ENCIK ABDUL RAZAK BAGINDA: Kerajaan Malaysia tidak harus salahkan rakyat yang tidak menyokongnya. Sebaliknya ia perlu menilai kelemahan diri dan berusaha memenangi semula hati mereka.
- Foto JOHARI RAHMAT
14 May 2013
Razak: Pengundi masih undi berdasar kaum
JURANG antara masyarakat bandar dengan kampung yang disebut sebagai antara isu yang memainkan peranan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Malaysia adalah alasan yang terlalu mudah bagi menggambarkan sikap pengundi dalam pilihan raya lalu, kata pengamat politik dari negara jiran itu, Encik Abdul Razak Baginda.
Beliau berpendapat dalam pilihan raya yang baru berlalu, para pengundi masih mengundi berdasarkan kaum.
Encik Abduk Razak, yang ditemui wartawan di Singapura semalam, berkata penilaian buku teks tentang politik Malaysia menunjukkan bahawa ia masih berdasarkan kaum dan hal itu tidak akan berubah.
"Tidak mungkin kami akan beralih daripada politik perkauman. Pilihan raya yang lalu menunjukkan sikap pengundi masih berdasarkan kaum. Jika setelah lebih 50 tahun (Malaysia) merdeka, kami masih mengundi berdasarkan kaum, tidak mungkin Malaysia akan beralih daripada politik perkauman," katanya.
Beliau memberikan contoh bagaimana kawasan undi parlimen Lembah Pantai, yang terletak di bandar, melihat 29,161 orang mengundi Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mewakili perikatan kerajaan, Barisan Nasional (BN).
Datuk Raja Nong Chik menentang Cik Nurul Izzah Anwar yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu parti komponen pembangkang, Pakatan Rakyat, dan calon bebas, Encik Rusli Baba.
Cik Nurul Izzah memenangi persaingan itu dengan majoriti 1,847 undi.
"Masih ada hampir 30,000 orang di kawasan bandar yang menyokong kerajaan, anda tidak boleh katakan ia jurang masyarakat bandar dan kampung. Oleh itu, alasan bahawa adanya jurang masyarakat bandar dan kampung adalah alasan yang terlalu mudah," ujarnya.
Encik Abduk Razak berkata beliau mengesyaki bahawa alasan jurang antara masyarakat bandar dengan kampung yang kini dibangkitkan mungkin bertujuan 'mengawal kerosakan' (damage control).
"Apabila tsunami Cina disebut dan perdamaian nasional diperkatakan, saya rasa ramai yang rasa bahawa masyarakat Cina tidak harus dihukum dan tidak adil untuk berkata demikian," katanya.
Tambah beliau, jika seseorang mengundi menentang kerajaan, orang itu tidak boleh dipersalahkan kerana dalam sesebuah demokrasi, seseorang itu boleh mengundi atas apa jua alasan.
"Jadi, jika anda kalah, kerana anda katakan orang Cina mengundi menentang anda, anda tidak boleh katakan kepada masyarakat Cina bahawa ini adalah tsunami Cina dan apa lagi yang mereka mahukan. Tidak. Mereka berhak mengundi sesiapa yang mereka mahu. Itu demokrasi," kata beliau, yang pernah menjadi pembantu rapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tambah beliau, adalah lebih baik bagi kerajaan sekarang mengkaji apakah rasa tidak puas hati golongan yang tidak mengundinya dan menangani rasa tidak puas hati itu.
Beliau memberi contoh sekiranya kerajaan menyatakan bahawa media sosial memainkan peranan dan parti pembangkang, Parti Tindakan Demokratik (DAP), menanamkan rasa antikerajaan dalam minda rakyat, kerajaan harus meneliti mengapa kebohongan sedemikian mudah dipercayai.
"Adakah ia kerana kredibiliti kerajaan begitu teruk? Pada saya, hentikan menyalahkan rakyat. Lihat diri sendiri... (tanya) apa yang boleh kita lakukan untuk memenangi semula mereka yang tidak menyokong kerajaan," katanya.
Sumber Berita Klik Sini
Keluhan macam tak puas hati dengan sahabat baik sendiri rasanya...
P121 Lembah Pantai
ReplyDeleteMalayu 55% , Cina 23% India 20% Lainlain 2%
Melihat Polar pegundi Cina (90%) & India (50%) megundi PR, maka dapat disimpulkan bahawa,
Pengundi Melayu masih lagi menyokong BN sebanyak 65% (21,756) dari Jumlah pengundi (33,470)
Mmg patut pun bn kalah.
ReplyDeleteMamat ini ada di KL. Mana ada imuniti di London.
ReplyDeleteKat Lembah Pantai tu masih lagi kampung. Mentaliti kampung.
ReplyDelete