boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, October 18, 2010

Kerajaan BN Perak adalah HARAM...

Salam sejahtera....

Petang semalam, Ahad 17/10/10 satu majlis minum petang secara santai diadakan sebuah kedai minum berhadapan padang SK Muhamad Saman Pasir Panjang Seri Manjung. tetamunya biasalah Adun Pasir Panjang DS IR Nizar, datang bertemu pendudk kampong Pasir Panjang dan sekitarnya...
Double klik untuk gambar lebih besar
Nampaknya majoriti yang datang adalah warga pencen.....



Perhormatan Nizar buat warga emas.....


Ustaz Arifin Pasir Panjang, yang kelitan uzur pun turut datang..

Pak Long,, warga pencen yang tak pernah miss setiap kali Nizar turun di Pasir Panjang..

Ucapan Nizar pada petang semalam, banyak berkisar kepada Isu semasa, terutama hal bajet, cuma yang aku nak fokuskan ialah kisah pada sebelah pagi semalam, Nizar memaklumkan satu muzakarah antara PAS dengan UMNO yang diadakan di Hotel Excelsior Ipoh anjuran sebuah NGO.. Ada cerita di sini

Pihak yang menganjurkan program tersebut telah mengumpul maklumat serta membuat tinjauan diketiga-tiga DUN yang melompat dan membawa kes tersebut ke Darul Ulum di Pakistan dan Darul Ifta di India untuk mendapat apakah hukum rampasan tersebut.

Jemputan telah dibuat ke atas Zambri, Harunsani dan beberapa lagi orang UMNO, namun seorang pun tak datang, malah Harunsani selaku mufti telah menghantar surat rasmi darinya mengatakan hal-ehwal politik negeri Perak tak ada kaitan dengan Islam, namun Nizar tak sempat nak bawa surat tersebut.., yang syoknya dalam surat tu mengatakan fatwa tersebut turut di sokong oileh Dr Harun Din, lagi sekali Mufti menipu..

Keputusan yang dikeluarkan berdasar fatwa dari ulamak besar dari Pakistan dan India itu telah menyatakan ketiga-tiga ADUN tersebut telah kianat, manakala pengundi yang mengundi mereka setelah kajian dibuat oleh NGO memaklumkan hampir keseluruhan mengundi mengundi atas kapasiti parti, bukan atas nama calon..., jadi bila merujuk kepada Al-Quran surah Al Maarij dan surah alMukminun, yang berkisarkan hal kianat, fatwa dari mereka telah mengesahkan rampasan yang dilakukan oleh Najib laknatullah adalah haram seharam-haramya,

Manakala kalau dikaji dari segi perundangan negeri, kaedah undang-undang tubuh negeri Perak dan beberapa aspek yang pun turut menyatakan adalah haram,,

Manakala semalam juga menurut Nizar ada sekumpulan seramai 6 orang yang diketuai oleh seorang doktor telah membuat pengakuan dan mengaku bahawa mereka berenam pada malam pertama kejadian rampasan negeri Perak telah pergi ke rumah mufti harunsani dan menyatakan hal tersebut, Mufti telah mengatakan Pilihanraya semuala hendaklah diadakan semula di ketiga-tiga kerusi DUN yang melompat, namun pada keesokan harinya keputusan mufti itu telah berubah dengan mengatakan harus pula diatas keperluan politik semasa..., semuanya ini adalah tekanan dari UMNO, maka dari sini terbuktilah Mufti pun turut sekongkol dalam hal rampasan negeri Perak.

Jadi kita bayangkan... Mufti, MB, EXCO-EXCO semuanya makan duit gaji, elaun, semuanya HARAM BELAKA... dan apa yang mereka perlakukan di muka bumi negeri Perak ini sama-samalah kita tuntut di hadapan Allah S.W.T di Yaumul Mahsyar nanti... Insyaallah, aku akan tuntut...
.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari