fitnah-wakil-rakyat-pas-1.255698
      jauhi fitnah,, agar prjuangan Pas dberkati Allah.. semoga kemenangan tidak smakin jauh drpd kita...

      Delete
  2. x pe...nanti bayar guna saman TGHH 2 juta tu...

    x nak timbul isu setiakawna ke MM??? kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Tak payah cakap banyak.sudah tiba masanya PAS menilai semula kedudokannya dalam PR.
    Dap dan PKR tak pernah pun menghormati PAS.Dah tiba masanya juga,PAS mengguna kuasa politik untok menuntut kerusi MB selangor.biar lah dapat bertahan satu penggal. Sekurang kurang dapat dijawab diakhirat nanti. Bila ditanya apa kamu buat di selangor?nak jawab tiada kuasa?kenapa tak ambil kuasa itu sedangkan kamu behak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. usah nak jadi batu api...diakhirat nanti bila ditanya napa nak selangor padahal 3 negeri dah Allah bagi percuma? kenapa boleh terlepas? apa PAS nak jawab? usah salahkan umno...salahkan diri sendiri...sampai nak buat highway pon nak mintak sedekah...kahkahkah

      Delete
    2. Dgn 16 kerusi dah boleh jadi MB ke.....dah pegi sekolah belajar lagi sampai pandai.

      Delete
  4. Langkah pertama,tumbangkan anwar di kajang.anwar adalah liabiliti kepada pas.let us go back,to erra, PAS vs UMNO. PKR selama ni buat onar saja. Silap sikit lompat parti.
    Jadi pembangkan lebih mulia daripada jadi kerajaan yang gagal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa PAS solo...x pernah dapat tawan mana2 negeri pon...tgk balik trek rekod...masa kawan dgn PR...PAS dapat tawan 2 negeri...kedah dan perak...kalo bukan disebabkan DSAI bertimbang rasa...x merasa pon PAS dapat perak...kahkahkah

      Delete
    2. kah.kah.kah.adun dari maner yer lompat parti,pkr ker..siap cakap burit yg dapat tu sedekah.kah.kah.kah.umno tetap umno.parti mana pergi pun tetap umno.kah.kah.kah.lompat pkr jgn tak lompat.

      Delete
    3. Jadi pembangkang yang hanya menghabiskan beras dan makan gaji buta wat mende weh!!!! Baru menang 16 kerusi (tu pun sebab melayu dan cina tak suka umno dan imej yang di bentuk semula dengan bantuan PKR) dan berangan dan lagak. Dapat kedah dan terengganu ...sekejap kemudian buat taik bagi kat umno pulak...pergh.... memang tak bleh belah lah dengan lagak segelintir pemimpin dan ahli pas yang macam baekkk je!

      Delete
    4. https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/t1/1794818_717858098258238_1712034506_n.jpg

      Delete
  5. kan dah cakap.kau ni memang jenis yang suka mencari isu yang membolihkan keretakan dalam pakatan.cubalah cari perkara yang bolih mendamaikan suasana .kalau kes dalam PKR lagilah kau suka timbulkan.dulu isu kajang.ini pulak isu PKR.mengapa gambar lama kau siarkan.apa niat kau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi PAS yg dicintai...TGHH menfitnah pon sanggup dipertahankan MM...ni baru betul PAS bertopengkan Islam berbulukan hudud...kahkahkah

      Delete
  6. Ini bukan sosl cari isu. Ini adalah chain-reaction bila PAS dilihat terlalu bergantung kepada PKR. Hinggakan PAs telah dijangkiti sindrom lawan taukey.
    Kes saman presiden PAS bukan kes kecil.ini soal maruah PAS. Anwar dilihat gagal menyelesai isu ini.
    Kepada jemaah PAS .bersedialah untok membatu TGHA .antara langkah. Tak perlu PAS keluar belanja kat kajang. Kalau satu kawasan.simpan wang diuntokkan untok kajang,sudah cukop untok bayar saman itu.
    Lagi pun,PKR kan hebat. Ingat apa kata zuraida dalam isu KERUSI MB SELANGOR?
    Malulah sikit orang PAS.
    TUNJOKKAN BAHAWA KITA PELAHAP KEPADA JAWAtAN PM,kalau terpaksa gadai maruah.

    ReplyDelete
  7. Helo bro,tak baca ke apa yang JUHAM jelaskan atau tak faham.kita tak perlu pun kumpul dana nak bayar saman.Tuan punya diri dan penasihat sekeliling yang patut tahu mengatasi masalah yang telah ditimbulkan.Jangan jadi bodoh dan sombong diri.padah nantinya.

    ReplyDelete
  8. Baik umno ke..pkr ke...pas ke...semuanya mcm taik....kapitalis....baik kita naikkan sosialis atau komunis...takbirrrrr

    ReplyDelete
  9. This article will help the internet viewers for building up new web site or even a weblog
    from start to end.

    Feel free to surf to my web site email kohls

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari