Sebelum PRU 12 dulu, ini hujah BN terhadap BA+DAP. Masa tu Pakatan Rakyat belum ada lagi.
1. Macam mana pembangkang nak memerintah sedangkan depa tak ada pengalaman?
2. Macam mana depa nak memerintah sedangkan depa sendiri dok beramuk? Pas tak boleh duduk dengan DAP.
3. Kalau pembangkang menang, hak Melayu habih tergadai.
4. Kalau pembangkang menang, Pas jadi boneka DAP.
5. Kalau pembangkang menang, negara hancur.
6. Anwar ejen CIA, ejen Yahudi.
Apa pula manifesto BA+DAP?
1. Kita akan hapuskan rasuah dan penyelewengan.
2. Kita akan memberikan keadilan kepada semua.
3. Kita akan memberikan kebebasan bersuara dan kebebasan media.
4. Kita akan kembalikan hak rakyat.
5. Kita akan pastikan sistem yang adil, telus dan berwibawa.
Hangpa sambung la lagi. Banyak janji-janji yang dibuat oleh BA+DAP.
Itu sebelum menang. Bila dah menang?
Sekarang ramai orang-orang PKR dah mula rasa keenakan memegang kuasa. Dan bila pegang kuasa, apa yang depa cakap?
Kita kata nak bagi keadilan untuk semua tapi bila Zaid nak bertanding, kita kata dia masih baru. Kesetiaan belum teruji.
Bila umno kata Anwar ejen Yahudi dan CIA, kita melenting. Mana bukti?
Tapi bila orang kata Zaid ejen Umno…terus percaya?
Kita jadi jaguh untuk kebebasan bersuara…tapi bila ditegur, kita melenting. Ciss…kurang ajar. Kita maki Umno takpa…tapi kalau ada orang tegur kita, melenting. Kurang ajar…tak hormat pemimpin.
Kita marah Utusan kutuk kita, tapi Harakah dan suara Keadilan ada cerita yang baik tentang Umno ka? Serupa saja.
Kita kutuk SPR yang tak adil dan tak telus. Tapi bila Zaid kutuk sistem kita yang dua kali lima, kita marah.
Aku kenal Zaid macam aku kenal Anwar. Cuma tengok dari jauh. Cuma dalam setahun dua ni baru aku ada peluang duduk sembang dengan Anwar. Itu pun secara berkumpulan.
Kali pertama aku berhadapan dengan Zaid ialah masa Majlis Dialog yang dianjurkan oleh AMK Perak kira-kira tiga bulan lalu. Dialog selama dua jam itu yang menarik minat aku. Bukan aku minat tentang kepetahan dia, tapi idea dia tentang Pakatan Rakyat dan macam mana nak ke Putrajaya. Frank and straightforward. Tak ada retorik…walaupun ada masanya sakit hati jugak bila dia kutuk PKR kerana masih lemah berbanding Pas dan DAP. Tapi apa yang dia cakap adalah realiti.
Lepas tu aku tak pernah jumpa dia. Aku tak minat nak jumpa orang ‘atasan’, tapi pasai dah terdesak, aku jumpa dia juga minta tolong.
Team aku sedang membangunkan sistem pemantauan pengundi untuk JPRP. SPR buat macam-macam kat Daftar Pemilih, menghilangkan pengundi, mengubah tempat mengundi..tapi sapa nak pantau apa yang SPR buat? Berapa banyak Cabang PKR yang ada Daftar Pemilih terkini? Kebanyakan Cabang tak tau pun Daerah Mengundi depa sudah berterabur. Hangpa pi la tanya …Cabang mana yang ada Daftar Pemilih terkini? Masa PRK Hulu Selangor, Dolah Sani sendiri tak tau Batang Kali dah ada 18 Daerah Mengundi. Dia masih pakai Daftar Pemilih 2008 yang ada 16 Daerah Mengundi.
Tapi nak buat sistem bukan murah. Nak beli Daftar Pemilih seluruh Malaysia memerlukan antara 60-70 ribu. Nak bayar programmer pun makan 10-20 ribu. Bukan senang nak menjejak 12 juta pengundi di Malaysia. Umno memperuntukkan 14 juta untuk membangunkan sistemnya. boleh tengok disini…http://sikap.com.my. Tapi hangpa tak boleh masuk kecuali ikut pintu belakang.
Aku cuma minta 300 ribu untuk menghasilkan sistem yang lebih baik dari itu. Dan JPRP setuju. Bayar ikut mana yang mampu…secara ansuran pun takpa.
Fasa pertama, kena beli Daftar Pemilih. Kami keluar 50 ribu. Dah siap…duit tak ada. 50 ribu hanya cukup untuk bayar programmer, dan Daftar Pemilih untuk 4-5 negeri.
Sampai sekarang, satu sen pun tak dapat dari parti. Modal hangus, member terpaksa jual Harrier. Aku tebai muka. Kereta tersadai kat workshop dah tiga bulan. Tapi aku tetap nak buat juga, sekurang-kurangnya…dapat beli daftar pemilih. Dan aku minta tolong kat Zaid, sebab orang kata dia banyak duit.
Zaid bagi tau, kalau nak daftar Pemilih dia boleh tolong dapatkan, kalau nak programmer, dia boleh dapatkan. Tapi kalau nak cash..sori la. Tak kan nak beli Daftar Pemilih pun parti tak mampu? Buat Kongres habih berjuta, nak beli Daftar Pemilih tak ada duit? Habih tang situ.
Aku kata, toksah nak beli Daftar Pemilih…nak hantar notis Mesyuarat Agung pun tak dak duit nak beli setem.
Macam tu nak pi Putrajaya? toksah la berangan-angan nak pi Putrajaya kalau parti pun teruk.
Kemudian demam Pemilihan pun bermula. Semua calon nak cari kaki. Dan kaki Zaid untuk Perak ialah Hj. Mail. Hj. Mail minta aku tolong, sebab dia rasa Zaid lebih baik. Dengan Mus, Hj. Mail tak ngam. Dengan Azmin, sejarah lama masih terngiang dikepala. Aku jadi derebar Hj. Mail. Dan kali kedua aku jumpa Zaid kat R&R Bukit Gantang makan kacang rebus dan pekena kopi O. Bukan kat hotel.
Tiba-tiba, Hj. Mail dapat jemputan dari Azmin untuk perjumpaan di Permatang Pauh. Hj. Mail kata dia saja nak pi tengok. Tapi bila balik, dia pusing 180 darjah. Sebabnya? If you’re not with Azmin, you’re out.
Memang Hj. Mail patut cakap macam tu, sebab bila dia lawan Azmin masa dia jadi Pengerusi PKR Perak dulu…dia out. This time, kalau Azmin menang, Mus gerenti out.
Hubungan dengan Zaid terputus.
Satu hari dalam bulan puasa, aku dijemput oleh seorang wakil Zuraida untuk berbuka puasa. Aku terima. Selepas berbuka, Kami berbual dan aku diminta untuk menulis tentang keburukan Zaid. Dibayar setiap bulan untuk menjadi blogger hantu.
Aku kata, tak payah jadi blogger hantu. Aku akan tulis di UREKA menggunakan nama aku sendiri. Dan aku akan dedahkan tentang keburukan Zaid. Zaid dikatakan disponsor oleh Daim Zainudin. Zaid bagi 10,000 untuk setiap cabang. Zaid adalah Trojan Horse. Aku minta bukti dan aku akan siarkan dalam UREKA. Kita singkir Zaid dari PKR. Aku setuju untuk menulis….right here in UREKA.
Tapi aku perlukan bukti, sebab dia ada banyak lawyer. Nanti kalau aku kena saman, naya saja. Dan kalau tak ada bukti dan tak ada orang yang mahu bertanggungjawab, aku tak mau. Huloq tengkok buat apa.
Zuraida gagal memberikan bukti. Sebaliknya dia menuduh aku jadi barua Zaid. Dan aku jadi macam Zaid. “Aku tak buat pun depa kutuk. Lebih baik aku masuk gelanggang.”
Aku sokong Zuraida bila dia melancarkan “No to Gutter Politics”. Sekarang aku sokong Zaid, “No to Umno Politics” sebab apa yang dibawa oleh Team Azmin dan Zuraida adalah politik Umno.
No comments:
Post a Comment