boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, September 6, 2011

Kepala Hotak Hang la Najib...

Salam Sejahtera..

Senang-senang ia keluar arahan jangan tuding jari,,,, maksudnya tu jangan tuding jadi kat dialah tu,, sebagai Presiden UMNO, kepala hotak hang.. habis tu nak tuding jari kat sapa lagi,,, kat Arwah Mat Indera....





Oii dah berapa ramai rakyat Malaysia yang meninggal dunia masih belum terjawab....

Adik Amirul Rasyid ditembak Polis di Shah Alam..

Kugan mati dalam tahanan polis,

Teoh Beng Hock mati akibat perbuatan anggota SPRM

Pegawai Kastam Ahmad Sarbini mati akibat perbuatan anggota SPRM

Ahmad Baharudin semasa perhimpunan Bersih akibat perbutan FRU,

ramai lagi yang tak dapat aku catatkan......

Dan terkini kat Arwah Noramfaizol,,, oii itu terang-terang UMNO punya program, Putera 1malaysia dengan Bakti... bila kawan tu dan arwah masing-masing kelam kelibut.... jangan tuding jari...kepala hotak hang..jangan jadi Perdana Menteri la itu macam kalau tak tahu nak bertanggungjawab....



.

Monday, September 5, 2011

Berita dari gambar ..kisah kematian jurugambar Bernama..

Salam Sejahtera....

Kalau sesuatu perkara yang janggal kita kena tegur, bagi tau... itu saja yang mampu aku lakukan.... sebelum ini aku ada posting hebat-gambar-najib-menjadi-imam.

Ingat kut selesai sudah perkara sebegini, rupanya ada lagi, dan kali kali bukan Najib keseorangan, bah kan ramai lagi termasuk Menteri yang dok jaga agama selali,,, gambar-gambar ni aku rimbat dari blog UMNO, jadi keaslian gambar tak perlu dipertikaikan.... 4 keping gambar aku paparkan,, supaya kita dapat menilai bersama... kut-kut mata aku ni tersasar pandangan.....

Kalau rasa tak jelas boleh double klik pada gambar untuk bagi besar dan lebih jelas....



Dari gambar diatas, paling jelas kelihatan dari kanan belakan tok imam ialah Jamil Khir, Najib, Muhyidin, Zahid Hamidi dan dua orang lagi yang tak aku kenali... Baguihlah pemimpin negara kita nak ke hadapan,, tetapi apakah mereka ini berani kehadapan jika berada di Somalia, ada berani ka....



OK, cantik... mereka sama-sama mengangkat takbir ratul Ihram, selepas imam melakukannya.... OK... tetapi dari sini cuba perhatikan selepas Jamil Khir kenapa kosong tak ada orang... saf hadapan sekali oooooo...


Dari pandangan sini cuba peratikan.... betui atau tidak.... kosong selepas jamil Khir.....


Kenapa boleh jadi begini,,,, Tok Imam fail.... kenapa tak peratikan jemaah dibelakangnya.... Jamil Khir lagi la... 10 kali fail (gagal) kerana tiada jemaah disebelahnya.... apa ni.... Menteri agama apa macam ni, perkara-perkara sebegini pun tak boleh selesai, apa lagi nak jaga masaalah Murtad, huduh dan sebagainya......


OK ada lagi satu kisah,,, hairan juga aku mengapa seorang lagi Menteri tak kelihatan semasa Solat Jenazah tak nampak muka pun.... sedangkan ia sepatutnya kena ada, sebab aku terpandang dalam kaca TV dia ada.......



Rupa-rupanya ia ada dalam gambar ni.. kat bawah ni....



Dia ambik peluang kat sini... syarat kena duduk kat depan juga....mewakili kumpulan songkok hitam....... bersangka baik bro.... mungkin ia tak boleh sembahyang jenazah sebab datang bulan agaknya.... jadi ambik bahagian baca talkin pun jadilah.... yang penting promosi diri bro......

Berita yang meloyakan...




5 Sep 2011

LUAR NEGARA

PAS pertikai slot ucapan Aidilfitri istimewa di TV untuk isteri PM

KUALA LUMPUR: Parti Islam Semalaysia (PAS) mempertikaikan slot ucapan Aidilfitri istimewa dan berturut-turut untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menerusi media elektronik.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, menegaskan bahawa perkembangan sedemikian tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini.

Beliau berkata 'sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slot sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya.'

'Sebelum ini, hanya Perdana Menteri mendapat slot seperti itu,' katanya yang dipetik Harakahdaily.

Pandangan sedemikian juga diketengahkan oleh beberapa pihak, termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat menerusi ruang media sosial Twitter sejak hari pertama Aidilfitri.

'Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri,' kata Datuk Mahfuz lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata ia adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, langkah itu diambil kemungkinan untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merudum teruk.

Hasil kajian Merdeka Center yang dikeluarkan pada Isnin lalu menunjukkan populariti semasa Datuk Seri Najib merosot sehingga 59 peratus berbanding 72 peratus pada Mei tahun lalu.

'Mungkin apabila slot ucapan Hari Raya Najib dan slot khusus untuk Rosmah dipaksakan berkali-kali kepada mereka yang menonton TV sepanjang Hari Raya, tahap puas hati kepada Najib akan naik 95 peratus,' perli Datuk Mahfuz.

Datuk Mahfuz berkata beliau tidak menolak kemungkinan Datin Seri Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuk dirinya itu yang disiarkan berturut-turut sejak 1 Syawal.

Dengan sinis, Datuk Mahfuz juga dipetik sebagai berkata bahawa beliau sangat berharap orang ramai tidak berasa loya apabila tidak henti-henti dipaksa menonton slot-slot ucapan mereka. -- Agensi.


Sumber Berita cyberita.asia1. ..



Sunday, September 4, 2011

Pelakon Utama Negara Trauma...

Salam Sejahtera,

Mungkin kerana warna kulit yang sama dengan warga Somalia membuatkan mangkok ni selamat..., bagi aku alangkah lebh baik dia ni yang kena tembak... baru idup watak lakonannya...


Cuba lu orang fikir,,, ada ka orang boleh cakap untuk dirinya sendiri... Saya masih trauma....... hu hu hu......baca di abdul-azeez-saya-masih-trauma-bagi-saya-masa.

Pandai ya ngelat.... projek dah kantoi.......










,

UMNO Kena bertanggungjawab.....Baru ada akai....

Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, apa yang aku perkatakan sebelum ini pembunuhan-jurukamera-bernama-umno-kena. nampaknya diberi perhatian oleh waris-waris mangsa... Baru ada akai UMNO,,, kita lihat apa helah dan dalih UMNO.... bodoh dari dulu hingga sekarang dah mampos pun bodo piang...

Bahasa

Kelab Putera perlu tanggungjawab kematian jurukamera, kata saudara

September 04, 2011

Abu Bakar Md Yasin. — Gambar oleh Boo Su-Lyn
SUBANG, 4 Sept — Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.

Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.

“Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan,” kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepada The Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini.

“Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing,” kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.

...
Mereka buat kerja kerana nak nama, maka sekarang mereka dah dapat... jawablah... masa inilah mereka nak beri gelaran wira dan sebagainya.... Faham dan mengertikah UMNO dengan apa yang dimaksugkan dengan WIRA.... mungkin UMNO merasakan sama seperti Proton Wira...ngeee....

Majlis Rumah Terbuka Menteri UMNO - 20 orang cedera, seorang maut..

Salam Sejahtera..

Apa yang boleh aku ucapkan melainkan kasihan..... dari kisah ini...

Oleh : CITRA MASADI


MARAH....Shafie sedang memarahi para peminta sedekah selepas tragedi malang yang cuba disembunyikan beliau. Gambar ehsan Hamba Allah.


MUNGKINKAH Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Azim Khan menutup kes (cover-up) kematian akibat kemalangan maut di rumah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdalsehari menjelang Hari Raya Aidilfitri?

Mungkin tidak kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan atau Shafie Apdal sengaja menutup kes berkenaan demi untuk menjaga maruahnya?

Tim Pemantauan Angkatan Muda PKR yang menghubungi saya memaklumkan bahawa pada malam tragedi berkenaan begitu memilukan dan semua tetamu kelamkabut apabila besi penghadang tangga rumahnya roboh kerana terlalu ramai PATI dan warga tempatan yang bersesak-sesak menyerbu rumahnya untuk mendapatkan ‘Sedekah’.

Dilaporkan lebih 20 orang cedera parah dan ada mangsa yang meninggal dunia kerana tertusuk besi penghadang tangga berkenaan dan dibawa ke Hospital Daerah Semporna, namun jenazahnya dilaporkan ‘Hilang’ keesokan harinya.

Tetamu yang hadir pada malam itu turut melaporkan seorang pekerja dan pengawal rumah Shafie, Abdul Rahman Awang yang berasal dari Tanjung Kapur (Bugaya) meninggal dunia kerana serangan jantung disebabkan terkejut dengan peristiwa berkenaan.

Manakala seorang Wanita Tua dari Kampung Halo, Bangau-Bangau yang datang ke rumah Shafie untuk mendapatkan sedekah RM50 daripada Shafie, telah meninggal dunia di hadapan rumah Shafie pada hari yang sama; menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan lalu lalang kerana keadaan terlalu sesak.

Selepas tragedi mengejutkan tersebut, Shafie turun dari rumah dan dengan perasaan teramat marah kepada tetamu tidak diundang; sambil berteriak dengan suara lantang sehingga terdengar oleh orang lalu lalang di jalan raya.

"Bang but itu, embal na aku muan sin maka pilak, (kalau macam ini, saya tidak lagi beri wang),” teriak Shafie sehingga tetamu tidak diundang terkejut dan beransur pulang.

Dilaporkan pada malam itu, Shafie sudah berhenti memberi wang kerana esoknya tiada lagi peminta sedekah yang datang ke rumah Shafie dan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitrinya pada hari raya ketiga, sudah tidak kelihatan peminta sedekah yang menyerbu rumahnya sebelum ini.

Persoalannya, kenapa isu ini tidak dilaporkan media sedangkan media Arus Perdana termasuk rangkaian televisyen ada membuat liputan? Kenapa Polis Semporna tidak tahu sedangkan mereka dipanggil untuk menghalau peminta sedekah? Mengapa Hospital Daerah Semporna menafikan ada mangsa yang meninggal dunia yang dihantar ke hospital dan ke mana menghilangnya jenazah berkenaan?

Tim Pemantauan AMK PKR sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman video melalui telefon bimbit seorang tetamu yang kini turut diburu penyokong Shafie untuk memastikan kemalangan maut berkenaan tidak tersebar di media massa, terutama Youtube.

Sewajarnya keluarga mangsa memohon Inkues agar isu memalukan ini tidak ditutup begitu sahaja kerana yang meninggal dunia, terutama ibu si Bunga, bukannya tikus, tetapi manusia!

Sebelum ini, isteri Shafie, Datin Suriani Mohd Shuib dilaporkan telah melemparkan sekotak wang dominasi RM100 dan RM50 sejumlah antara RM50,000 sehingga RM100,000 kepada para peminta sedekah yang menyerbu beliau untuk mendapatkan wang ketika Shafie masih berucap di Dewan Masyarakat Semporna; tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat untuk menyiasat kes ini.


Sumber :

lPolis-tutup-kes-maut-di-rumah-shafie


Apa Kata UMNO!!.... Bulan Syawal ..Remos dah mula kelihatan...

Semalam Sejahtera..

Kesian, kesian, kesian.... Islam yang mereka praktikkan hanya di bulan Ramadhan...



Bulan syawal ......


Remos dah mula kelihatan.......

.


PART 1 - SIDANG MEDIA MAT SABU: MENJAWAB FITNAH KOMUNIS TV3, MEDIA PERDANA


Dengar betui-betui dan tolonglah sebarkan.....





Pembunuhan jurukamera Bernama - UMNO kena bertanggungjawab..

Salam Sejahtera..

Nampaknya Presiden UMNO yang hilang bercuti sejak 31 Ogos lagi ke Australia terpaksa bergegas pulang ke tanah air untuk menyambut ketibaan jenazah Allahyarham di lapangan terbang besok pagi,,,

Mana boleh tak balik, pasti rakyat akan tertanya-tanya dimana PM,,, secara tak lansung peluang keemasan nak mempopularkan diri akan dikebas oleh Muhyidin...

A picture released by Malaysia's official Bernama news agency to Reuters in Kuala Lumpur on September 3, 2011, shows Malaysian cameraman working for Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor taken by fellow journalist and blogger Bani Amin Ahmad Zabidi a few hours before he was shot dead in Mogadishu on September 2, 2011. REUTERS/Bernama/Bani Amin Ahmad Zabidi

A picture released by Malaysia's official Bernama news agency to Reuters in Kuala Lumpur on September 3, 2011, shows Malaysian cameraman working for Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor taken by fellow journalist and blogger Bani Amin Ahmad Zabidi a few hours before he was shot dead in Mogadishu on September 2, 2011.

Credit: Reuters/Bernama/Bani Amin Ahmad Zabidi

Dari segi pelaksanaan gerakkerja yang dilaksanakan oleh kelab Putera UMNO 1Malaysia bagi aku gagal, apakah Dato Azeez mamak Ketua Putera UMNO UMNO ingat Somalia keadaan keselamatan warga luar Somalia sama macam negara Malaysia....

Mereka sepatutnya kena ingat Somalia dah berapa lama perang saudara yang tak selesai sehingga sekarang, tak ingatkah mereka bagaimana Angkatan Tentera pengaman Malaysia (MALBATT) diserang di Somalia satu ketika dahulu, ada yang mengatakan pihak yang menyerang menyangkakan Tentera Malaysia itu tentera Amerika kerana jalur gemilang lebih kurang sama coraknya dengan bendera Amerika...

Satu lagi Putera UMNO tak ingat, Anggota TLDM dah menangkap dan menahan lanun-lanun daro Somalia di Teluk Hormuz kerana menculik kapal tangki Malaysia, lanun tersebut telah dibawa ke Malaysia dan diambil tindakan mahkamah,, mereka lupa, waris-waris lanun tu berama lagi yang masih hidup di Somalia...

Putera UMNO menganggap kerja-kerja amal mereka ini macam nak pi berkhemah seronok suka, atau nak pi selamat mangsa gempa bumi kat Jepun tempohari, bawa seberapa ramai wartawan, blogger dan jurukamera yang boleh, balik nanti boleh canang buat cerita Putera UMNO dah melaksanakan satu tugas jihad....

NGO Yayasan Amal, The Mercy dah berapa lama buat kerja-kerja amal ke luar negara, tak ada sibuk pun nak bawa jurukamera, wartawan, tak heboh-heboh pun, tau-tau dengan cerita Dato dr Jemilah dah kena tembak di Iraq, itu baru buat kerja amal,,,

Ini belum nak pergi dah heboh, bila terjadi begini lagilah heboh, Menteri Wanita pun dah turun,, terus umum bagi RM 5 ribu buat anak-anak Allahyarham nak guna untuk belajar,,, Oiii berapa ribu sekali pun nyawa dah melayang... boleh ganti balik ka nyawa....
Menteri memang cekap ambik kesempatan, bulan puasa pakai tudung cantik dah,,, bulan raya jambolll kelitan semula....


Menteri Pertahanan pun sibuk,, akan datang nanti semua petugas-petugas sedemikian akan dibekalkan dengan jaket kals peluru,,, pulak dah,, nyawa dah melayang baru ingat jaket peluru..

Menteri anak Yatim pula sibuk mengatakan mangsa tidak dilindungi insuran sebab ini tugas sukarela,,, blady fool punya menteri...DI SINI..

Cerdikkan UMNO buat kerja,, Tahniah.......









Saturday, September 3, 2011

Gambar ni ada kaitan dengan cerita ni...

Salam Sejahtera,,,,

Sebelum ini kamera buruk aku ni tak biasa membantah apa yang gunakan untuk mengambil gambar,,, walaupun gambar yang aku ambik dari kaca TV, ia tak pernah membantah atau memboikot, buktinya gambar yang aku tulis dientry lelaki-ni-kena-tipu-dengan-artis,

Cantik elok gambarnya, tak seperti gambar dibawah ni, entah apa sialnya aku pun tak tau, sampai kamera aku pun tak sanggup nak melaksanakan tugasnya... ...................



Nasib baik aku tak delete lagi gambar ni, walaupun dah 3 hari lebioh dah gambar ni aku ambik,,, malas aku nak story kisah gambar ni,, tup-tup terbaca ada hamba Allah yang masih nak puji dan membodek kipas mengipas mengenai gambar ni... Hangpa pi baca sendiri kat apa-ke-jadahnyer.



Video Pengakuan Mat Sabu mengenai Persefahaman Kerjasama Dengan Komunis...



Jenis Melayu Paria..... Berak tengah jalan tak nak mengaku.....



Friday, September 2, 2011

Perutusan aidilfitri dari Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza....



Selamat Hari Raya.....




Ada 60,000 ahli UMNO warga Iran di Malaysia..

Salam Sejahtera,, 

Satu berita yang menghairankan aku....



Ribuan warga Iran menetap di Malaysia

Dikatakan cuba hindari kepimpinan rejim Teheran


Beribu-ribu rakyat Iran kini tinggal di Malaysia untuk menghindari kepimpinan keras rejim Teheran dan mula melihat negara itu sebagai 'utopia' bagi mereka.

Kelmarin, majalah Time melaporkan Malaysia adalah salah satu daripada tiga negara yang memberi visa dengan mudah kepada golongan itu.

Dua negara lain ialah Turkey dan Turkmenistan.
Buat masa ini, sekitar 60,000 rakyat Iran yang belajar, bekerja atau menunggu mendapatkan visa di sini.
Malah, terdapat juga sejumlah kelab yang mengkhususkan satu hari dalam seminggu dengan nama 'Malam Iran' - menyajikan deejay dan muzik Iran.

'Rakyat Iran ada pegangan dalam 2,000 bisnes di Malaysia dan memiliki 15,000 tempat di universiti di Malaysia.

Kedatangan pelancong dari Iran meningkat 14.3 peratus kepada 116,000 orang tahun lalu,' lapor Time.

Bagaimanapun, laporan itu berkata rakyat Iran tidak bebas daripada halangan dan kekangan.

Ramai rakyat Iran, termasuk Encik Ali Manafi, seorang pengendali kanan sebuah radio yang meninggalkan negaranya baru-baru ini, menyifatkan mereka juga 'letih' dengan peraturan-peraturan agama.

'Aspek spiritual adalah (soal) peribadi seseorang. Di sini ada begitu banyak masjid dan imam. Hanya beberapa sahaja mengalu-alukan Muslim Syiah,' katanya.

Aktivis Iran juga berhadapan dengan layanan kasar ekoran protes politik mereka.
Lima pemimpin pelajar Iran pernah ditahan kerana membawa lilin memperingati penunjuk-penunjuk perasaan yang terbunuh di Iran.

Bagaimanapun, kebanyakan aktivis berkata mereka menjauhkan diri daripada perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, yang berlangsung pada ulang tahun ke-12 salah satu protes terbesar di Iran.

Beberapa rakyat Iran memberitahu majalah Time, penduduk tempatan juga memandang serong ke atas mereka.

Ini antara lain disebabkan oleh penangkapan 15 warga Iran berhubung kes menyeludup masuk dadah tahun lalu dan beberapa yang lain menyusul.

Bilangan rakyat Iran yang ditangkap berhubung isu dadah meningkat sejak itu.

Seramai 138 orang ditahan sejak Januari hingga Oktober lalu berbanding 16 orang pada keseluruhan 2009.

'Rakyat Iran berfikiran erong, mereka datang ke sini untuk minum dan membawa dadah,' keluh seorang pemandu teksi Melayu yang dipetik Time.

Cerita sepenuhnya di - time.com


Thursday, September 1, 2011

Bapa Perdana Menteri Tun Abdul Razak mati bunuh diri?....

Salam Sejahtera,,,


Satu berita baru yang aku ketahui,, entah benar atau tidak wallahhuaklam, kerana sewaktu kejadian ini berlaku aku bersekolah tingkatan 3, tengah dok bengong-bengong lagi..., Cerita ini hasil cetusan rasa blogger adukataruna.

Tak mungkin Aduka Taruna sebagai manusia yang beriman kepada Allah sanggup nak membuat cerita sensasi sebegitu,,,

Lebih mengejutkan lagi bila kawan aku MSK turut bersetuju dengan apa yan telah dikatakan oleh Aduka Taruna, MSK telah mempersoalkan beberapa isu-isu penting semasa hari kematian tu,,,, Panas cerita niii.... sila baca misteri-kematian-tun-razak.




Video - Buat Anak Dara, Pu3 UMNO,.. Jangan Menyerah !!...


Sumber : ecofrenone.



Kantoi - Gambar pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat dengan Parti Komunis..

Salam Sejahtera...

Komunis-komunis........siapa yang berkepit dengan komunis........

AHLI Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Seri Noh Omar (kanan) berbual mesra dengan delegasi Parti Komunis China yang diketuai oleh Huang Xianyao (dua dari kiri) yang turut hadir pada Perhimpunan Agung UMNO ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, 20 Okt. - Utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI













Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari