boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, February 7, 2014

PRK Kajang - Hero sebenar terserlah apabila mendapat laporan Berita TV ..

Berita TV jam 7 NTV7, kemudian berita jam 8 mlm TV9, itu yang sempat aku tengok, berita yang seolah-olah simpati serta sokongan dengan mamat yang juga hero sebenar dalam PRK Kajang...


12:59PM - 7 Feb 2014

Azmin gesa Khalid henti hukum pesaing politik



Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar berhenti menyalahgunakan jentera kerajaan negeri menghukum pesaing politiknya.

Merujuk kepada pemecatan lebih 20 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azmin menegaskan tindakan tersebut "amat tidak bertanggungjawab" dan keputusannya mesti disemak semula.

"Saya menyeru pihak yang mempunyai kuasa dengan segera membatalkan surat pemecatan dan meminta maaf kepada rakyat Selangor bagi apa-apa tindakan yang tidak bertimbang rasa dan menindas

"Demi kepentingan keadilan dan tadbir urus yang baik, Abdul Khalid mesti berhenti menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap pesaing politiknya dilihat," katanya dalam satu kenyataan.

Azmin, yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Selangor, ditamatkan kontrak sebagai ahli lembaga pengarah PKNS bulan lalu dan ia dilihat sebagai pergeseran terbuka antara Khalid dan beliau

[Baca berita penuh]

Ni apa cerita sebenar ni,,, kata nak PRK Kajang,, dalam duk Kajang Pak Malau,,, boleh duk bergaduh lagi,, cukuplah PRK Hulu Kelang dulu,, Zaid Ibrahim jadi mangsa.... 

Tapi yang bestnya ini jawapan dari bakal calon Kajang... Klik Sini aku malas nak copy lagi,, menyampah plus meluat,, meluat sungguh dengan gaya stail macam juga stail umno... 
Dah berapa dah isu-isu lm PKR yaang melibatkan mamat ni,, tapi apa tindakan?... Dah berapa ramai pimpinan kanan PKR yang tarik diri disebabkan mamat ni,,, dan aku tak terkejut kalau nanti Presiden PKR sendiri Datin Dr Seri Wan Azizah serta anaknya Naib Presiden Nurul Izah akan mengundur diri...

Sesiapa yang komen marah, kutuk aku silakan,, itu hak hangpa,, tapi aku tak mau jadi bodo macam hangpa,,, sokong tak bertempat,,, 




20 comments:

  1. Hidup TS Khalid, TS MB berjiwa rakyat, kami rakyat Selangor akan bersama TS. Get lost to yg gila kuasa yg masih ada terselit budaya Umno.

    ReplyDelete
  2. Aku pun tak mau jadi bodoh mcm hang...sokong PAS tak bertempat

    ReplyDelete
  3. Undur Khalid kedekut.... ingt duit yg lu kumpul tu lu punya duit ka. Kami kt keramat dah puas menderita dgn jln berlopak lopak, sampah tak di angkut dan tak ada langsung project pembangunan. Lu simpan la duit tu tpi ingat klu PR kalah next PRU sapa yg akan perabis kan duit lu tu.. hoiiii Khalid turun la kebawah dengar sikit rintihan rakyat...

    ReplyDelete
  4. TAK BEST. Lagi best cerita hal (1)MB Kelantan yg dok pangkah orang dan memalapkan Kelantan atau MB bekawan Daim (2) Cerita MB PAS bungkus di Terengganu, Bungkus Di Kedah dan Perak-Semusim jer. (3) Cerita Husam Kena bentes politik (4) Din Ayam kaco PRU kat Bukit Damansara (5) Atau Nasarudin yg lebih sudu & seronok mikropon @ sidang akhbar. Saya sokong blogger MSO

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR bungkus kat Sabah, ko tak nak masukkan ker?

      Cerita bos ko yang ke serata dunia memalukkan negara demi kepentingan politik beliau, ko tak ambil kira ker?

      Cerita bos besar ko yang kena halau dari Jepun.....


      Cerita Norol Izah anak kesayangan bos ko dgn pensyarah....


      Cerita-cerita MB PKR saing ramai2 ngan pemakan babi kafir harbi DAP tu amacam?


      Dan sejarah-sejarah benar keluar PKR beramai-beramai oleh golongan professional dsb... amacam?

      Belum masuk cerita2 umat2 PKR yang kaki ... tuttt!

      Delete
  5. apa kata kita pakat2 kempen kt kajang supaya umno meletakkan calonnya ganti mca....baru syok nk bersilat haha

    ReplyDelete
  6. Hang mcm ni la...semua orang salah. PAS salah. PKR salah. Hang jer lah jadi menteri.

    ReplyDelete
  7. Bagus... hangpa dah pelingkup selangor. Habis sama hangpa berselerak dok berebut duit gaji elaun tah apa2 lagi ganjaran.
    Kalau macam ni cara, bukan hampa nak buat kerja tapi hampa nak dok ligan(kejar) duit gaji rupanya...
    Sebebenarnya cina lagi cerdik dari hangpa.
    dia sanggup korban satu org jadi umpan utk hangpa bergaduh berebut calon dun. Dari situ melayu macam hangpa mula gaduh dan berpecah. Pkr jadi lemah secara tak langsung
    melemahkan pas.
    Dari sini ramailah melayu yg terkorban akibat dari pengorbanan seorang cina..... ada nampak ke..

    ReplyDelete
  8. Sekarang baru kami sedar bahawa MM sebenarnya memakai topeng.Tertipu kami semua

    ReplyDelete
  9. Azmin, Zuraidah serta kuncu-kuncunya MESTI ditendang keluar dari PKR.

    Mereka ni perosak PKR dan akhirnya PR

    ReplyDelete
  10. MM,,tentu tak leh lupa
    MM,,wajib jelas hakikat ini

    Azmin dpt liputan dr ntv7....Hadi Awang pula dgn pil kuda komunis dpt liputan gah tv3

    Org no.1 ddlm PAS dan org no.2 ddlm PKR inilah punca penyakit/MUNAFIQ yg terang nyata! Klu dah media totok umporno bagi MUKA bukan kah itu KHIANAT kpd rakyat?!

    Pernah kah Nik Aziz Mat Sabu Husam dan Rafizi mendapat liputan POSITIF drp TV umporno itu??

    MM.semoga rakyat mnjd 'DAH TERANG LAGI BERSULOH' sape kah yg sebenar2 nye mnjd MUSOH!?

    ReplyDelete
  11. Manjung mari..,
    Selangor sekarang sedang dikepong oleh Barisan Nasional dengan isu kalimah, bangsa, dan raja. Ditambah dengan isu semasa yang berkait dengan kerajaan negeri. Fokas mereka Selangor mesti ditawan.

    Dalam kerajaan negeri Selangor tiada siapa yang dapat menandingi kewibawaan Khalid dalam mengumpul dana untuk kerajaan negeri dan dalam masa yang sama tiada siapa yang mampu menangkis serangan politik ala samseng yang dilakukan pemimpin UMNO Baru yang diketuai oleh Noh Omar.

    Apabila Anwar mencelah dalam urusan Selangor kuncu-kuncu Noh Omar perlecehkan Anwar jangan menyibuk kerana beliau hanya penasihat ekonomi RM1.

    Tekanan demi tekanan yang dihalakan pasa Khalid Ibrahim membuatkan beliau keliru membuat keputusan dan melakukan kesilapan ketika membuat tindakan.

    Apa yang dilakukan oleh Azmin Ali adalah menegur kelemahan Khalid berpolitik kerana segala masaalah politik mesti diselesaikan dengan cara politik tapi tindakan beliau dipertikaikan oleh bekas setiausaha Khalid iaitu Faekah Husin kerana dilihatnya Azmin cuba mengambil alih jawatan MB.

    Disebabkan cara teguran Azmin tegas terhadap Khalid maka pemain media merumuskan bahawa Azmin dan Khalid bertelagah sesama sendiri kerana jawatan sedangkan mereka berkawan baik. Berita yang dipaparkan seperti diatas adalah permainan politik yang disebut sebagai "pukul anak sindir menantu".

    Serangan yang dilakukan oleh Barisan Nasional melalui pasukan elit nya berselindung dengan pelbagai nama melakukan kerja sabotaj dan penyamaran secara berterusan membuatkan Khalid menjadi lelah untuk bertahan. Jika dibiarkan Selangor akan jadi seperti Kedah.

    Pekara itu sudah diketahui oleh segelintir pemimpin tertinggi parti PAS, DAP, PKR. Dan mereka membuat serangan balas maka wujudnya pilihanraya kecil Kajang.

    Oleh kerana itu ketrampilan Anwar Ibrahim amat diperlukan dalam kerajaan negeri Selangor kerana kewibawaan beliau memang menakutkan pemimpin UMNO Baru dan beliau mampu menangkis segala serangan yang dilancar pihak BN.






    ReplyDelete
    Replies
    1. Selangor hanya bole dtawan Umno BN sekiranya mndapat majoriti mudah dlm DUN Selangor.. buat la apa cara skalipun kepong sana sini.. guna isu mcm2.. Selangor tetap di bwh Pakatan.. Umno bole buat wayang saja.. meleleh ayor lior la.. yg PKR pulak jngan la nk terikut ikut dngan mainan UMNO tu.. apa2 pn masalah antara individu dalaman PKR harus dselesaikan.. jngan lagi guna alasan mcm2 ntuk diadakan by election.. no more by election after this.. OK..

      Delete
    2. banyak fitnah berleluasa

      Delete
  12. Ini hari last aku baca MM. Sama sama bantu mencari penyelesaian, bukan begini caranya. Ko ingat dlm ubn ,apa? Lagi serabut, tapi masing2 ada habuan besar sebesar besarnya, marah,melenting,merah telinga,merajuk,hasad dengki,dendam semuanya boleh dijinakkan oleh 3Ta.(...ta, ...ta, ....ta). Rakyat biasa mana ada nampak?

    ReplyDelete
  13. manjung mari sememang nya DAH........

    ReplyDelete
  14. MM.....kami tak nak jadi bodoh macam nko sebenarnya, bukan nko tak nak jadi bodoh macam kami!!!!!! Kami tahu suara siapa yg nko nak promosikan. Silakan tuan MM. Lagi baik Nko join je lah Nasrudin Hasang .......Din Pemuda Cap Ayam dan Penyokong2 komplot UG cap ayam. Berapa banyak ayam lu mau untuk sembelih atas Poster PKR, DAP......gua boleh supply bro....jangan susah hati Bro. Lagi pun Sheikh Garam sedunia dah pun melawat MB Kelantan...aneh dia bawa gula kali ni.

    ReplyDelete
  15. saper saper kacau TSKI,aku tampor.tampor la nie bukan ancaman.nak rase penampor peghak kome usik ler TSKI.meh kite pakat ramei ramei penampor menteri umno.tak salah wei.

    ReplyDelete
  16. PENING PENING BACA KOMEN2 SEMUA...DAH TAK BOLEH NAK FAHAM APA PULAK SELEPAS INI YE?...

    ReplyDelete
  17. PKR pelingkup selangor...
    Azmin dan burid dah pelingkop pkr
    khalid tendang keluar azmin..
    anuar ambil kesempatan ambil semua jawatan penting di selangor..
    Inilah sebenarnya cerita pkr di selangor..
    Macam cerita bangau oh bangau mengapa engkau kurus... macamana aku tak kurus ikan tak mau timbul....
    Ceritanya yg satu menyalahkam yg lain...
    akhirnya cerita ini jadi ular yg kenyang
    Dlm pkr siapa yg kenyang.... sila jawab..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari