boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, February 21, 2014

Kelentong Menteri umno lengah-lengahkan dengan janji..

Besok 22.2.2014,, satu perhimpunan guru-guru yang tak puas hati dengan Sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)...




Seorang dari menteri pendidikan  dah mula kalut.... gelabah, malu satu dunia bila guru-guru berhimpun tak puas hati,, jadi cuba nak kelentong guru-guru..


NEGARA


PBS baharu ringankan beban guru




IDRIS (kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada majlis siri wacana di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan Awang Sariyan (tengah).

KUALA LUMPUR - Sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bentuk baharu setelah melalui proses penambahbaikan akan meringankan beban dan tugas guru di sekolah, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.
Katanya, sistem itu sedang melalui proses kajian dan penambahbaikan yang dijangka selesai antara dua hingga tiga minggu lagi sebelum dapat dilaksanakan semula.
"Merujuk kepada respons yang kita terima, banyak yang menyatakan bahawa ia membebankan tugas guru selain ada isu-isu tentang teknologi maklumat.
"Semua perkara ini sedang dilihat secara menyeluruh dan kajian yang dilakukan mengambil kira pendapat dan pandangan semua pihak," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Siri Wacana Fikrah Ummah: Ulul Albab Dalam Pembangunan Pendidikan Negara di sini semalam.

nasib guru-guru ler,, beban kerja terpaksa bawa balik buat kat rumah, satu dari beban kerja tambahan, tanpa elaun atau peruntukkan,, terpaksa beli komputer atau laptop, terpaksa melanggan broadband atau streamx,, 
Bila nak buat kerja,, nak masuk ke sistem yang dicanangkan tu, kekadang dari magrib sampai ke subuh belum tentu dapat,, alih-alih nak suruh buat kerja... 
Guna pula sistem ie (internet expolore),, sistem yang orang dah tak pakai... 

jadi aku nak cadangkan kepada menteri berkenaan,, kalau nak tambah penambah baik,,, nak suruh guru-guru tu buat kerja,, bagilah peruntukkan komputer, brodband, Ok lah juga,, dah la buat kerja tambahan kat rumah secara percuma..


yang hairan tu, kat murid-murid boleh pula bagi komputer 1malaysia,, apa yang pelajar tu guna entah lah... kat guru beli sendiri?... sedangkan guru nak ajar murid?.. ada akai menteri..



9 comments:

  1. ayuh cikgu2 kita himpun dulu pastu kita tengok apa nak jadi. Dok harap janji menteri mangkuk jangan harap laaa....

    ReplyDelete
  2. guru yg sokong umno buat apa nak mengeluh? bersyukur aja lah dgn beban yg ada...PRU akan dtg pangkah lagi umno...sebab dekat2 PRU tu juga la "beban"kome akan dikurangkan SERTA MERTA...ni semua TEKTIK tarik tarik tali aje...4 tahun diseksa umno...1 tahun diberi nikmat...tu je la setiap kali lepas PRU...

    utk umno terbalik pulak...4 tahun umno berenjoi katak...1 tahun je bertipu muslihat...kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. umNo penuh dgn janji2 manis... dari dulu ...kini... dan selamanya. Kita bole klentong orang sekali dua je... lebih pd tu org tngok kita semacam la. Ni dah puluh tahun umNo dok jaja sana sini. Sistem pendidikan bukan dok makin ke depan... aleh2 lagi pening ada le. Kesian cikgu...!!

      Delete
  3. Sekarang mengajar pakai white board, marker white board beli sendiri, pelajar nak tulis kat depan pun kena bawa sendiri. menteri tahu ke.

    Semua laporan kena bawa balik rumah. Komputer sendiri, broadband sendiri
    Menteri tahu ke

    Rancangan mengajar kena buat tiapx hari untuk tiapx waktu - kena taip, kena print dan kena simpan. Print kertas tak ade kat sekolah - beli sendiri
    Menteri tahu ke

    Pelajar tak buat kerja sekolah - nak marah tak boleh nanti makbapa lapor polis
    pelajar tak buat kerja sekolah, tu cikgu kena marah dan amaran dpd kementerian -
    Menteri tahu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. woit...kat sekola aku cikgu pakai duit panitia beli marker... beli kertas A4.. printer... kira nya x perlu pakai duit poket sndiri pn..

      Delete
  4. buat kerja bodo penggubal dasar di m'sia, mungkin mentri pun ikut sebijik apa yg konsultan dan peg2 kerajaan yg jadi ketua tu kata, sbb apa? sebab mntri pun bodo tak tau buruk dgn baik, tak ada fikiran kritikal dan analitikal, tak ada otak inovatif, semua go by the book atau main ikut ja. apa yg org putih konsultan luar kata semua pecaya.

    org luar dr negara maju, ok lah nak guna serba serbi key-in sbbnya mereka negara maju peruntukan besar, internet lagu, rapid server, infrastucture canggih, ni di m'sia, hospital pun tak cukup ratio dr dgn pesakit tersgtlah besar, org nak pi hospital baratur sepanjang hari baru dpt perkhidmatan (kesian rakyat marhaen). dr segi lain2 pun m'sia ni ketingggalan tak yah nak mengaku malaysia maju, jgn perasan.

    di negara maju sesuatu dasar mcm yg melibatkan kebajikan rakyat sebelum diubah akan diuji betul2, suara rakyat diambil kira dibincang, dibahas dan diforumkan sehingga matang, baik buruk akan diambilkira dan mereka jujur dgn rakyat sendiri dan manfaat kpd rakyat diutamakan. di m'sia, ikut kepala mentri sekali tukar sekali berubah, tah yah cakaplah duit rakyat yg dibelanja, lagi byk kali ubah lagi suka sbbnya kroni dpt bhg. dulu pun TKT dah bagi laptop utk cikgu english sains dan math. tah berapa byk peruntukan habis cm tu saja. last2 PPSMI mansuh. habuk pun tarak. kalu duit poket sendiri lantaklah ni duit kau jugak. gerammmmm

    ada dengar harga beras dunia dah jatuh murah tapi k'jaan amno x mau turun harga sbb nak bela kroni sy mokhtar tu, nak bagi sy mokhtar tu kaya sorang nnti senang lah mintak duit masuk tabung amno.

    tupun jgn makcik felda dgn makcik ulu banat mesti pangkah dacing punya tiap kali p/raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro ppsm yg mansuh tu desakan dari beruk mana ya...klu hrga beras tempatan pun turun sapa yg paling merana...htga getah dunia turun pun yg salah kerajaan...

      Delete
    2. cantek ko punya hujah 617.lunyai otak hang.harga getah dunia jatuh ko bandingkan dgn harga padi/beras.bila bebal pengetahuan maka begitu lah cara hujah hang.harga padi dibeli dari pesawah rendah dan harga beras dipasaran agak tinggi.harga ikan dibeli dari nelayan adalah RM3.00 tapi dipasar harga ikan tersebut menjadi RM 12.00.itu fakta nya.

      Delete
  5. Apa nak disusahkan, minta shj pihak Kementerian Pelajaran wujudkan satu syarikat untuk diupah mengisi maklumat dan data2 tu. Boleh juga kroni yg masih belum ada projek, dilantik. Kita rakyat kenalah tanggung bersama segala kos, demi mengkayakan kroni itu.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari