boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, October 27, 2010

Selamatkan Teluk Rubiah - Tahun 2009 Pelaburan di Perak Merosot.

Apakah punya sial yang dialami oleh negeri Perak Darul Riduan setelah UMNO membuat rampasan kuasa pemerintahan dari Pakatan Rakyat, yang mengakibatkan Pelaburan di negeri Perak merosot.

Oii, ini bukan cerita kosong, fakta oii, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, menunjukkan pelaburan di Perak menunjukkan penurunan sehingga 12.0 peratus kepada RM635.50 juta (2009), berbanding RM722.35 juta pada tahun 2008... Baca di DI SINI.

Kira pandailah ya Zambri Mamak memerintah....., pergi keluar negara merata-rata, mencari pelabur luar masuk melabur kenegeri Perak, namun hasilnya zero...

Mungkin disebakan tiada pelaburan luar yang masuk inilah membuatkan blogger otai-manjung.. tak jemu-jemu menulis di blognya dan facebook mengenai pelabur dari Brazil akan mendirikan kilang besi dan aluminium di tapak pusat peranginan Teluk Rubiah.

Projek ini apa yang aku dapat tahu maklumat terbaharu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) sendiri menentang, ada salinan surat dari SAM yang sempat aku baca semalam, dan salinan surat ini boleh dikatakan dituju terus kepada MB Perak dan salinannya kepada semua pimpinan dalam negeri Perak, banyak faktor-faktor yang menyebakan SAM menetang.

Yang menghairankan aku ialah, kenapa projek ini didiamkan oleh pimpinan PR terutama DS IR Nizar sendiri selaku Adun Pasir Panjang, kalau puak UMNO memang dah sejak dari zaman azali lagi depa tak kisah, tak kira halal atau pun haram, yang depa kira duit, dollar dan RM.. Cuma aku sempat terbaca dalam facebook Otaimanjung Dato Ngeh Ahli Parlimen Bruas akan membawa kes ini ke parlimen.

Apakah disebabkan faktor pelaburan merosot, maka projek diTeluk Rubiah akan diteruskan dan perkara ini didiamkan oleh semua pihak dengan membiarkan nasib penduduk disekitar daerah Seri Manjung bakal menerima bahana-bahana pencemaran alam yang membahayakan kesihatan, pencemaran ini dia tak kira siapa, orang UMNO, PKR atau PAS semua nya pasti kena....nasib kau orang lah, nak buat macam mana,,, negeri ini memerlukan pembangunan, nak kan pembangunan perlu ada pengorbanan.... pengorbanan kepala hotak hangpa!!!.....




2 comments:

  1. dey zambree! teh tarik satu.

    ReplyDelete
  2. salam. hargai posting ini, 'signal' utk kebaikan semua. Ada pemimpin yang alert, 2 hari lepas Team SAVE TELUK RUBIAH (proTeSTeR) didtgi ketua pkr lumut yg turun ke ofis proTeSTer utk dptkan maklumat terperinci, hari ini dia maklumkan sudah menghubungi Dato Ngeh dan DS Nizar. Satu program melalui parti2 politik, dan setiap wakil parti 'yang boleh bekerja' akan duduk satu bilik berbincang utk capaikan misi proTeSTeR. Jangka selepas prk galas dan batu sapi. Moga ia menjadi kenyataan.

    Terbaru, Prof. Hassan (zentrum) turut bekerjasama dlm misi ini dr australia utk sebaran serta dptkan bantuan dr pertubuhan antarabangsa, beliau turut berada dan komen di http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-Teluk-Rubiah-Manjung-dr-kerakusan-manusia/167668853245296?ref=mf.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari