boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, May 16, 2013

Pasca PRU 13 - Hebatnya Umno Lumut, tapi sayang bacul..

Semasa hari mengundi, 05/0513 selepas aku bertugas Polling agent di saluran 1, aku terus pergi mengundi di Sekolah Menengah Seri Manjung, bertuah beb, sebab jadi Polling agent ada Pas Agent, boleh terus masuk motor ke dalam sekolah,, sempat bertembung dengan blogger Rasyid Zambri duk iringi Calon Umno Cikgu Rashidi..


Selesai aku mengundi, setelah hampir sejam beratur,, cukup panjang kena berautur di Saluran 3, bila balik rumah,, tengah relax ingat nak tunggu bini masak nasi, hp berbunyi,, ada pulak member bagi tau,,, 

Ada gambar video yang dapat ditangkap, kejadian di sek rendah,, minta aku pergi jumpa ambik gambar tu upload dlm youtube...

Nak tak nak,,, walaupun letih,, baru nak relax,, terpaksa start motor pi jumpa member tu,,, tengok , belek, video tu tak boleh nak dibuat kes, sebabnya tak ada calon,, yang ada gambar-gambar yang dikenali,,, cuma kalau nak buat psy war bolehlah...

Aku diarahkan buat you tube,, maka balik rumah, belek video tu, terpaksa proses kecikkan size,,, baru buat video tu,, alhamdulillah, berjaya upload buat 2 siri you tube... 


Bila dah siap,,, aku pun tulis sikit cerita,, masuk dalam blog,,, Klik Sini , selepas itu, nak bagi best lagi, psywar punya pasal,, kedua youtube tu aku link pula dalam wall Facebook aku,,

Kemudian petang aku kena bertugas semula, kena jadi counting agent pula,, best bro,, bertugas dengan orang lama umno,,, terima kasih buat KTM yang betul-betul pro, ikut akta SPR,,, Bila saja proses tunjuk kertas undi selesai,, aku dah boleh agak,, calon Pas menang,, nak tau berapa menang,, he he,,biasalah,, saluran 1... calon Pas menang 6 undi, Hj Imran pula menang 10 undi,, 

Keputusan akhir, selepas solat magrib,, aku pi ke Pusat Kira Undi Pas,, tunggu borang 14,, tunggu punya tunggu calon Pas kalah dengan majoriti 304 undi,,, 

Hebatkan umno,,, dengan jolokan anak tempatan, bantuan dari Muhyiddin Yasin turun bantu, Ridwan Tee mai turun, Kazim turun, tup-tup menang majority 304 undi...

Berbalik pada video Youtube, bila aku buka Facebook malam tu,, phuii penuh dengan komen,, ada 3 tageline dlm FB aku,, 1 dari blog, dan 2 lagi aku link video tu,, yang best dan menyeram perasaan aku, bila ada seorang budak perempuan,, Aishah kut namanya,,, siap nak buat report polis, kerana bapanya ada dlm video tu,,, disokong pula oleh ramai kekawannya,,, penuh komen-komen minta dibuat report polis,, seram beb,, takut kena tidur lokap...  

Yang bestnya, Aishah ni buat pengakuan bapa dia ambik wang seperti dlm video tu untuk dia punya,,, pheww,,,cantikk.. 

Dan tak lama lepas tu,, ia komen balik,, ayah dia tenang tak kisah atas fitnah tu..tak jadi repot .. 

Empat -lima hari selepas tu,,, aku scroll balik wall FB aku,, bila sampai ke tagline tarikh  505, komen Aishah dah tak ada lagi,, mungkin si Aishah dah delete balik kut,, yang tinggal, komen kekawannya sahaja..

Kelmarin,,, bila aku scroll lagi ke bawah,,, satu keajaiban berlaku,,,, ketiga-tiga siri yang ada kat tagline FB aku dah hilang,, tak ada lagi,,,puas aku duk semak,, tak ada,, bila aku check kat ruang aktiviti,, scroll, balik,, ada lagi saki baki maklumat kaitan tagline tu,, tapi bila klik hilang... tak ada apa-apa... 

Jadi apa yang boleh aku simpulkan,, ini siapa punya kerja,,, tak kan angkara Dap kut,, he he,, banyak pengakuan dalam komen-komen tu, yang boleh memberhayakan pihak disana,,, maka,, jalan selamat,, mereka sanggup buat kerja-kerja haram ,, ko orang sesiapa yang terlibat,, boleh nak buat apa sahaja,, silakan,, tapi ingat,, aku berpegang pada Rukun Iman Percaya pada hari Akhirat,, 

Buatlah apa sahaja,,  Insya Allah,, akan tak akan ampunkan perbuatan tangan-tangan manusia yang terlibat dengan perbuatan ini,, 

Akan aku tuntut di hadapan Allah di Rabbul Jalil nanti,, sama-sama kita bersemuka,, siapa yang punya kerja,,, 




5 comments:

  1. Setiap perbuatan atau perlakuan akan di hisab dihadapan Allah. Baik atau buruk kita akan tanggung . Bukannya orang lain.

    ReplyDelete
  2. Angin takde ribut takde kenapa tiba2 lu block FB gua bro..??
    Aik,pelik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik,, bila pula aku block ko punya FB,, tak ada pun,,, pelik juga ni,, yang aku tau artikel-artikel aku dengan video rasuah je yang kena delete....

      Delete
    2. Cuba ko cek balik bro.

      Delete
    3. Nak check apanya lagi,, memang dah kena delete, dah hilang pun...

      Delete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari