boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, March 16, 2010

MCA mulai dulu...

Ka Ting sahkan bertanding Presiden MCA

Mac 16, 10 12:54pm
Bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting hari ini mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan 28 Mac ini.

Ka Ting berkata keputusannya itu berdasarkan dorongan yang diberikan oleh perwakilan parti itu, ahli-ahli veteran dan juga ahli biasa yang mendesaknya 'menyelamatkan' MCA.

"Paling penting, saya percaya gesaan mereka didorong oleh cinta mereka kepada parti dan ingin melihat kemelut dalaman parti yang berlarutan sekarang ini berakhir.

"Kepada semua ahli yang mencintai parti, saya mendengar rintihan anda dengan jelas," kata Ka Ting dalam satu kenyataan media hari ini.

Setakat ini, hanya Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat telah mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan jawatan berkenaan.

Sumber: Malaysiakini.

Komen: Tahniah ... satu permulaan yang cukup baik,,, nanti tahun depan UMNO pun boleh tiru serupa MCA, Mahathir boleh tanding balik Presiden UMNO... sapa setuju..,

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari