boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, July 31, 2012

Fuiyo .. Kazim.. Sembahyang sebelah Najib, Tazkirah, Makan pun sebelah Najib.

 Tudia, Tuah ayam dok kat kaki, tuah Kazim ....sebelah Najib... muuaaahh...

 Siapalah calon PRU13 UMNO yang nak kena cantas nanti..... 

Lagi Harta Melayu akan difaraid selepas Felda...

Lihat mukanya dah hilang kepercayaan.... aduhai malang nasib orang melayu Malaysia..... habis lingkup hak orang-orang Melayu... satu-satu habis punah ranah... 

Kerajaan PAS bersama Al-Sultan Kelantan berlakon bela rakyat?

Apa yang kita semua maklum program tuntuta Royalti Petroleum yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negri kelantan, bukan sahaja mendapat sokongan pimpinan kerajaannegeri, malah beberapa ketua UMNO Kelantan pun turut menyokongnya, seperti Tan Sri Anuar Musa, Tan Sri Tengku razaleigh yang mana telah mendapat restu perkenan Al Sultan Kelantan sendiri,,, 

Macam mana mamat bingai tengik sorang ni boleh kata PAS berlakon....  

Monday, July 30, 2012

Ini dia rupa Inspektor polis SAMSENG yang pukol orang awam 2 minggu lepas.

SEREMBAN, 30 Julai -- Anggota polis Insp Mohd Azuan Yasin dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan, dua minggu lepas.

Polis-polis jenis spesis inilah yang dok katuk tendang terajang orang sesuka hati dalam  perhimpunan parti pembangkang.... 

Kalau kita tengok 1 daripada 6 kes pertuduhan, timbul sedikit persoalan ? 

Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Baca sepenuhnya di  SINI 

Apa yang terpapar dalam berita-berita, mangkok ni memang guna pistol untuk memukul mangsa,,, cuma lepas tu keluar kenyataaan dari pegawai kanan polis, pistolnya dah di simpan konon,,,, sekarang pertuduhannya pulak senjata menyerupai pistol,,, apa cerita ni... 

Lagi satu, perhatikan ,,, mentang-mentang pegawai polis,,, gari pun dah payah pakai.... berbanding dengan pesalah lain, mentang-mentang depa yang jaga undang-undang,, ada kelebihankan bila buat kesalahan?

Apa yang Ostad Kazim Tazkirah pada DS Najib...

Setelah solat terawih bersama PM Klik SINI boleh peluang bagi tazkirah pulak kepada PM,, oii terrer wow.... 

Klik pada gambar untuk imej lebih besar

Kalau 2-3 tahun lepas, jika datang bulan ramadhan, maka akan keluarlah suara-suara melayu gampang kononnya kami nak beribadat dalam masjid dan surau, kami tak mahu diganggu dengan tazkirah,,,, tapi sekarang aikkk ,, hairan kan,,, 

Namun baguihlah,, apa yang selama ini PAS laksanakan, secara tak langsung UMNO ikut sama,,, 

Sunday, July 29, 2012

UMNO menuju kemusnahan - Kini Tengku Razaliegh pula menambah derita Najib..

Apa yang berlaku dalam UMNO Sabah belum sedikit pun dapat diselesaikan, terkini timbul lagi satu masaalah dari Kelantan pula... 

Apakah ini semua satu gerakan untuk menjatuhkan Najib dan seterusnya UMNO,,, serampang dua mata....

Saturday, July 28, 2012

Lihat, siapa lelaki berserban solat tarawih disebelah Najib.

Tak mau nak komen sapa orang tu,,,tapi rasanya benarlah maklumat yang aku dapat bahawa beliau salah seorang calon minable candidade...

Masih ada harapan.. Laki bini pulun sakan....

Entah sempat tidak belum tentu lagi,, tetapi kerja harus berjalan...  

MUAR, 27 Julai -- Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman ketika menyampaikan wang zakat kepada Robiah Abdul Majid, 80, dan Sejarah Elias, 64, (kiri) pada Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa Umno Bahagian Pagoh Dun Jorak di Masjid Jamek Kg Panchor di sini, hari ini.ΓΆ€¨--fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHAR

Boleh lah  sikit jika nak dibanding dengan yang no 1 tu, yang no 2 ni tak nampak gelang besar, tak ada cincin permata  he he he....  

MUAR, 27 Julai -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan penduduk setempat ketika menghadiri Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa Umno Bahagian Pagoh Dun Jorak di Masjid Jamek Kg Panchor di sini, hari ini.ΓΆ€¨--fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

Sang laki pulak, macam tak konfiden aja... tak sempat dah rasanya....sekadar Ahli Parlimen Pagoh aja selepas PRU13 ni... Insyaallah... 

Cukuplah 55 tahun,, UMNO dah kena bersara wajib dah.....

Friday, July 27, 2012

Undi BN dapat lebih pahala ? Ostad Kazim tentu setuju.

Tak man nak komen apa isu ni.. Lantak pi hangpalah... 

Pahala...... Bala......pahala...... bala.......pahala.....bala....bala....bala......bala...betui.... bala dah tentu ada....

Thursday, July 26, 2012

Orang Kedah jangan Buta Perut...

Pada musim korban Aidil Adha tahun lepas aku ada buat posting kisahnya gambar-bakal-mb-umno-kedah 

Dua tiga hari yang lepas keluarlah suara-suara keramat dari UUM yang mahukan mamat gambar di atas dijadikan MB Kedah, apalah punya malang Nasib orang Kedah.. Tak kan kerana dah berkopiah putih dan melapah lembu dah sesuai layak sangat dah untuk jadi MB.... 

Hari ini pulak timbul suara dari orang UMNO sendiri yang mahukan MB Kedah orang beragama.... Klik orang-kedah-mahu-mb-beragama/

He he,, ada juga ostad-ostad dalam UMNO ni..... 

Kalau betui puak-puak UMNO mahukan golongan agama, sokong PAS lah, dah tentu calon-calon MBnya orang yang beragama,,, .. ataupun apakah yang bersuara nakkan golongan beragama itu mewakili Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khair Baharom yang aku dok dengar turut mengidamkan kerusi Mb Kedah... 

Lihat Mamat ni, teringat wang zakat !.....

Sembang-sembang kisah Ostad Kazim...

Malam tadi terjumpa kisah-kisah perbualan FB antara pencacai dengan penentan Ostad Kazim...

Aku tak tau cerita-cerita ini betui atau tidak,, tadi cerita-cerita sebegini memang banyak aku dah dengar!!!

Jadi betul atau tidak, hanya tuan empunya diri sahaja dan orang-orang yang menagallami sahaja yang mengetahuinya  . 

Link

Wednesday, July 25, 2012

Kerana mu Rosmah Wikipedia berubah

double klik untuk besar
Alhamdulillah,, nampaknya apa yang aku jangkakan tepat 100%.... wakaka... 

Tak rugi aku sempat copy paste gambar diatas.... sewaktu dok heboh-heboh tempoh hari... hangpa pi double klik dan baca dalam tu.... 

Kemudian cuba compare wikipedia yang terkini di http://en.wikipedia.org/wiki/Rosmah_Mansor

Tak menghairankan... kalau data Jabatan Imigresen tentang kemasukan Altantunya ke Malaysia boleh hilang, inikan wikipedia.....

Kemudian yang kena tuduh terlibat membuat pengakuan penafian di youtube yang ditemuramah entah oleh siapa yang aku sendiri tak kenal.... erk elele...... sekadar pengakuan... kalau bersumpah junjung al-Quran pun ada malaon-malaon lahabau yang berani dan sanggup melakukannya,, inikan sekadar buat pengakuan,,, lainlah kalau Akuan Bersumpah di hadapan Peguam ... 

Sejarah yang berlaku tidak mungkin dapat diubah....Baru terjumpa satu bukti baru...a.

Jauh berbeza saiz kek kroni dengan kek untuk anak yatim!

Aku tak pasti , tapi mungkin ini semua kebetulan rasanya, sebab semalam aku ada siar kisah Najib berbuka puasa dengan kek KLIK SINI 

Apakah disebabkan kelmarin makan kek dengan kroni-kroni, makan semalam  makan kek dengan anak-anak yatim pula..

Tetapi lihat sendirilah... Nilai untuk anak-anak yatim dengan nilai untuk kroni...   

KUALA LUMPUR, 24 Julai -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor memotong kek hari jadi beliau ke-59 pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Bantuan Hari Raya Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan di Dewan Besar Tabung Haji di sini hari ini. 
Turut hadir Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor.

Kek kroni tiga tingkat yup.... 

Kek untuk anak yatim,, setingkat jadilah... he he silap... anak yatim hanya kek cawan aja... senang... tak payah nak potong-potong lagi dah,,, 

KUALA LUMPUR, 24 Julai -- KONGSI RASA … Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengagihkan muffin dan kek kepada anak-anak yatim setelah memotong kek hari jadi beliau yang ke-59 pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Bantuan Hari Raya Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan di Dewan Besar Tabung Haji di sini hari ini. 

Kesian kat anak-anak yatim tu,,, balik sekolah petang rasanya baju uniform sekolah pun tak sempat tukar,, punya nak pi berbuka posa dengan PM... yang dapat kek cawan.....Kek cokelat ...eerrmm.... 

Tuesday, July 24, 2012

Ketua Pemuda PAS "RELA' di solek oleh jurusolek wanita?

Ah Sheikh Shaikul Umnoriah Fatul Bari selalu berpesan pada pendengarnya,, jangan buka aib seseorang,,,, tetapi apakan daya,, anak buah dia sendiri kelaku sedemikian.... 

SAH - Blogger UMNO ini berkata benar.. Tahniah dan takziah..

Tengok pada raut wajahnya pun,, dah tahu,, ia memang bercakap benar,,, cuma UMNO yang dah kencingkannya.... Nasib kamulah labu.... Pergi lagi menghambakan diri kat UMNO tu siapa suruh, klik pengendali-blog-tuntut-tunggakan-gaji,

Ahmad Faisal menunjukkan surat penolakan gaji ketika berkhidmat di pejabat sebuah parti politik.

Ingatkan bila kisahnya dah terpapar,, UMNO nak mendiamkan diri,, oohh tidak,, UMNO Melaka rupanya bersemangat Laksamana Hang Jebat,, tak nak mengaku kalah...tak nak mengaku BERSALAH.. Lagi sekali kena kencing dengan UMNO ..rasa ... apa nak buat... klik Blogger tidak buat rayuan 

Wakaka... lagi seorang blogger UMNO teraniya...

Rakyat berbuka puasa dengan sesuap nasi, Najib pula berbuka dengan sebesar meja kek harijadi..

Apa nak dikata... Inilah kenyataan dihadapan mata kita,,, lihat siapa disekelilinginya,, ada rupa anak-anak yatim bersamanya.... ohhh...tidak,,, rosak majlis orang-orang ternama...yang layak, hanya anak adik dan bini bersama disamping polis menjaga keselamtannya... 
PUTRAJAYA, 23 Julai -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memotong kek hari jadinya yang ke 59 sambil disaksikan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, anaknya Ashman Najib (tiga kiri) dan adiknya, Datuk Seri Nazir Razak (kanan) pada majlis berbuka puasa serta penyampaian zakat Kumpulan Felda di Seri Perdana di sini hari ini. 

HO hO hO hO...... Mahathir pun ada sama,, ekele... Muyiddin turut serta,, kan aku dah kata,, hanya puak larak mereka,,, rakyat marhaein dimana.... 
Inikah wasatiyaah mereka,,, hampehhhh... 
PUTRAJAYA, 23 Julai -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memotong kek hari jadinya yang ke 59 sambil disaksikan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kanan), Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) dan anaknya Ashman Najib (kiri) pada majlis berbuka puasa serta penyampaian zakat Kumpulan Felda di Seri Perdana di sini hari ini.

Monday, July 23, 2012

Kempen timbalan menteri dibulan puasa, anak yatim dijadikan mangsa..

Standard anak yatim,,, pakat-kat duduk bersila,,, inilah standard anak yatim pada pemikiran pemimpin umno ni.... 

Standard jemputan khas,,, bukan anak yatim lihat sendiri...

Sekadar nak posing depan kamera.... ini kawan aku yang kata,,, tuan punya blog yang aku cilok...

Ini gambar aku cilok dari fotoblog UMB dan jangan terpedaya.
Ahmad Maslan ambik gambar ini untuk promo diri dia konon nya sayangkan
anak2 yatim,tapi dia pun mentekadarah atas kerusi empuk jugak.

Ini dia pemimpin DAP bapa dengan anak lelakinya diresapi idelogi komunis !

Minta maaflah... didalam bulan puasa ni, mata terlalu layu,, tak dapat nak kenal siapakah mereka ini,, aku hanya sekdar mengikut tanggapan dari pihak berkuasa yang mengeluarkan kenyataan tersebut .

Dizaman era sang bapa.

Dizaman terkini  sang anaknya pula... .

Apa pun, ketiga-tiga Naib Presiden UMNO dah mula celaru,,, Hisyammudin Hussein kata ia belum terima maklumat awal lagi,,, pulak dah,, menteri yang jaga polis macam ni jawapannya bila pembangkang dikatakan diresapi komunis...... 

Manakala Zahid Hamidi Menteri Pertahanan lain pulak... baca sendiri zahid-hamidi-tolak-dakwaan-umno-ada-hubungan-dengan-komunis/ OOO bila kena batang hidung uMNO awai-awai lagi dah pandai nak menepis...

Sekoq lagi Naib Presiden UMNO,,, mungkis sibuk urusan dengan bini muda artis Zahida lagi baguih jawapannya.. Sedia disiasat... bab UMNO dituduh suruh siasat,, bab dirinya dengan artis Zahida rafik apa cerita... tak suruh pula siasat.... sampai lari berkelana hamba Allah yang memberi laporan kes tersebut..KLIK SINI..    

Islam UMNO hanya kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya

Foto: DR.MAZA:Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan Umno

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.

Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.

Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!

Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.

Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Islamisasi Program

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.

Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.

Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.

Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.

Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.

Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.

Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.

Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.

Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.

Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.

Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.

Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

N'N:Ramai orang yang kembali kepada Al-Quran&As-Sunnah selepas berkecimpung dengan PAS,namun ramai orang yang rosak bila berkecimpung dengan UMNO..

Dicatat oleh Na'im Nikmat

Pasal inilah agaknya Zamihan Al-Ghari, Kazim Elias, Abu Syapiq dan yang sewaktunya dok sibuk mempertahankan UMNO.....  

DR.MAZA:Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan Umno

Sumber : http://www.facebook.com/photo.

P/S - Ada satu lagi yang UMNO dok sibuk pertahankan,, adakan perarakan Maulidul Nabi..... he he...

Sunday, July 22, 2012

Kisah Benar - Bayi ini bukan anak Altantunya tetapi Cucu kepada DS Rosmah Mansur..

Heboh di blog ParpuKari kononnya ada blog PR buat cerita Rosmah bermadu tiga,,, memanglah tak betul,, aku sendiri pun bersetuju dengan Parpu kari,, Rosmah tak bermadu, tetapi dah berlaki sebanyak Tiga kali,, bukan aku saja nak buat cerita atau fitnah,,  

Dan untuk pengetahuan semua,, Kementerian Penerangan, RTM, TV3, Astro, Media Prima, Utusan dan yang sewaktu dengannya aku rasa tak pernah pun bagi tahu atau ucap tahniah kepada Datin Seri Rosmah kerana dah menjadi seorang nenek asli.... sebab dah pun mendapat cucu.... Kenapa jadi begitu ya.... ....

Cuba perati bayi ni comelkan,,, macam nenek Rosmah pun ada jugakan....tapi baby ni bukan permata negara... ....

Dugaan Hari Pertama puasa umat Islam Kuala Lumpur..

Dimanakah pergi puak-puak PERKASA.....apakah nak tunggu arahan Brahim Ali... 

Saturday, July 21, 2012

Sumpah Baiah perwakilan UMNO tak menjadi,,, Senarai calon belum beres...

Rasanya kita masih ingat lagi semasa Pehimpunan Agung Umno yang lepas, semua perwakilan dah pun berbaiah akan menyokong sepenuhnya siapa bakal calon winanble candide tak kan cah keting, tak kan belot, tak kan ......bla,,bla..bla...

BN dah bersedia bila-bila masa...!!!.... phoorah....Khaah Phtuuihhh,..  lihat apa yang jadi,,, sampai senarai calon belum bersedia lagi,, padanlah takut nak bubar parlimen..... ,

He, he he ,, dengar cerita kerusi DUN Pasir Panjang pun MIC tak kan lepas senang-senang bagi kat UMNO.... nak cari kerusi mana nak ganti....,

Calonkan Artis Abby Abady untuk DUN Pasir Panjang.

Geng kekawan aku ada buat poll siapa calon yang sesuai untuk DUN-dun Negeri Perak.... seperti digambar bawah...  

Banyak yang sokong Nizar, dalam pencalonan tersebut, aku pula sokong Puan Roha Ketua Muslimat PAS Lumut,,, kenapa aku aku tak sokong Nizar?... Ha ha ha..... Hak aku lah nak sokong sapa pun... 

Bagi aku, PAS jangan dok ikut stail UMNO,,, lihat pemimpin UMNO,,, sampai mereput dok tunggu kerusi satu-satu itu sahaja, contoh Parlimen Pekan,, daripada dulu kini selamanya kat Pekan tu lah...  

PAS kena ikut stail DAP luaskan pengaruh,, lihat Lim Kit Siang,,, dari Melaka hingga ke satu Semenajung di mana ada kelompok Cina ia akan bertanding, ada ketika beliau kalah, dan ada kalanya menang, dan akhirnya mereka berjaya dapatkan negeri Pulau Pinang... 

DS IR Nizar sekarang ni pun dah jadi ikon rakyat,, letaklah  kat mana pun yang mana PAS ada potensi untuk menang, semua pengundi dah kenal dengan beliau, jadi tak ada masaalah buat diri beliau,, secara tak langsung muka-muka baru dalam PAS dapat diketengah dalam arena politik.  

Aku ada dengar ura-ura yang belum sahih kata putusnya, kononnya DUN Pasir Panjang akan diletakkan calon import, kalau nak letak letak calon import lebih baik PAS Perak letak Artis wanita Abby Abady yang dah pun jadi ahli seumur hidup PAS, kami petugas PAS Lumut pun rasanya tak teruk nak bekerja keras, sebab guna pakai calon import ikon selebriti masyarakat 

PAS Lumut sekarang dah ada kekuatan tersendiri tanpa bantuan mana-mana pun, hasil kerja keras mereka-mereka yang diamanahkan... Jadi apa yang aku impikan, kalau DS Nizar tidak diletakkan di kerusi DUN Pasir Panjang,, ikutlah senarai calon-calon yang dicadangkan oleh PAS Lumut... 

Aku mewakili dari suara-suara sahabat-sahabat ahli PAS Lumut, Mereka-mereka semua  dah puas dah bekerja keras,, masing-masing ada keinginan mahukan kemenangan dengan identiti calon tersendiri..Tolonglah fahami hasrat hati kami di sini... . 

Abang-abang seronok bila adik perempuannya dicabul kehormatan...

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh>dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi." Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut. "Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu." Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain. "Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan :
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ bapa mereka adalah khalifah Islam yang telah dijatuhkn..
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu Pengerusi OIC (Cuba teka siapa?) & negara-negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC

Di cedok dan Kredit kepada iman-online.com

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari