boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, March 15, 2010

Tahniah UMNO Kedah...Terima Kasih Shafie Afdal...

Salam Sejahtera....

Hebat, sungguh menakjubkan, kalau sebelum ini bekas Ketua Wanita UMNO Sungai Petani yang mengalami masaalah, tak ada sesiap yang nak ambik peduli, kini yang terbaharu setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Memali pula hidup dengan menumpang di Dewan Orang Ramai. Baca Di SINI.

Tahniah kepada pendokong UMNO Kedah kerana mendapat Ketua Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, tetapi nasib rakyat orang Melayu di Kedah semakin merimpat.

Cuba hangpa bayangkan kalaulah Ketua Cawangan PAS yang hidup menumpang di Dewan Orang Ramai yang negerinya UMNO memerintah, boleh ka!!!, Nak tumpang guna mesyuarat pun depa tak bagi, ni nak buat rumah tempat tinggal,, sorry la...

Oii orang UMNO bila lagi hangpa nak ada rasa sedaq diri, Kekayaan pemimpin UMNO hanya untuk sanak saudara mereka sahaja, untuk ahli.... tunggulah bila ada Pilihanraya....., sehelai kain batik, sekampit beras dan duit RM50....

Sunday, March 14, 2010

Episod Antara 2 Darjat Berulang Lagi...

Salam Sejahtera...

Setengah abad berlalu, Tan Sri P Ramlee mengarah dan mengeluarkan filem Antara 2 Darjat, kisah Ghazali bercinta dengan Tengku Zaleha, namun itu hanyalah dalam filem,,,

Setelah 50 tahun kejadian yang agak-agak hampir sama pada pandangan aku berlaku di alam nyata, baca di SINI.


Aku tak mau nak komen banyak hal tersebut, cuma bagi kita sesama manusia yang darahnya semua berwarna merah, tak kira apa keturunan, tak adakah yang perihatin ke atas nasib yang dialami oleh Puan Elia Suhana.

Mana pergi Dato Seri Shahrizat Jalil Menteri Wanita dan Kebajikan, mana pergi SIS, mana pergi Dewan Muslimat, apakah kerana Puan Elia mengambil suami orang maka pihak-pihak yang berkaitan wanita berdiam diri, masing-masing balik melawa jaga badan, jaga laki jagan pasang sorang lagi... padan muka hang, gatai lagi pi ambik laki orang...,,

Oii, jodoh pertemuan di tangan Allah. salahkah Puan Ellia menikah dengan lelaki yang berkemampuan, kalau dah didalam agama dibenarkan, kenapa kita seolah-olak menolak perkara yang dizinkan didalam Islam.

Inilah satu daripada doktrin Yahudi secara halus menghalang umat Islam berpoligami bagi yang berkemampuan. Sayang sekali, perkara-perkara yang dibenarkan dalam syariat Islam, tetapi kita berasa fobia bila mendengarkannya...

Bab ini aku hanya tabik hormat kepada kumpulan Al-Arqam atau Rufaqah, mereka mendahului dari lain-lain jemaah. seorang kawan isteri aku daripada kumpulan Rufaqa mencari wanita-wanita yang belum berkahwin untuk dijadikan isteri no 2 kepada suaminya.. Beruntung laki dia dapat bini macam tu ...

Cuba kita sesekali berfikiran positif bab ini, bayangkan alangkah indah suasana kehidupan berpoligami seperti satu keluarga di Terengganu yang empat isterinya boleh duduk sekali, saling bantu membantu.

Kita sendiri tahu betapa ramai lagi wanita-wanita yang belum berkahwin diluar sana, mungkin nanti anak perempuan atau adik perempuan masuk dalam kumpulan andartu....itu satu hal, lagi satu perkara majoriti umat Islam semakin menurun berbanding majoriti umat bukan Islam. Mahukah kita menjadi umat Islam minoriti didalam negara sendiri seperti yang dilaung-laungkan oleh beberapa pihak...

Saturday, March 13, 2010

Pihak TV Bersubahat Melindungi Artis Melakukan Jenayah.

Salam Sejahtera...

Apakah kerana artis-artis yang membantu media TV dalam dunia hiburan, maka bila sesuatu yang berlaku terhadap artis-artis aib muka mereka cuba diselamatkan.

Kejadian ini berlaku dalam berita TV9 juga sebentar tadi berita 8.30 mlm, TV menyiarkan kes gitaris kumpulan rock ditahan reman pada pagi tadi..Mengikut cerita dari pembaca berita OKT tersebut cuba nak memecah masuk rumah jiran sebelahnya, nasib baik jiran yang lain nampak perbuatan tersebut dan menahannya...

Rupa-rupanya artis tu memang taik ganja dan syabu, itu yang dlaporkan di Mstar, cuma kemyuskilan aku kenapa pihak TV cuba memblur (tutup) muka artis tersebut, sedangkan wajah-wajah sebeginilah sepatutnya diberitahu kepada penonton supaya berhati-hati, sekurang-kurang dapat kenal siapa artis-artis yang terlkibat dadah dan bertambah hebat dengan peningkatan menjadi penjenayah.

Apakah artis yang juga manusia biasa melakukankan kesalahan jenayah perlu diberi perlindungan, katakanlah yang kena tangkap tu ustaz-ustaz , nak tambah hot lagi terlibat dengan pembangkang menetang kerajaan, tentu sureheboh jadinya...

Apa Khabar YB (Yang Barua) Mohsin!!

Salam Sejahtera..

Sekejap tadi sempat aku tengok berita TV9, menyiarkan kenyataan si mangkok Yang Barua Mohsin berucap,,, entap apa yang simangkok tu cakap aku pun tak faham isi butirnya, tak berapa second cakap-cakapnya dihentikan,, juruhebah yang bercakap...


[muhsin.jpg]
(gambar dari Mstar)

He... he.. malam ni malam pertama program sembahyang hajat... sehingga 7 malam berturut-turut..

" YA ALLAH KAU MAKBULKAN LAH, PERKENANLAH PERMOHONAN HAJAT HAMBA-HAMBA MU, BERIKANLAN PETUNJUK YANG BENAR KE ATAS APA YANG MEREKA LAKUKAN... AMIN..

Selalunya Wartawan akhbar tak berbohong

Salam Sejahtera...

Berita terkini dan sensasi... Sini dan Di sini . Apakah penafian ini ada kaitan dengan kes mahkamah semalam seperti Di sini.

Dah tak pasal-pasal disebabkab permainan ini surat khabar Cina nak kena ambil tindakan..

Artis dan Pemimpin UMNO Adik Beradik

Salam Sejahtera...

Berita di akhbar hari ini heboh dengan artis pelakon lelaki popular ditahan polis kerana edar dadah. Artis ini anak kepada pelakon veteran wanita yang popular juga..., hebat artis sekarang, dan pandai edar dadah..,

Sebelum ini yang selalu kita dengar artis penyanyi yang terlibat mengambil dadah, sebab nyanyi nak tambah bagi nyaring lagi.. tetapi kini artis dah pandai edar dadah, inikah rupa artis nak dijadikan ikon kepada remaja...

Mengikut akhbar kosmo inilah rupa kondo tempat artis tu ditangkap, tahu siapa artis tu, aku dah dapat agak dah siapa dia, tetapi tak berani nak dedahkan namanya, biarlah bila kena dakwa dimahkamah nanti akan diketahui juga..

Manusia bangsa melayu ni, kalau hidup tanpa panduan agama, maka inilah jadinya, hidup nak serba mewah, tempat tinggal rumah setinggan atau flet tak mainlah, kereta kalau setakat Kancil 660 buat pi pasar aja,,,, makan kat warung tak nak, pakaian beli kat butik, ada brand punya,, dah kahwin pun ada lagi teman wanita,,, oleh kerana budget tak cukup. berlakon pun dah kurang.. tak dapat offer lagi, hidup dah biasa mewah, jalan mudah edar dadah.

Sama jugalah pemimpinn-pemimpin uMNO, lebih kurang artis juga gaya hidupan mereka, malah lebih lagi,, nak jaga hati penyokong dan berbagai lagi, oleh kerana gaji atau elaun tak cukup, jalan mudah salah guna kuasa......mereka tibai rasuah,,.

Jadi artis yang bermasaalah seperti ini dengan pemimpin UMNO yang korup sah, mereka memang bersaudara.. seorang pengedar dadah, seorang lagi pentekedarah rasuah...

Friday, March 12, 2010

Sejarah Penjajah Berulang Kembali..

Salam Sejahtera...

Senario penjajahan di negeri-negeri dalam negara Malaysia berulang kembali, sejajar dengan pendapat Ku Li mengatakan Malaysia yang ditadbir Barisan Nasional (BN) sekarang mirip Malayan Union — sistem pentadbiran yang digerakkan British tetapi mendapat tentangan hebat lebih enam dekad yang lalu. Baca seterusnya di sini

Aku setuju benar apa yang dikatan KU Li itu, apa tidaknya, undang-undang dalam perlembagaan negara adalah peninggalan penjajah menjadi amalan negera Malaysia yang mana UMNO cuba nak mengislamkan dengan menampal dan menempek lompang-lompang yang ada dalam perlembagaan tersebut tanpa mahu merujuk kepada Al-Quran dan Hadis.

Ya ... senario lama berulang lagi,, apa tidaknya, kalau enam dekad dulu penjajah British mula-mula menjajah Negeri-negeri dalam malaysia yang merdeka bermula dari negeri aku sendiri iaitu Perak dengan lebih sinonimnya Perjanjian Pangkor...,

Kemudian selepas merdeka tahun 57 UMNO yang masih mewarisi amalan penjajah pula mentadbir negara ini sehingga 8 Mac 2008 5 buah negeri telah merdeka dari penjajahan UMNO. Namun itulah kalau dah dok amalkan dasar penjajah, sifat-sifat yang ada dalam pemimpin UMNO sama seperti penjajah British, mereka tidak mahu rakyat-rakyat dalam 5 buah negeri yang dah merdeka mendapat kemerdekaan dan kebebasan yang hakiki sepenuhnya.

Dengan kuasa autokratik UMNO warisan penjajah selaku pemerintah telah menggunakan segala tipu daya penuh muslihat dan kuasa termasuk istana telah menakluk kembali Negeri Perak dengan secara sahnya melalui mahkamah persekutuan. Walaupun ada undang-undang yang berpihak kepada rakyat, namun kalau dah UMNO tu warisan penjajah, maka mahu tidak mahu kemerdekaan yang rakyat Perak kecapi hanya 11 bulan sahaja itu telah dijajah semula.

Selagi tiada kesedaran umat-umat Melayu maka selagi itulah kita terbelenggu dengan kehidupan yang tiada kebebasan..

Mampus UMNO...


Thursday, March 11, 2010

SAPP Sabah lebih bermaruah..

Salam Sejahtera..

Ahli Parlimen Sapp Sabah Datuk Eric Majimbun dan Datuk Dr Chua Soon Bui lebih bermaruah dalam arena politik Malayisa jika nak dibandingkan dengan 3 orang lagi AP PKR yang melompat ke bebas tetapi condong mereng berat kepada BN... Mereka yang dari SAPP tetap dengan pendirian hilang kepercayaan kepada BN..Baca DI SINI.

Harap-harap lepas ni ada lagi yang keluar dari BN,, dengar cerita Presiden MCA pun akan ikut serta menjadi bebas, disebabkan permainan UMNO dari belakang yang mahu menjatuhkannya demi mengelak kes PKFZ terbongkar ...

Apa cerita AP Johor Bahru, Datu Shahril Samad, terus senyap diam membisu, pernah mengundur diri dari BBC BN Parlimen, malah sebelum ini di era Mahathir, era tahun 87-88 Shahril pernah letak jawatan AP UMNO dan bertanding Bebas lambang Kunci, menang berbelas ribu majoriti.

PM 1Malaysia merasa optimis untuk mendapat 2/3 majoriti, tetapi apa cerita sebenar di Sabah dan Sarawak, malah di Semenanjung Malaysia pun belum tentu, Tengku Razaleih AP Gua Musang pun menunggu masa yang sesuai..

Kita tunggu apa perkembangan terbaharu selanjutnya...

Royalti Minyak Kelantan - UMNO guna helah baru..


Salam Sejahtera...

UMNOngok telah menggunakna helah baru,, berita yang disiarkan oleh Berita Harian Online menyatakan... "Kelantan tidak layak dalam tuntutan royalti minyak di luar perairan negeri itu kerana Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 masih berkuatkuasa, kata seorang pengamal undang-undang.
Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, peruntukan No 7 Ordinan itu menetapkan sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri itu sejauh tiga batu nautika yang diukur dari paras air surut.
Namun dua telaga minyak dipertikai Kelantan terletak di luar "kawasan" itu
. Baca Seterusnya

Hangpa perasan tak siapa mangkok Datuk Hafarizam Harun tu... itulah peguam Penasihat Undang-undang UMNO... Apa pasal Berita Harian tak sebut mangkok tu lawyer UMNO,, senang cerita.... takut orang tak nak bacalah kenyataannya....nampaknya ia lebih lebih hebat dari penggubal dasar Petronas Ku LI..
Belum pergi mahkamah dah cuba macam-macam helah dan daleh.... makanlah duit ringgit hak rakyat Kelantan, moga-moga pakat pecah perut lepas ni sapa yang terlibat..,.

Gambar Hari ini...



[menung1.jpg]







Ramai Yang Dah termakan ni...

Salam Sejahtera...

memang sedap, memang lazat, cukup mudah untuk jadi taik gigi. bila di makan....


Tapi sayang ada logo halal , tapi tak sah pula...


PENGARAH Bahagian Hub Halal Jakim, Saimah Mukhtar menunjukkan logo halal tidak sah pada bungkusan kuaci yang disita ketika membuat pemeriksaan di sebuah kilang membungkus kuaci, di Taman Perindustrian Balakong Jaya, 10 Mac. - Utusan/ISMAIL KAMADIN


Nak tau kisah cerita selanjutnya masuk ke blog ondscene.















Eh..eh.. Betul ke ni..

Salam Sejahtera..

Entah macam pagi aku bangun awal.., seperti biasa.. jumpa satu laporan cadangan dari Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul 2010, Prof Mahmud Zuhdi menawarkan diri bagi menyediakan forum antara Mufti Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat........baca DI SINI.

Aku memang sokong sangat cadangan tu, biar mereka bersemuka,, kemuka semula seperti apa yang dilaporkan,, biar umat Islam di Malaysia tahu siapa sebenar di antara mereka...

Tetapi beranikah di antaranya itu menyahut cadangan itu... Bagi aku itu hanyalah satu cadangan sahaja.. percayalah.. nanti akan ada usaha menggagalkannya atau ada saja jawapan-jawapan yang tidak masuk akal dari sipenakut tu kepada kita, mereka hanya berani bersuara dihadapan kalayak ramai secara seorang diri, bila nak berdepan sorry... kononya nak jaga airmuka... phoorah..

Wednesday, March 10, 2010

Hanya RM10 Ribu sahaja...

Salam Sejahtera...

Nak kata OK atau tidak aku pun tak reti.., inilah undang-undang di Malaysia, orang berbohong hanya di denda RM10,000.00 sahaja. Sedangkan dari berbohonglah macam-macam perkara boleh berlaku... Mungkin yang berbohong tu suku sakat UMNO... Tahniah 1Malaysia

Tipu bank: Bekas Ahli Parlimen (UMNO) Labuan didenda RM10,000

10/03/2010 4:42pm

KOTA KINABALU 10 Mac - Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sebulan ke atas bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, yang mengaku bersalah tidak memaklumkan kepada bank bahawa beliau seorang muflis ketika menjadi penjamin dalam satu permohonan pinjaman 14 tahun yang lalu. – Bernama

Beita Sedih Buat Peneroka Kelapa Sawit..

Salam Sejahtera...

Sebelum ini kita rakyat Malaysia di war-warkan teantang keupayaan negara untuk melaksanakan program Biodiesel, kalau tak silap aku sewaktu zaman Pak lah menjadi PM..

Tetapi nampaknya bila sampai zaman PM 1Malaysia, lain jadinya,,, dalam dok heboh riuh rendah ekonomi Malaysia dah pulih,, tup-tup keluar keyataan dari Ketua pegawai eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Datuk Mamat Salleh ..""Ia nampaknya macam mara ke hadapan tetapi ia sebenarnya bergerak ke belakang,". Baca Seterusnya.

Aku dah lama dok tunggu bila nak keluar minyak diesel dari hasil sawit Malaysia,,, rupa-rupanya mai PM 1Malaysia lepas ke belakang program ni, sedangkan Bini Rosmahlah yang jadi pengerusi hal ehwal Felda,, mengapa jadi begini..., kesian kepada peneroka-peneroka felda,..

Bunga-bunga Agenda Kerajaan Perpaduan Mekar Kembali..

Salam Sejahtera...

Dalam suasana Kerajaan Pakatan Rakyat di tekan dari pelbagai sudut, PAS Kelantan dengan isu royalti minyak, PKR dengan penghijrahan ahli-ahlinya ke UMNO dan bebas, tiba-tiba masih ada lagi pimpinan PAS dok menggigau dan meracau dengan agenda Kerajaan Perpaduan.

Tak faham sungguh aku.... Oiii Tok Guru Nik Aziz dah berbuih mulut dok sebut Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

Jadi yang dok gatai sungguh dok pi merenyeh dengan UMNO apa ke jadahnya....

Baca di SINI

Punyalah Seronok!!! Lupa halal haram....

Salam Sejahtera!!!

Tak peduli halal haram.... inikah sikap sebagai orang Islam...., hukum Islam dah tak ambik peduli, inikan pula pasal undang-undang kat Malaysia ni huru hara, banyak yang boleh dipertikaikan dan berpihak kepada parti pemerintah...,


Temui sifu selepas lebih 30 tahun: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memeluk bekas pegawai kanan wanita, Lee Yoke Lin, 75, yang banyak memberi tunjuk ajar ketika mula-mula menyertai pasukan polis apabila dipertemukan melalui inisiatif Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam.
Mar 10, 2010 7:34 am



Tuesday, March 9, 2010

Sultan Kelantan Pohon Sah Cerai Isteri Kedua Dengan Talak Tiga..

Salam Sejahtera...

Bertambahlah seorang lagi koleksi janda... itu selalu yang disebut oleh seorang kawanku blogger Ronn,,,

Terkejut aku bila berita TV9 menyiarkan yang peguam Sultan Kelantan, Zainul Rijal Abu Baka rdan rakannya Abdul Halim Bahari telah memfailkan permohonan itu pada jam 3.30 petang.

Terus sekali gus talak 3, apa salah sang isteri sehingga dijatuhkan talak 3, apakah kerana tindakan Che Puan Elia Suhana Ahmad, menyaman sehingga mahkamah Tinggi Syariah telah mengarahkan Raja Perempuan Kelantan bersama dua pengawal peribadinya hadir untuk tunjuk sebab.

Setahu aku, mengikut Undang-undang syariah di Malaysia (bukan undang-undang bab munakahat) setiap suami jikalau nak menceraikan isterinya mesti dilafazkan dihadapan hakiman mahkamah syariah.

Bagaimana dengan situasi yang berlaku ini...!!!

Malanglah nasib Che Puan Elia Suhana Ahmad, sudahlah haknya dinafikan untuk menziarahi suaminyanya yang sah, tiba-tiba terus kena cerai talak 3...macam ini memang sepatutnya orang yang menceraikannya dikenakan tindakan saman tuntutan..., oii macam-macam tuntutan boleh dilakukan..satu penganiyaan terhadap kaum wanita.

Berita berkaitan :Kat SINI


Bekas Ahli Parlimen UMNO Mengaku Bersalah Tipu Bank.

Salam Sejahtera...

Tahniah Kerajaan 1Malaysia pimpinan UMNO,, Tahniah Najib,,, sebelum ini ahli-ahli pemimpin UMNO popular dengan kaki rasuah, kaki judi, kini yang terbaharu kaki penipu, tipu bank yob...dah lah pengundi sentiasa kena tipu.....,

Pilihan Raya PBT, Najib Kecut.....?..

Salam Sejahtera...

Masaalah yang perlu dihadapi oleh PM 1Malaysia semakin hari semakin bertalu-talu datang menimpanya,, masaalah terbaharu cadangan Kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengadakan Pilihanraya PBT yang kemudiannya diikut pula kerajaan negeri Selangor telah memberikan satu tamparan hebat buat UMNO dan PM 1Malaysia..,

Apa tidaknya semenjak beliau menjadi PM, di Semenanjung hanya baru sekali UMNO mengecapi kemenangan PRK di Bagan Pinang, selain dari itu di Bukit Selambau, Bukit Gantang, Penanti, Permatang Pasir, Manik Urai semuanya berpihak kepada PR..., malah tercipta satu sejarah UMNO tidak bertanding dalam PRK Penanti...,

Jadi bila sahaja Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor baru bercadang nak mengadakan Piliharaya PBT, menteri-menteri lain semua tak berani jawab, malah menteri yang jaga PBT Datuk Kong Choo Ha pun diam, ia sibuk dengan pemilihan khas MCA yang juga huru hara,, maka PM 1Malaysia sahaja yang menjawabnya,, Di SINI

Menurutnya pilihan raya PBT tidak perlu diadakan kerana ia hanya menyebabkan wujudnya politiking. Pulak dah... aku malas dah nak ulas,,, cuma boleh aku katakan itulah jawapan penakut/pengecut ataupun juga bangang....

Trend Akad Nikad Orang Melayu 1Malaysia...

Salam Sejahtera...

Sewaktu zaman muda aku dahulu tahun 85, kawan baik aku satu katil dalam dorm,, oii, satu katil, tapi ia ia tingkat atas, aku tingkat bawah..., ia menikah hari raya puasa pertama, aku pergi ke Perlis rumahnya, ia bernikah dirumah mertuanya di kampong Mata Air Kangar Perlis, pada malam, aku jadi pengapitnya, arwah bapa mertua (Ustaz Ramli) sendiri yang nikahkan.

Bulan 12 tahun 86 alu pulak menikah, nunnn Kampong Othman Saat (Bendahara) Johor Bahru, kawan aku dari Perlis ni ganti balik jadi pengapit aku, aku akad nikad di rumah mertua aku....,

Itu senario tahun 80han, semenjak 4-5 yang lalu sehingga sekarang, dah tak banyak lagi akad nikah dirumah pihak perempuan, jarang-jarang,, kebanyakannya di masjid, apakah kerana dengan ungkapan kata orang yang menikah itu umpama mendirikan masjid, jadi program akad nikah buat di masjid,

Ataupun juga kita umat melayu ikut trend orang kristian barat yang nikahnya di gereja, tetapi kita umat melayu pula nikah di masjid, maksud aku disini bukanlah sebagai satu kesalahan, tidak sesekali pun, ada bagus dan ada tak bagusnya program sebegini buat di masjid. Bab hukum, boleh atau tidak, harus ka haram aku tak boleh komen,,, hangpa kena tanya tok mufti..,


Namun Trend nikah di Masjid nampaknya semakin bertambah menjadi-jadi lagi nampaknya.., apa tidaknya artis terkenal sanggup pi ke Mekah nak nikah kat Masjidil Haram.,,
Oiii ni kut mana kira pulak ni, pi Mekah niat nak nikah ajalah, kalau niat nak Umrah, terpaksalah kena selesaikan kerja-kerja Umrah dahulu, dah habis semua baru boleh nikah..., sapalah yang jadi jurunikah ya..., aku syorkan Tan Sri Dato Sri Mufti Perak iadi tukang Nikahnya, baru glamour sikit..mana jadi setakat nak dok pertahankan UMNO sahaja, sesekali tu pergilah joint dengan artis-artis buat kerja kebajikan,, bolehkan....

Berita Berkaitan.. utusan.


Monday, March 8, 2010

Guru-guru Daerah Manjung Terkena Malam Tadi..

Salam Sejahtera,,

Sebentar tadi di Surau port aku, bersembang dengan seorang Guru, ia menceritakan malam tadi ada jamuan makan malam untuk guru-guru daerah Manjung.

Bertempat di Teluk Batik Resort, kononnya Makan Bersama Yang Berhormat.., maka ramailah Guru-guru yang berebut nak pergi, buka senang nak makan malam kat tempat high class, nak harap kursus-kursus sekarang ni dah kureng dah,, tak ada lagi...

Bila dah dapat jemputan saja berenut nak pegi, ada sebuah sekolah guru-guru sessi pagi aja yang pulun, tak bagi peluang sama kat guru sessi petang..

Bila program bermula malam tadi, masing-masing terkejut beruk, baru ada akai, program tersebut anjuran UMNO Bahagian Lumut, dan makam malam bersama MB 5-0.. ha ha .. padan muka,,, kena basuhlah cikgu-cikgu.. makan tak setara mana, kena dengak ceramah Zambry...,

Macam budak kecik punya ceramah, Zambri kononya bercerita sewaktu program bersama rakyat di Slim River, ada seorang guru tua yang dah pencen, sebelum ini mengajar Zambri masih menyimpan Kad Selamat Hari Raya yang Zambri hantar sewaktu ia dalam Tingkatan 3 dulu ni,, boleh percaya ka cerita tu,, kemudian zambri bercerita lagi sambil memuji tentang bekas pelajarnya (mahasiswa) semasa di UIA dahulu, Fairuz yang menjadi TKP Pulau Pinang yang mempunya sikap keberaniannya berani berhijrah ke UMNO...

Sebelum ini MB 5-0 menumbang bantuan kepada pelajar cemerlang UPSR dan PMR, malam tadi ia turt menyumbang kepada Guru-guru pula kononya..,,,hangpa tengok tu.. tu pun kata Zambri tak baguih lagi..., baguih la tu.. entah duit sapa yang ia gasak aku pun tak tau, tah-tah duit dari towkey apa ya...!!!..Eeiiihhh...


'SMS' jamin Mohsin tak sokong BN

Salam Sejahteraa...

Berita terkini dari Malaysiakini..., Mohsin AP Bagan Serai jamin tak akan sokong BN walaupun keluar parti PKR menjadi Bebas..., boleh percaya ka... Kenapa tak percaya ?.... Memang aku tak percaya...

Kalau betui tak puas hati,, letak jawatan...., turun mai semuka dengan pengundi Bagan Serai, kalau ada te***..., boleh juga rasa kasut terbang kalau nasib baik.aad rezeki....

Apa pun itu semua janji-janji kerana takut akan sembahyang hajat 7 hari 7 malam,,, itu yang hantar SMS tu, kalau rasa dah betui dengan apa tindakan yang dilakukan teruskanlah..., semalam menteri Jamil Khair pun berkata buat sembahyang hajat doa minta bala sesama saudara Islam berdosa..., Betuilah tu berdosa...,

Aku nak tanya dia balik,, yang dia dok halang DSAI membuat tuntutan Qazaf di Mahkamah Syariah tu demi keadilan tak berdosa ka..., atau pun dosa-dosa dia ada Sultan-sultan yang boleh tolong ampunkan...

Mohsein oi..,. Doa yang teraniya akibat daripada perbuatan khianat kau tu Insyaallah, akan dimakbulkan Allah,, Insyallah, masa masih ada... letaklah jawatan Ahli Parlimen Bagan Serai, biar ada PRK sekali lagi lagi, kita tengok mana UMNO Mau pegi....

Berita Berkaitan : malaysiakini.

Waris suku sakat UMNO pun kaya-kaya belaka...

Salam Sejahtera...

Memang terang dan nyata,,, orang-orang melayu yang menjadi pemimpin dalam parti mereka UMNONgok semuanya kaya raya,,,,, macam mana depa jadi kaya jangan tanya aku, rezki Allah yang kurniakan, cuma cara mereka mendapatkannya, halal ka haram.. wallah huaklam.

Dulu seketika kalau Perhimpunan Agung UMNO di PWTC (Pusat Wanita Tunas Cinta), pengerusi Tetap mesyuaratnya Allahyarham Tun Sulaiman Ninam Shah, tu pun kaya juga,, kalau tak silap jawatan yang dia pegang pengerusi Bas ekpress Malaysia..,

Ganbar sebelah ni adalah gambar anak kepada Allahyarham, Datuk Kadar Shah, dia pun ada jawatan juga dalam UMNO, entah apa ,, cuma sesekali aku dok tengok macam Ayahanda PEKIDA pun ada juga... nak tau loaded ke tidak, tengok curut sudah....

Gambarnya ni aku dapat dari .minaq-jinggo.. Gambar lama, sekarang mungkin lagi brutal agaknya..



Yang ini yang terkini,,, Berita Harian ONline..., Jandanya (spec Hitam) tuntut RM 5 juta, harta sepencarian.., oiii banyak tu 5 juta, kalau aku kena tuntut banyak tu... mana nak kerekau..., 5 juta rupiah pun sakit....

Nak tau puak-puak UMNO ni kaya ke tidak, tunggu jandanya tuntut harta kat mahkamah.. baru pecah lubang...





DATIN Fauziah Harun (kiri), bersama peguam, Kamar Ainiah Kamaruzaman (kanan), keluar dari mahkamah selepas mahkamah menetapkan 6 Mei untuk bicara permohonan tuntutan harta dan nafkah bernilai RM5 juta daripada bekas suaminya, Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman, di Mahkamh Tinggi Syariah Kuala Lumpur, pagi ini. - Foto Rosdan Wahid
Mar 8, 2010 10:53 am

Tahniah Datuk Seri Najib,,

Salam Sejahtera....

Ha sapa yang gatai mulut, dok kata PM !Malaysia tak prihatin kepada rakyat, haaa, mai sini,... aku nak bagi tau.., hangpa nak PM yang macam mana lagi...,..

Lepas ni pesawah-pesawah padi yang dulu kerja membajak sawah, sekarang ni dah tak pakai menajak lagi dah, semua dah pakai mesin kubota atau trektar yang dok bajak sawah...

Jadi sesapa pesawah padi yang gian nak menajak, gian nak tebas rumput haa boleh join sekali.... Tahniah 1Malaysia... Baca Di SINI.

Sunday, March 7, 2010

Ulama-ulama pun dah mula rasa panas .....

Salam sejahtera...

Aku tak perasaan juga.., sebab selalunya setiap hari minggu aku beli juga Utusan Malaysia, buang membazir duit aku sebanyak RM 2.00. Rupanya kolum untuk Dr Asri dah tak ada lagi... kali ini panas Yob..., dia hentam Ulama-ulama... ulama yang macam mana.. bagi aku ulama no 1 yang kena hentam dengan Dr Asri yang paling terasa Mufti SS Tan Sri Dato Seri Harunsani... itu salah sorang ulama yang kena apa yang Dr Asri tulis...

Sebab dari dulu lagi Harunsani memang tak puashati dengan Dr Asri..., sejak Dr Asri jadi Mufti Perlis, Harunsani dah panas dah..., tapi kali ini ramai yang panas ni.. itu sebab Utusan pun dah gam ruangan kolum untuknya...

Baca di SINI.


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari