Aku minta hang perati apa cerita hari ini...
Dalam utusan keluar cerita ni...
ARKIB : 06/02/2014
PKR desak Khalid berundur
SHAH ALAM 5 Feb. - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menerima tekanan politik apabila hari ini, seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan kepimpinan parti itu di peringkat pusat dan negeri sudah memutuskan Menteri Besar Selangor itu perlu berundur daripada jawatan berkenaan.
Sambil menyifatkan Abdul Khalid melakukan banyak 'perkara-perkara mengarut' ketika mentadbir Selangor, Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, parti itu sudah membuat ketetapan Abdul Khalid harus digantikan dengan pemimpin lain.
"Terpulang kepada pimpinan PKR pusat untuk melantik mana-mana pemimpin sebagai Menteri Besar baharu, yang penting tukar (Menteri Besar) sebab sudah banyak perkara-perkara yang mengarut (dalam pentadbiran negeri)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung pemecatan 23 kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pejabat Perhubungan Perusahaan Selangor di sini hari ini.
Kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar mula diperkatakan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini.
Langkah itu dianggap perancangan kepemimpinan PKR melantik Anwar menggantikan Abdul Khalid jika beliau memenangi kerusi DUN tersebut.
Abdullah Sani berkata, walaupun sekutu PKR terutamanya Pas menolak perbincangan mengenai kedudukan Abdul Khalid, namun ia tidak akan menggugat pendirian PKR.
"Abdul Khalid dilihat telah membuat banyak kesilapan dan kerosakan kepada pentadbiran di negeri ini. Beliau sepatutnya letak jawatan. Masalah yang berlaku di Selangor pada hari ini (termasuk isu pemberhentian kakitangan kontrak PKNS) adalah bukti bertapa janggal kepemimpinan beliau sebagai Menteri Besar.
"Beliau telah buat banyak kesilapan yang tidak sepatutnya. Saya setuju perlu ada pertukaran Menteri Besar dengan segera," katanya.
Ho ho ho,, ramai yang kata berita dari Utusan macai umno, tak boleh percaya... Percaya ke tak percaya kenyataannya kenapa nak berebut jawatan MB tu,,,serupa dengan umno juga... kalau macam ni...
Apa cerita berita dari sini....
Semenjak dari awal aku tak setuju kenapa.... ???..
Cuba lihat carta dibawah ni...
Apakah dalam berpolitik cakap berbelit-belit,, itu yang aku paling meluat...
MM jangan marah marah pagi jumaat ni. Tenangkan diri. Dah jadi lumrah politik kat malaysia cam tu.
ReplyDeleteLebih baik siapkan diri pi solat jumaat. Cari pahala. Jangan cari dosa.
SEJAK BILA PULAK KAMU PERCAYA SURAT2 KHABOR NI 100% NI...LAIN MACAM PULAK KAMU NI SEKARANG YA...
ReplyDeletesejak masuk kelab pemuda PAS.kepala jadi bingung dan terus jadi bangang.sila tukar dari Manjung Mari kepada manjung Mali
DeleteEh MM.rupanya tak cerdik membaca teknik berpolitik.saya agakkan MM pintar membaca helah polotik .Kesimpulannya MM buta teknik politik.yang tak cerdik langsung ialah Juragan 69
ReplyDeleteBhai...jika lu terlalu cerdik dlm politik pun tak mnjd penawar kpd politik melayu dan jika aku tak cerdik pun maka bkn mnjd racun pun...dan aku hrp dgn 'kecerdikkn'lu dlm mmbaca segala helah dan teknik politik maka gunakn lh sebaik mnkin kelebihan yg Allah pinjamkn pada lu...
DeletePada aku...apa yg aku andaikn sikap mm ialah beliau menyatakn apa sbnr yg ahli pas totok rasakn trhdap anwar...mereka tidak begitu menolak pkr secara nyata atas dasar hormati keputusan pimpinan dlm pr...
Anwar bknlh pimpinan yg begitu didambakn oleh ahli pas...mereka masih terkesan dgn sikap anwar semasa didlm umno trhdp pas...dan kreditbiliti anwar yg tercalar dgn kes liwat bknlh sesuatu yg baru kpd ahli pas slps anwar dipecat dari umno ttp semua org yg aktif dlm politik tahu siapa anwar yg sebenar...
bab ini aku setuju sangat dgn juragan
Deleteapakah perkara yang membolihkan kamu membezakan kebaikan dan keburukan antara anwar denagn najib.dan seperti juga MM .jangan menmbah fitnah.sebab dosa dengan manusia lebih susah untuk memohon ampun.berhentilah menabur fitah wahai manusia bernama juragan 69.begitu juga dengan MM
DeleteMM,
DeleteAku sgt sgt dan sgt2 setuju ko tibai pemimpin2 kaw kaw
Yg penting bagi sume lapisan rkyat adalah RASA, RASA yg dpt meRASA..
Rkyat yg waras dpt meRASA adakah 'helah/trick' politikus tu ada berNIAT baik/jahat?
krn,,,,
politikus tetap politikus mrk WAJIB memiliki 'trick' utk brperang dan brjuang!
sbg contoh isu komunis Damnsara adakah trick 'suci' utk rkyat atau utk umno?
isu pil kuda siap masuk TV3 dan tindih kerusi ini nak tolong rkyat ke umno?
Aku perhatikan, Khalid jd MB dan masuk PKR dulu pon atas dokongan Anwar..
Dan team Khalid Rafizi dan Anwar nih aku RASA ada semangat nak tolong rkyat
Sekurang2 nyer aku dan ramai lg meRASA air "FREE" tinggal kat negeri Selangor \\
Dan aku ada RASA dan meRASA sedikit keyakinan seandainya team Rafizi Khalid dan Anwar dpt ke Putra Jaya bnyk bebanan hidup sprt PTPTN TOL2 akan free trmsuk minyak kreta dan letrik dpt diturunkan,,,
Tak tau la pulak klu MM tak peka..dan tak dpt RASA dan "meRASA"kan nya???
Mungkin ramai yg dah perasan, bhw ddlm PAS sgt terang ada puak yg suka bagi peluru hidup kpd umno, dan mrk ini lebih suka umno berkuasa supaya rkyat SUSAH!
DeleteMrk tak senang Anwar jd PM atau MB krn mrk ini suka umno berkuasa pd hakikatnya!
mrk dah serah tngganu kat umno
mrk dah serah kedah kat umno
skrg mrk nak serah kelantan
Apa yg PAS boleh tolong rkyat klu sume negeri dah serah kpd umno
MM,
Cara yg paling mudah sekali nak tolong umno hentam lah Anuar kaw kaw!
Inilah yg PAS buat dgn br UG dbwh pimpinan Hadi,,yg brlawanan dgn Nik Aziz yg sentiasa membela nasib rkyat brsama2 Anuar!
kalau betul PAS bersiap ambil alih jawatan MB Selangor, jgn jadi bacul atau org suruhan pkr. Islam bukan mengajar umatnya menjadi dayus selama-lamanya, dah banyak kali bertolak ansur
ReplyDeletebai MM, kalau tak suka dan tak nak sokong PRK Kajang, takpe. Tak nak tolong langsung pun takpe sebab masih ramai yng nak membantu PKR lawan BN di kajang tu.
ReplyDeleteCuma kalau tak nak bantu/tolong kempen utk PKR, bai MM jgn laa nak jadi batu api. Tugas kami nak lawan dan tumbangkan BN, kalau taknak tolong pun takpe, takde hal.
Mm ni betui bendul... payah nak kata pa dah...
ReplyDeleteHa..ha..ha...
ReplyDeleteSaya pulak sangat setuju dgn cara MM mengutarakan kemelut ini. Dalam Islam, berpolitik cara Anwar boleh dikategorikan sebagai MUNAFIK! Bukan masalah surat khabar yang menerbitkan kenyataan Anwar tersebut, tapi itulah hakikatnya dan anda boleh menyaksikan kenyataan itu di YOUTUBE! Yang paling penting, siapa salah kita sanggah, siapa benar kita sokong!
Kalau pun nak jadi pembangkang, biarlah pembangkang yang bermaruah, ada jatidiri dan bukan jadi pak sanggup@tolol memanjang! Cuba tengok Harun Din, Nasaruddin Tantawai, NIk Abduh (Pemimpin2 PKR jgn haraplah!) dsb... Begitulah sikap pemimpin yangkita perlukan! BERANI KERANA BENAR!
Saya harap. PAS suatu masa nanti keluarlah dari PR! PAS tanpa PR lebih teratur, bersih dan berani!
aku setuju Pas keluar dari pakatan semoga bolih bergabung dengan Umno dan dapat mentadbir negeri Selangor.dan jangan tunggu suatu masa,bertindaklah sekarang.Buang je pemimpin Pas yang bukan dari golongan ulamak. Ambil semula Hasan Ali.Nasatuddin Mat isa.Pas akan bertambah kuat
Deletejngan mimpi la Pas nk klua dr Pakatan wahai Omno bodoh.. Selangor musti dipertahankan oleh Pakatan dngan kerjasama antara Pas & parti lain.. jngan bagi peluang pd Umno BN nk ambik balik Selangor.. krisis ni x akan memecah belahkan Pakatan.. malah Pakatan akan jd lebih kuat...
DeleteTak mustahil. Dulu pas kutuk dap kata parti yang dah nak mampus. Parti dainasour.
DeleteLepas tu karpal kutuk pulak kata pas parti fossil. Yang dah mampus.
Dulu karpal kutuk nuar. Kata nuar harus bertaubat. Dan macam macam lagi.
Sekarang bolwh peluk pulak. Makan sama.
inilah reality politik.
Ha ha ha..sudah sudah lah tu MM..
ReplyDeletePAS pun sdg bermasalah di kelantan under MB baru..cuba tutup pekong atau hang tak mau ulas..
Islam tu adil.kalau nak ulas dlm blog.sama rata.cuba ulas isu Ahmad Yaakob dgn Nik Amar yg bermslh pulak.
atau PAS memang gila kuasa
Anoy jam 2.52..
ReplyDeletePAS blh keluar PR dgn syarat MP/ADUN PAS yg menang di bandar@kawasan komposisi penduduk pelbagai bangsa letak jawatan.krn mrk dpt undi dari org DAP dan PKR juga.cthnya Nashruddin Tantawi di Temerloh.
Jangan jadi munafik dan bahalol dgn topik keluar PR.
Selepas berpuluh thn PAS wujud, PAS hanya berjaya slps bergabung dlm barisan alternatif dan PR.
Sudah sudah la takabur riak dgn berfikir PAS tu hebat sngt.PHUIIIIII
Kalau rasa Nasharuddin Tantawi anak jantan sila letak jawatan sekarang.dan mana mana pemimpin Pas yang menang di kawasan pelbagai bangsa.kita nak tengok kekuatan Pas.
DeleteTenang ajer MM, aku nih org lama dlm PAS. Cuba tanya org2 lama dlm PAS... sebijik mcm apa yg ko kata!
ReplyDeleteKpd mat2 PKR suma... cuba ko suruh Anwar ckp nih... "DEMI ALLAH, SAYA TAK PERNAH MELIWAT!", 6 patah perkataan jak..... Itu pun kalu dia berani!
Pada aku dan rakan2 totok PAS aku sekelian, tanpa PAS, PKR nih boleh ambik upah jual VCD lucah jer!
Bhai 03.09...aku setuju dgn pndapat lu...pada aku pas ada kekuatan sndiri jika nk dibandingkn dgn pkr...tanpa dap maka pkr takda beza dgn S46...
Deleteanom, 3.49pm
DeleteGambor video hd warna dan suara 'clear' ghoyak gganu Stopa ali yg jauh lebih dahsyat drp video kelabu hitam putih anwar yg langsung takde suara tu.....Hadi dan Harun Din buat2 buta aje ker atau ini double standard atau munafik tahap gaban!?
MM, wajib sama2 renong dan fikir dlm2 demi menegak mncari kbnran dan keadilan!
geng geng pak lebai kopiah longgaq, rasa & perasan bagus. dalam hati penuh dengki kesumat. musuh puji sikit terus jalan mendabik dada. Patutlah sampai sekarang tak tera mana pun. Syok je lebih. dah jadi yb nak cegah kemungkaran pun susah. pi la demo depan rtm & tv3 hari hari, jgn bagi siar rancangan rancangan mungkar.Tak rasa hipokrit ke dah jadi mp, dakwah entah ke mana. memang cari makan atas nama agama. INGAT MATLAMAT BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN ISLAM, bukan untuk kemenangan semata-mata. Tegakkan islam pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jangan diikutkan hasad dengki, jangan dilonggarkan ikatan yg kuat, kelak terlerai semuanya, jangan direnggangkan benda yg rapat, takut terpisah kelak. kalau tak suka anwar, tonjolkan pemimpin pilihan anda. Sebarkan bau wanginya. Janganlah berbusuk perut memperdajalkan beliau. Tak banyak beza MM dengan gerombolan musuh. Tak tahulah pulak kalau kalau dah masuk gerombolan....
ReplyDeletePAS makin takabur dgn kuasa yg sedikit berdasarkan komen dari ahli PAS diatas.
