boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, March 14, 2010

Episod Antara 2 Darjat Berulang Lagi...

Salam Sejahtera...

Setengah abad berlalu, Tan Sri P Ramlee mengarah dan mengeluarkan filem Antara 2 Darjat, kisah Ghazali bercinta dengan Tengku Zaleha, namun itu hanyalah dalam filem,,,

Setelah 50 tahun kejadian yang agak-agak hampir sama pada pandangan aku berlaku di alam nyata, baca di SINI.


Aku tak mau nak komen banyak hal tersebut, cuma bagi kita sesama manusia yang darahnya semua berwarna merah, tak kira apa keturunan, tak adakah yang perihatin ke atas nasib yang dialami oleh Puan Elia Suhana.

Mana pergi Dato Seri Shahrizat Jalil Menteri Wanita dan Kebajikan, mana pergi SIS, mana pergi Dewan Muslimat, apakah kerana Puan Elia mengambil suami orang maka pihak-pihak yang berkaitan wanita berdiam diri, masing-masing balik melawa jaga badan, jaga laki jagan pasang sorang lagi... padan muka hang, gatai lagi pi ambik laki orang...,,

Oii, jodoh pertemuan di tangan Allah. salahkah Puan Ellia menikah dengan lelaki yang berkemampuan, kalau dah didalam agama dibenarkan, kenapa kita seolah-olak menolak perkara yang dizinkan didalam Islam.

Inilah satu daripada doktrin Yahudi secara halus menghalang umat Islam berpoligami bagi yang berkemampuan. Sayang sekali, perkara-perkara yang dibenarkan dalam syariat Islam, tetapi kita berasa fobia bila mendengarkannya...

Bab ini aku hanya tabik hormat kepada kumpulan Al-Arqam atau Rufaqah, mereka mendahului dari lain-lain jemaah. seorang kawan isteri aku daripada kumpulan Rufaqa mencari wanita-wanita yang belum berkahwin untuk dijadikan isteri no 2 kepada suaminya.. Beruntung laki dia dapat bini macam tu ...

Cuba kita sesekali berfikiran positif bab ini, bayangkan alangkah indah suasana kehidupan berpoligami seperti satu keluarga di Terengganu yang empat isterinya boleh duduk sekali, saling bantu membantu.

Kita sendiri tahu betapa ramai lagi wanita-wanita yang belum berkahwin diluar sana, mungkin nanti anak perempuan atau adik perempuan masuk dalam kumpulan andartu....itu satu hal, lagi satu perkara majoriti umat Islam semakin menurun berbanding majoriti umat bukan Islam. Mahukah kita menjadi umat Islam minoriti didalam negara sendiri seperti yang dilaung-laungkan oleh beberapa pihak...

1 comment:

  1. Banyak benda2 tak elok berlaku di Serambi Mekah tu kan?,contohnya:

    1.Bakar Bayi Dlm Tong Sampah
    2.Bini muda Sultan dicerai Talak 3 sekali gus!
    3.Lelaki 40'an suka kawin budak2 umor 10-11 tahun..
    4.Ramai GRO di KL asal dpd Serambi Mekah.
    5.KB pekan paling kotor
    6.Patung Budha tersebar ada kat Tumpat.
    Isk,banyak lagi kan! Agak2nya kenapa kat Serambi Mekah kita tu ada benda2 tak elok ni?? Kenapa aahh???

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari