boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, October 15, 2010

GST ubah kepada bajet 2011..

Dua hari sudah kita semua pakat-pakat seronok suka, bila kerajaan bersetuju menangguhkan dahulu GST,, maka berkata segelintir pimpinan pembangkang yang ada keberkesanannya tindakan pembangkang di parlimen, betui ka... wallahhuaklam..

Tetapi petang tadi, bila aku balik rumah jam hampir 6.00 ptg, sidang bajet dah habis dah pun, sekejap saja, tak macam zaman DSAI menjadi Menteri Kewangan, berejam-rejam sidang bajetnya... sampai ada yang kata ramai tak sempat nak sembahyang asar...

Bila aku masuk rumah, terus on TV, yang ada perbincangan bajet di TV3, benggali dengan seorang perempuan tua, melayu ke cina aku tak pasti, kalau islam tentu ia menutup aurat, yang aku sempat dengar perbincangan mereka ialah cukai perkhidmatan dan cukai TV berbayar, apakah pengguna ASTRO akan kena bayar cukai 6%,, nasib baik rumah aku siaran TV masih OK,, tak perlu kepada ASTRO...

BAJET 2011: Cukai Perkhidmatan Naik Kepada Enam Peratus

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mencadangkan cukai perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan yang dikenakan cukai meningkat kepada enam peratus daripada lima peratus pada masa ini untuk menjana pendapatan cukai tambahan bagi pembangunan nasional.

Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari, 2011, demikian terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad-kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua. -BERNAMA


Kerajaan kata depa tangguh GST, dalam dok tangguh depa tibai 6 persen dah duit rakyat... padan muka hangpa...

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari