boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, May 16, 2013

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO tak dapat jadi MB, ganti jadi Timbalan Menteri.

Terkini Umno untuk siapa?...Siapa yang berkuasa dalam Umno,,, Presidennya,,, ada yang kata bini atau mem Presiden yang berkuasa,, ha ha ha...


Tapi apa yang duk nampak,, Presiden Parti berkongsi kuasa dengan Mahathir,, rampas hak ahli-ahli bawahan mereka... 

Lihat cerita di bawah...


Ahmad Bashah dari ADUN ke Kabinet...



ahmadbashahDatuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersedia berkhidmat di peringkat persekutuan selepas sekian lama berbakti di negeri Kedah.
Baginya pelantikan tersebut merupakan satu amanah besar yang diberi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahmad Bashah berkata walaupun pertama kali memegang jawatan Timbalan Menteri dan diberikan portfolio yang baharu, baginya tanggungjawab itu harus dipikul dengan cermat, penuh berhemah dan dedikasi bagi memastikan kementerian berkenaan terus berdaya saing serta maju

"KPDNKK adalah bidang baharu bagi saya dan saya akan mendapatkan tunjuk ajar daripada menteri bagi memastikan tugasan dapat dilakukan dengan baik.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan ini dan saya akan berusaha penuhi kepercayaan beliau untuk laksanakan pelan transformasi negara," kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu ketika dihubungi di Alor Setar, Rabu.
Beliau yang merupakan ADUN Negeri Bakar Bata akan dilantik sebagai Senator dan memegang jawatan di peringkat persekutuan.
Beliau berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan apabila pernah menjadi anggota exco kerajaan negeri selama dua penggal iaitu sejak 1999 hingga 2008.


Sepatutnya ikut giliranlah,, member dah menang kerusi Dun,,dah berapa penggal jai Adun, Exco,  ikutlah hieraki, beliaulah,, selaku Ketua Perhubungan Umno Negeri Kedah,, tetapi oleh kerana nafsu amarah Mahathir,, 

Najib terpaksa ikut kata,,anak Mahathir yang baru setahun jagung berpotik dah jadi MB..

Kalau tidak kena tekanan lepas jawatan PM,,, jadi mangsa Ahmad Bashah,,, dapatlah sekadar Timbalan Menteri,,, 
Umno untuk siapa,, anak beranak keturunan Najib, Mahathir,, sikit hari Hishamudin pula,,, Muhyiddin Yasin,, belum tentu,,, macam-macamboleh jadi nampaknya...
  

8 comments:

  1. Bodoh punye komen la lu...lu nk ckp umno..sekurang2nya dato ahmad bashah jd timb menteri walaupun dia peng umno kedah..abis di selangor? Ada ke ikut hierarki? Azmin ketua pkr negeri xdptpun jd mb...betul2 ngok punye komen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, yang lu mengong pasal selangor apahal. Selangor PR yang menang. Bukan PKR menang. PKR hanya sebahagian daripada PR. Menangpun 14 kerusi jer. PAS menang 15 kerusi dan DAP menang 15 kerusi. Kepimpinan PR sebulat suara setuju dengan MB lama untuk terus menyambung tugas. Hanya beberapa pemimpin PKR saja perasan yang kerusi MB tu PKR punya. Nak kata orang ngok, agak-agak la. Awak tu camna pulak Bro????

      Delete
    2. machai ni buta gamaknya. anak mahadir x menumpang mahadir je. mcm najib menumpang razak je. kalo x. x mau nye org umno kedah nak kan dia jadi MB. masa dia jadi menteri perdagangan pon hutang negara x jugak2 langsai.kahkahkah

      Delete
    3. aku kata orang umno ni bodoh kang marah..azmin ketua pkr selangor..tapi Khalid tu ketua PR Selangor....umno..umno

      Delete
    4. Ya betul,
      Selangor pr menang. Ikut suka dialah apa nak buat.
      Federal bn menang. Ikut suka dialah jugak.
      Yang ko sebok kenapa?

      Delete
  2. Siapa ckp PR sebulat suara di selangor? Juak2 pr je ckp..pencacai2 bwhan yg ckp..tp di peringkat atas bergolak..azmin selaku ketua pkr negeri udah keluarkan press media ckp xsetuju dgn perlantikan khalid gagap.sbb pusat mengenepikan suara azmin selaku ketua pkr negeri...inilah dikatakan cetek pemikiran..pr ni nampak tenang didalam tetapi berkocak diatas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat tong taik mana kau kutip info ni? Setahu aku PR tak ada pencacai2 bawahan. Yg ada pencacai2 bawahan cuma kat BN je. Mcm kau kah! kah! Kah!

      Delete
    2. Komen saudara mcm org yg tiada akal..mcmnila gaya org2 pr ..dah xde fakta nk berhujah.pastu spin balik...senang citer mudah je..tgh seronok dlm xsedar org2 pr ni dah dijadikan pencaturan mainan Cauvinis dap...sedar2la...korang dok hentam2 umno..dlm masa yg sama dap mempergunakan pas dan pkr bg memecahkan tembok org melayu.tp skang alhamdulilah..ada kalangan pemimpin pas dah sedar...just pkr je yg masih dibuai mimpi utk ke bulan yg xberapa mcm bulan tu..silap hb,korang mengemis dan merempat dinegara sendiri angkara cita2 dap...apapun pkr pusat udah bergolak angkara azizah...azmin dah secara terbuka hentam azizah dan anwar...abisla cita2 anwar nk jd pm...kuang3

      Delete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari