Nak kata cerita lawak, kartun, Mr Bean, apa saja memang boleh, sebab memang kartun pun, tapi dalam dok kartun kalau jadi apa yang depa dok cadang tu mampuih rakyat dengan aku-aku sekali...., tak tau sapa punya cadangan... Menteri ka IGP...ceramah pakai tak ada dah la.....
Liga Polis jadikan Malaysia bahan ketawa | ||
|
Cadangan kementerian dalam negeri (KDN) untuk menganjurkan pertandingan 'Liga Balai Polis' bagi mengurangkan kadar jenayah dengan balai polis yang paling cekap menerima hadiah wang tunai dibidas. Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kenyataan media hari membantah sekeras-kerasnya perlaksanaan liga itu. Penyelarasnya, Yap Heng Lung berkata Suaram bimbang dengan penyalahgunaan kuasa yang kian menular dan kemungkinan merebak gejala rasuah apabila sesetengah pihak polis cuba menunjukkan pencapaian yang terbaik. “Kami bimbang peluang ini akan digunakan oleh sesetengah pihak polis untuk menangkap sebarang orang awam kononya untuk menunjukkan yang mereka effisien dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk membanteras aktiviti jenayah di Malaysia. “Ramai orang yang tidak bersalah kemungkinan akan menjadi mangsa. Situasi ini sudahpun wujud pada ketika ini di mana ramai orang awam yang tidak bersalah selalu ditangkap dengan sewenang-wenangnya dan dianiya. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya polisi ini diamalkan?" katanya. Yap juga berkata cadangan liga polis oleh KDN ini akan menjadi bahan ketawa di peringkat antarabangsa apabila dunia mengetahui bahawa anggota polis di Malaysia memerlukan ganjaran wang tunai dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah. Sehubungan itu, katanya, Suaram menuntut agar kerajaan menggugurkan idea mereka untuk mengamalkan polisi ini. “Malah, kami menuntut agar kerajaan memindahkan ganjaran tunai dalam polisi Pertandingan Liga Balai Polis kepada penambahbaikan infrastruktur balai polis terutama keadaan lokap dan layanan terhadap OKT (Orang kena Tahan) dalam lokap. “Selain itu, KDN juga harus menggunakan wang tersebut untuk memberikan latihan dari segi hak asasi dan latihan tambahan untuk pihak polis agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih effisien dan profesional,” katanya lagi. Menurut Yap, Suaram sebagai sebagai sebuah badan hak asasi amat bimbang dengan kadar kenaikan kes-kes jenayah dan juga penjenayah di Malaysia. |
No comments:
Post a Comment