ReplyDeletedakwah tak cukup lg ni...atau hanya guna agama utk kuasa?
bubarkan PR.. Pas PKR dan DAP berjaya menjadi pembangkang buat selama2nya..UMNO walaupun taraf parti bukan Islam dan ahli Bumiputera dan Melayu dengan pemimpin kangkung boleh memerintah sampai kiamat...Hidop UMnO..hidop Melayu.. mampos PR! mampos peliwat...
ReplyDeleteSudah la MM....betui kata atas....tak suka Nuar cari tokoh lain, wangi-wangikan dan lambung2 dia kot ramai boleh terima dia jd ketua Malaysia. Tau dalam hati masih membuak-buak harap PAS jadi MB selangor. Realistik la MM. Mau ka DAP bagi laluan kalu ada wakil Melayu PKR. Kot nanti asyik undi tak percaya berlaku kat dewan walau sultan mau gak yb dari PAS jd MB. Kalu PAS selangor gabung dgn UMENU pun tak cukup korum lg bro. Dari dok sebak hal Kajang dan MB selangor baek hang layan perangai MB Kelantan ke, anak tantawi ke, din ayam ke DLL. sudah la bro. Bagi kedah dan Terengganu semusim jer DAH TUMBANG lagi BARAI....lepaih tu dok kerling pos MB selangor atas alasan lebih satu. Din ayam lebih tahu hal ni di DUN Kuta Damansara. Lg sekali cari la satu tokoh yg ko bulih wangi-wangikan jadi ketua sampai Anwar tediam tinguk kehibatan leader yg ko war-war kan. Lg akhbar sinar sebagai rujukan.
ReplyDeleteby Utuh Tapehherot
Berlumba lumba nak majukan negeri x jadi hal MM...nabi pon suruh kita mengejar kebajikan...semua tokoh PKR LAYAK jadi MB...tapi tokoh PAS sapa???
ReplyDeleteTGHH...lingkop...Nizar...lingkop....Azizan...lingkop...BM kelantan yg baru ni...insyallah lingkop juga...aku akan doa kan insyallah...lepas TGNA meninggal...dah x ada apa apa dah bagi PAS...terkuburnya PAS bersama TGNA insyallah...kahkahkah
jom MM join umno...PAS mmg kuda tunggangan PKR dan DAP sampai kiamat...
ReplyDeletetidak ada parti yg aku sembah selain umno dan najib razak adalah pesuruh umno....cukup bulan leh sama2 dgn papagomo main vcd blue fitnah DSAI...kaya MM kite KAYA...kahkahkah
Mm..hang patut publishkan pasal pas kelantan PANGKAH Yb Husam musa..habis semua orang2 dia kena pangkah ini cerita anwar ibrahim je mm nie dah jd mcm mahathir lak..kami nie nak tau gak cerita husam musa kena pangkah nie..sebab kalau kita perintah slps kita menang pru 13 haritu
ReplyDeletehusam musa nie bakal jd tpm malaysia..din ayam nie selaku pengarah strategi pas hebat jugak memangkah dah menyilang nie tentu ade jawapannya kan..
Sekarang baru kita tau..puak UG masih ramai dlm PAS....JIKA TGNA dah takda.....mmg PAS akan lingkup dibawah TGHA....ni kepala UG....maaf ckp la.....mmg nampak jelas sgt2.....MM ni mungkin dah terdesak utk buat propa bg pihak UG.....
ReplyDeletepakcik mm..teruskan tulis entri pasal anwar ibrahim 'munafik' kah kah..kah..sekadar flashback, pas telah dan pernah mendominasi negeri kelantan, terengganu, perak, kedah dengan kedudukan yg solid untuk diberi mandat menjadi MB (negeri pakcik mm kerajaan campuran sebelum rampasan kuasa puak melayu campuran) melalui pru penggal2 yang lps atas sifat permuafakatan barisan alternatif/pakatan rakyat. 2014..apa yg tinggal?impian putrajaya tersentot tp gabungan pr masih utuh dan prestasi bertambah baik. kita x salahkan pas semata2 oleh sbb semua negeri domino pas kecuali kelantan tersungkur, depa dh bt post mortem dan atas sbb itu gabungan parti pembangkang terus bekerja keras menyaingi kerajaan ubn untuk melawan dasar kerajaan yg tidak menyebelahi rakyat termasuk pakcik mm. tepuk kepala tanya selera..kah kah kah
ReplyDelete