boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, May 17, 2013

Coretan buat menteri Umno yang mulutnya celupar ....

Sebagai peringatan dan ingatan,, tak kiralah awak menteri ke awak siapa saja,, mulut tu janganlah celupar sangat,, rakyat semuanya memperhatikan apa yang berlaku,,, 

Aku jumpa satu coretan ini yang ditulis entah dari siapa , tapi yang pasti dari rakyat dibawah zone parlimen Bagan Datuk sendiri buat si menteri ni,,,


Anak dia kemalangan sebaik saja menunjukkan isyarat tak bagus @ thumbs down pada anak-anak muda yang sedang memasang bendera PKR dekat Parit 9 sana..dia yang naik motor berkuasa tinggi tanpa memakai helmet ( sebab katanya bapak dia kan Datok) terus hilang kawalan lalu jatuh dan terseret di atas aspal yang mengakibatkan hentakan kuat di kepalanya. Dia koma dan dibawa ke hospital Tawakkal,Kuala Lumpur. Tempurung kepalanya pecah dan mesti dibedah segera. Pak Subky Latif dan suami kepada sahabat saya di sini sempat menziarahi anaknya di hospital. "Keadaannya masa itu memang kritikal. Si emak tak tanggal telekung dan setia mengaji di sebelah katil anaknya." 

Ramai saksi yang melihat kejadian kemalangan itu antaranya anak kawan saya yang rumahnya tak jauh dari tempat kejadian. Yang tak enak didengar ialah budak itu baru saja balik mengedarkan risalah mengutuk PR dan di dalam beg yang dibawanya terdapat wang yang banyak. 

Ramai kawan saya berada dalam Amanah Ikhtiar. Mereka bercerita si bapak datang berjumpa mereka dan minta tolong doakan anak dia yang koma dengan airmata yang bertakung! Dalam masa yang sama dia berpesan kepada mereka-mereka yang hadir dalam ceramahnya, sekiranya ada orang PR datang ke rumah mengedarkan risalah ,jangan buka pintu!!!

Kemudian heboh cerita anaknya dah meninggal dan dikebumi di kampung emaknya. Tup-tup timbul pulak cerita budak tu masih hidup. Entah mana 1 yang betul. Kami di sini tak ambil kisah pun. Cerita tu berlalu dibawa angin. Kemudian dapat pulak cerita anaknya masih ok. Dah sedar dan dah boleh bersalaman dengan si bapaknya. Baik. Itu kisah sedih keluarga mereka. Kita pun ada kisah suka-duka kita masing-masing.

Yang jadi kesalnya sebaik saja dilantik jadi menteri KDN, kenapa celupar sangat mulutnya? 5.6 juta rakyat Malaysia yang tidak menyokong BN hendaklah keluar dari bumi Malaysia ???? Kami semua membayar cukai sama seperti mereka yang tegar BN dan UMNO-nya. Kami juga adalah rakyat Malaysia!

Zahid...Malaysia ni dan seluruh alam ini Allah yang punya. Bukan awak yang punya. Awas bila berkata-kata. 



9 comments:

  1. Bile dah menang... mula tunjuk besar kepala.
    Ini dunia AKU YANG PUNYE...! Nanti satu masa kita ajar dia balik!!!

    ReplyDelete
  2. nelayanbimbang.blogspot.comMay 17, 2013 at 3:53 PM

    alah bhai..UMNO kan UNTUK ORANG NO OTAK..

    ReplyDelete
  3. Ada kemungkinan menteri kdn ni lebih kurang dengan yang dulu.... Bodoh, sombong. Ahli Umno baru modal nya hanya menghalau anak watan kenegara lain dalam masa yang sama puak mereka menjemput orang philipina, indonesia, myanmar, nepal jadi warganegara malaysia.

    Macam rakyat malaysia tak tahu bn menang pilihanraya cara menipu.... Tunjuk lagak !

    ReplyDelete
  4. Ex Izzuddin ShahMay 17, 2013 at 4:33 PM

    Bikin malu nama Sek Izzuddin Shah je .....

    ReplyDelete
  5. aku pon heran dgn melayu ni...terang2 munafik pon nak kesian kesian jugak...cuba la anak abu jahal naik moto dan terjatuh tergolek dan koma...aku x pk org2 Islam tu nak tolong doa utk anak org munafik tu...

    ReplyDelete
  6. Bukan shj menteri KDN baru, kebanyakan menteri dlm UMNO memang mcm tu. Semua nak tunjuk hero lagak samseng. Main cakap lepas saja ikut 'panas baran', tak jaga hati rakyat. Dia orang patut banyak belajar sosiologi dan psikologi tapi lebih banyak dilatih seksologi. Selaku menteri, kenalah tunjuk sikap cool, matang, professional dan tidak mudah melenting sebagai contoh ikutan kepada rakyat. Ambil contoh Mustapha Mohamad, cara dia menangani isu tidak menyakitkan hati. Kalau tidak Islamik pun keMelayuan lah sikit. Tidak pun ambil contoh Lim Guan Eng, dia cool, matang dan tak mudah melatah. Tindak tanduk kita yang keterlaluan mungkin akan membuat orang atas pagar jatuh ke sebelah lain nanti ..., silap gaya orang dalam pagar kita pun akan lompat pagar ...

    ReplyDelete
  7. This man has failed as Menteri Pertahanan and will also fail as Menteri Dalam Negeri. It is not about your PHD but your 'rational faculty'.

    ReplyDelete
  8. Zahid hamidi bodoh...kamulah yg brambus x layak jadi pminpin n layak tinggal dmsia.
    Pminpin mesti mnerima teguran dari rakyat.

    ReplyDelete
  9. Kedua2 hero Lahad Datu - Zahid anak kemalangan moto lepastu koma, Hishamuddin naik heli terbalik masa landing.

    Arap dapat belajar rendah diri, kurangkan tohmahan dan cakap berdegar2 guna kuasa keatas rakyat marhaen yang mempunyai pendirian berbeza.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari