Salam Sejahtera...
lakonan ia menoreh getah sewaktu PRK di Manek Urai telah dipersoalkan.
Salam Sejahtera...
lakonan ia menoreh getah sewaktu PRK di Manek Urai telah dipersoalkan.

Salam Sejahtera...
Salam Sejahtera...
"kerana kawasan itu merupakan kawasan tradisi BN dan sudah tiba masanya ia dikembalikan semula kepada BN.
“Tempoh pinjaman sudah tamat...cukuplah kawasan ini di bawah pembangkang,”. Seterusnya DI SINI.
Oii Kepala hotak hang.... dah genap setahun jadi PM pun tak tau yang mana satu kerajaan yang mana satu pembangkang kat negeri Selangor.,,, masih lagi dok mengingau di siang hari.
Apa pun buat Kerajaan PR Selangor dan pimpinan Hulu Selangor, amaran dari lahabau ni jangan anggap sebagai lawak pulak, apabila dia dah mula bersuara, awasss... kita harus ingat, anjing-anjing suruhan UMNO seperti SPR, PDRM, SPRM akan menggunakan kuasa mereka semaksima mungkin, yang penting mereka mahukan kembali kerusi Hulu Selangor itu.
Jadi awasilah segala macam kerja-kerja kotor dan penipuan mereka untuk mencapai kemenangan. Jangan sesekali si lahabau tu nak berangan-angan nak bercerita besar apabila bertemu Obama nanti..
Apa pun Kerajaan PR masih lagi ada satu kekuatan iaitu dengan menguasai Majlis PBT, nasib baik,, sekurang-kurang UMNO dan BN tak boleh dengan sewengang-wenangnya hendak mempergunakan peratalan PBT dengan sesuka hati..
Pada hari mengundi 25 Apr tu nanti, adalah hari pendaftaran pelajar baru pengambilan 2010 - 2013 Maahad Tahfiz Darul Quran Kuala Kubu Baru,,, silap-silap tangguhlah pendaftaran tersebut..Itu Jakim punya, biasalah....
Aku teringat satu daripada pesanan sifu aku, nak lawan dengan UMNO ni tak boleh tunjuk kuat, sebab UMNO ni umpama Iblis, kalau kita tunjuk kuat, maka ia lagi bertambah kuat, jadi bila nak berhadapan dengan UMNO pandai-pandailah.... pertama sekali jangan lupa minta pertolongan dari Allah, hanya dia saja yang berkausa menentukan segala-galanya..
Mampoos UMNO!!!!….
SIARAN MEDIA PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)
Isu: Peringanan Hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor
Untuk Siaran Semua Media
PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) menzahirkan perasaan amat dukacita dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang yang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Kartika Sari Dewi Sukharnor dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010.
Titah perintah ini langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat secara syarie atas kesalahan yang dilakukan sendiri olehnya. Kartika juga telah menghadapi pelbagai tekanan supaya merayu terhadap hukuman sebatan syarie tetapi masih cekal mahukan undang-undang Islam dilaksana ke atasnya.
PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai Ketua Agama Negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah. Hak dan kuasa sebagai Ketua Agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri.
Di samping itu pula undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak. Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada Hukum Syarak.
PPMM juga musykil peringanan hukuman tersebut dikatakan atas faktor kemanusiaan sedangkan hukuman tersebut sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya.
Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diampuni pekenan oleh DYMM Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah. Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan Hukum Syarak. Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini.
PPMM juga menyelar ahli-ahli politik termasuklah menteri-menteri, ketua pembangkang dan NGO-NGO lain yang membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka demi mengaut keuntungan politik atau populariti dalam isu ini.
PPMM menegaskan setiap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri bagi menandingi ketetapan Allah itu.
Bertarikh pada 1 April 2010
Di Bangi Selangor
Abdul Halim Bahari
Setiausaha Agong
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Tel: 019 3102552
Komen: Alhamdulillah, ada lagi badan-badan lain yang berautority memberi pandangan demi kebaikan Islam, kalau nak harap pada yang itu, main fatwa pegang lilin pada mendiang TBH ajalah..