Hurggh, hebat, memang berinterigriti,, semalam di sebut dalam parlimen, hari ini bersempena dengan hari ulangtahun yang ke 203 terus kes tersebut akan disiasat oleh pihak polis, apakah kerana orang yang disebut itu 1Malaysia?..
Confius juga aku, sebelum ini kejadian sebegini SPRM punya tugas, tetapi apakah dengan tambahan kenaikan elaun RM200 sebulan, tugas tersebut telah diambil alih.... Baca DI SINI
He he,,, awak peguam, kacang aja jawapan yang nak diberikan kepadda polis tu nanti..,,
Bhai Manjung Mari,
ReplyDeleteNieh gua nak bagi peringatan kat Zul Kulim dan SPRM (biler la diorang nak tangkap Zul Kulim nih)..
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008,
Bahagian IV, Fasal 25,
Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan
25.
(1) Mana-mana orang yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan,apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.
(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(3) Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.
(4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya.
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz0jBLTx4Zf
Pujuk2 la PAS ajak keluar dpd PR.Lebih lama PAS dok dlm pakatan haram tu lebih besar pekongnya akan didedahkan.Lagi pun PAS sebenarnya tak perlukan DAP atau PKR.PAS boleh wujud atas kekuatannya sendiri.Percayalah PKR pimpinan Anwar akan berkubur jua akhirnya dan hero2nya yg kuat berkokok hari ini akan kembali jua ke reban asal mereka dlm UMNO.Cukuplah PAS dipermainkan dan diperkotak-katikkan oleh Lim Kit Siang dan Anwar-tak tahu kah kamu DAP selamanya langsung tidak mempercayai PAS? Kit Siang memerlukan PAS utk 'political survival'nya sedangkan dibelakang PAS, si DAP akan ketawa berdekah-dekah kerana berjaya melembukan PAS utk kepentingan DAP. Tak mengapa kalau kalian nak marahkan aku,cuma jangan emosi,cubalah keluar dpd kepompong bebal mu itu barang sebentar dan lihat PAS dari luar.Ya,di luar sana masih ramai orang,termasuk golongan muda yg mengharapkan PAS menjadi dinding yg melindungi mereka dari dunia hingga ke akhirat,tapi buat masa ini mereka melihat dinding PAS dipenuhi wajah2 kafir anti-Islam yg tegar spr Karpal dan Kit Siang. Dengarlah jeritan dan rintihan mereka.Laba jangka pendek yg ingin direbut oleh kepimpinan PAS melalui kerjasama longgar dgn DAP dan Anwar hanya akan menjurus PAS ke alam kegelapan yg akan memusnahkan masa depan PAS sendiri.Atok aku,bapak aku dan tokwan aku sekampong semuanya merupakan penyokong tegar PAS, tapi aku dan golongan seangkatan dgn aku kini dah tak suka PAS kerana kami masih mencari PAS yg dulunya amat mempengaruhi pemikiran kami.Kamu tahu di mana PAS itu sekarang??
ReplyDeleteJadi UMNO yang bersahabat dengan MCA , MIC , PPP , Makkal Sakti yang juga kafir tu macam mana ya ? Kami pun tahu dimana UMNO sekarang ... Sebab tu Al Marhum Tunku Abd Rahman dan Almarhum Tun Hussein Onn sampai meninggal dunia tak sudi masuk UMNO Baru..... Kata pepatah ... Orang yang duduk dalam rumah kaca , jangan cuba membaling batu !!
ReplyDelete