Ahli Parlimen Sapp Sabah Datuk Eric Majimbun dan Datuk Dr Chua Soon Bui lebih bermaruah dalam arena politik Malayisa jika nak dibandingkan dengan 3 orang lagi AP PKR yang melompat ke bebas tetapi condong mereng berat kepada BN... Mereka yang dari SAPP tetap dengan pendirian hilang kepercayaan kepada BN..Baca DI SINI.
Harap-harap lepas ni ada lagi yang keluar dari BN,, dengar cerita Presiden MCA pun akan ikut serta menjadi bebas, disebabkan permainan UMNO dari belakang yang mahu menjatuhkannya demi mengelak kes PKFZ terbongkar ...
Apa cerita AP Johor Bahru, Datu Shahril Samad, terus senyap diam membisu, pernah mengundur diri dari BBC BN Parlimen, malah sebelum ini di era Mahathir, era tahun 87-88 Shahril pernah letak jawatan AP UMNO dan bertanding Bebas lambang Kunci, menang berbelas ribu majoriti.
PM 1Malaysia merasa optimis untuk mendapat 2/3 majoriti, tetapi apa cerita sebenar di Sabah dan Sarawak, malah di Semenanjung Malaysia pun belum tentu, Tengku Razaleih AP Gua Musang pun menunggu masa yang sesuai..
Kita tunggu apa perkembangan terbaharu selanjutnya...
No comments:
Post a Comment