boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, October 30, 2010

Presiden Bola Sepak Negeri..

Salam Sejahtera...

Malam ni sekali penentuan pasukan negeri mana yang layak untuk menjulang Piala Malaysia selepas 90 minit permainan antara Kelantan VS Negeri Sembilan..

Mohamad Hassan, Presiden PBNS dan Presiden KAFA Annuar Musa (kanan) mengangkat Piala Malaysia pada program Sebelum Wisel sempena final antara Negeri Sembilan-Kelantan malam tadi. — Bernama
Mohamad Hassan, Presiden PBNS dan Presiden KAFA Annuar Musa (kanan) mengangkat Piala Malaysia pada program Sebelum Wisel sempena final antara Negeri Sembilan-Kelantan malam tadi. — Bernama

Aku tak mau nak ulas siapa akan menang, walaupun hati kecil berharap Kelantan yang akan menang,, cuma cuba kita perhatikan tengok, setiap pasukan negeri-negeri yang bernaung di Malaysia, Presiden Persatuan Bola dinegeri masing-masing diteruaji oleh Menteri Besar negeri tersebut, tetapi berlainan dengan Kelantan sejak TGNA menjadi Menteri Besar.

Nampak atau perasan atau tidak, ini pun salah satu mengikut ajaran Islam, memegang sesuatu tugas tu biarlah yang ahlinya, TGNA ia seorang ulama, ia tak mahir hal-ehwal bola sepak, jadi lebih ia serahkan bab bola tu kepada yang ahlinya....,

Ini tidak, ada satu negeri tu, MBnya dah jadi Presiden, biasalah tradisi, Pengurus pasukan bola pun aiieeh,, Ustaz juga yang nak jadi,, dengar cerita mula-mula tak nak dibaginya,, merajuk pula... last-last pasukannya tu pun tak sampai kemana,, hanyas setakat suku atau separuh akhir sahaja..

Salah kah, kalau MB sesebuah negeri tak pegang jawatan Presiden Bola sepak, bagi kat orang lain, seperti mana TGNA lakukan tu,, adalah lebih baik MB tumpukan kepada tugas dan tanggungjawab kerajaan negeri, itu adalah lebih baik, cukuplah glamour yang dah dok ada dengan jawatan MB tu...

Bukan apa, dengan apa yang berlaku atau yang dipraktikkan di negeri Kelantan, nampaknya impaknya ialah Kelantan berjaya di peringkat akhir, sebab mungkin juga Presiden KAFA Anuar Musa orang yang betui-betui minat dengan bola, beliau boleh menumpukan sepnuh masa dengan KAFA, maka berjaya team KAFA ke peringkat akhir lagi...

Alangkah baiknya negeri-negeri Pakatan rakyat yang lain mengikut seperti mana negeri Kelantan untuk peningkatan pasukan bola negeri masing-masing...

1 comment:

  1. kelantan menang mlm ni & player akan digunakan utk kempen BN di galas

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari