boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, February 2, 2010

PDRM - Jangan Persoalan Intergriti Tanpa Bukti.

Polis ingatkan orang awam jangan persoal integriti polis tanpa bukti

KOTA KINABALU, Feb 2 — Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim hari ini mengingatkan orang awam bahawa pasukan itu tidak akan bertoleransi dengan sebarang cubaan merendah-rendahkan integriti pasukan itu melalui laman web atau penerbitan lain.

Beliau berkata penulisan yang disiarkan dalam blog atau mana-mana penerbitan perlu mengikut lunas undang-undang dan juga perlu disokong dengan fakta.

“Semua orang mempunyai hak untuk bercakap atau menulis mengenai semua perkara tetapi mesti mengikut lunas undang-undang.

“Saya, selaku ketua pasukan polis di Sabah, akan memastikan peraturan undang-undang dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat.

“Dan undang-undang akan dikuatkuasakan secara adil, secara saksama dan berkesan,” katanya pada sidang akhbar mengenai laporan polis yang dibuat terhadap beberapa artikel yang disiarkan dalam portal berita tempatan di sini hari ini.

“Jika laporan polis dibuat, tanggungjawab kami ialah menyiasatnya, mengumpulkan fakta, mendokumentasikannya dan menyerahkannya kepada pendakwa raya berserta cadangan kami bagi tindakan lanjut,” katanya. — Bernama


Komen: Awas, jangan dok gatai lagi tulis-tulis hal depa tanpa bukti, kang... tak pasai-pasai tiduk dalam lokap 4-5 hari...,

Satu hal, aku hairan ...sebelum ini Raja Petra ada tulis hal KPN sewaktu menjadi KP Johor, siap bukti lengkap, tak ada siasatan pun, senyap gitu aja, last-last Raja Petra sendiri yang terpaksa hilangkan diri... hebat negara Malaysia yang mungkin akan jadi negara Polis...

2 comments:

  1. hei babi tua, kau tengok ke bukti tu?

    ReplyDelete
  2. jgn carut2.. nnti jadi mcm org PAS.. suka carut.. suka nyanyi lagu2 mawi, akhil hayy, amy search yg diolah lirik utk hentam BN..


    Org2 PAS kata lagu2 hiburan tuh haram.. tak boleh.. tapi depa pun hafal jugak rentak lagu.. cuma tukar lirik bagi nk syok org dengaq masa ceramah...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari